Tuesday, December 13, 2011
Bersabar itu hukumnya wajib.
Allah juga berfirman :
"Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu tetapi kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang brtakwa. (Thaha : 132)
Sabar itu mudah untuk diucapkan dengan kata lisan namun terlalu sukar untuk dilaksanakan dalam kehidupan sehari-hari. Kerana kehidupan manusia itu tidak pernah luput daripada cubaan dan ujian. Oleh itu, Allah SWT memerintahkan kita untuk bersabar.
Reda dan sabar berbeza hukumnya. Sabar itu wajib, reda itu sunat.
Kiranajoe : Kesabaran itu diumpamakan seperti pelangi.Indahnya ia apabila kita sendiri merasai nikmat kesabaran itu...alhamdulillah.
Wednesday, October 12, 2011
Click laaa...korang pasti akan dapat sesuatu.
Tapi setakat ni, aku hanya mampu berfikir, tak mampu bertindak lagi. Tapi kalau ramai Melayu Islam berfikiran seperti dia, kita pasti kuat..
Aku perkauman tapi demi agama yang dianuti. Bagi aku, Melayu kuat kerana agama yang dipegang iaitu Islam.
Cursing Malay
Tuesday, October 11, 2011
Saya bukan adik awak!
"Dik, doktor sarankan adik datang lagi next week...
"Saya tak jumpa form awak ni dik. Boleh isi lagi sekali tak?
Dik , dik , dik...!!
Apakah ini? Saya terasa sangat berkecil hati dengan gelaran ADIK bila berurusan secara formal. Kalau awak tu doktor, nak jumpa patient, tengok dulu tarikh lahir patient. Aku ni lahir tahun 1982...dah 29 tahun kot. Apsal panggil ADIK woi?
Dan abang aku ada sorang je, tu pun dah lama meninggal. Kakak memang aku takde. Dan aku takde rasa nak jadi adik angkat segera korang. Sila belajar skill of communication pleaseeeeee...
sekian carutan aku hari ini.
Friday, September 30, 2011
#Wordless Friday

kiranajoe : Saya kategori 4.Hahaha. Tak guna punya olanggg...
Friday, September 23, 2011
Perkembangan kandungan *wink*wink*
Kandungan tu boleh jugak merujuk kepada perut yang membuncit tanpa isi kan? hahahaha
Sekian cerita tipu saya.
p/s : Rindu ai tak u ols?
Monday, August 1, 2011
Birthday Boy!


Kiranajoe : Selamat Ulangtahun Kelahiran yg ke 55 encik abah. Tahun ni belum ada rezeki timang cucu, jadi kami bagi hadiah je. Tahun depan ada rezeki, kami bagi cucu yek. no hadiah hadiah lagi. ;p
Friday, July 8, 2011
#Teringin 1
Wednesday, June 1, 2011
Saper nak kasut Princess, meh join contest ni!!


1. Berapa umur CEO Princess, Alan Lok ni sekarang?
kiranajoe : Selamat menggoogle u ols :)
Wednesday, May 25, 2011
Hadiah birthday yang merengsakan!




Untuk kamu kamu di luar sana yang kebosanan, boleh la cari mende DIY ni. Si Fatin cakap, dia beli kat Mid Valley. Aku tanya lokasi n harga, tapi dia tanak reveal. hehehe.
kiranajoe : Aku takleh bayang pedihnya tulang belakang kl nak jahit manik kat baju kurung. Ish ish ish...
Tuesday, May 24, 2011
Aku rindu dia



Malam tu aku balik kejer, Boboy n Cicik duk belakang. Diorang baru lepas makan, tiba2 bunyi kucing gaduh, aku tak syak Cicik pun. Bunyi makin garang dan aku tgk Cicik dalam longkang, Boboy yg pendiam pun sama2 berbunyi nyaring. Si BODOH OREN, kucing jalanan yg selalu curi makan sisa makanan anak2 aku lari mencicit.
Cicik lari masuk rumah, duk bawah kerusi tapi masih bunyi garang. Bulu tegak2. Aku ingatkan dia trauma sb gaduh. Lama okeh, dalam 5 minit, aku ambik dia, aku pegang..kat tangan aku ada darah!
Cicik cedera, kena gigit, kena cakar. Kat rusuk dia paling teruk. Abah cakap, dia tak teruk, tak perlu bawak vet. Cuma aku perasan, tulang belakang dia sakit, mungkin kena tendangan yg kuat.
Cicik kesakitan. Luka kat rusuk tulah jadi penyebab dia mati. Seminggu, luka dia dah kering. Aku buh ubat gamat, sapu ubat luka. Tapi dia sekejap demam, sekejap ok. Lepas tiga hari dah aktif sikit jadi aku tak bawak dia gi vet wlpun en suami suh pi vet takut kena infection.
Paling ketara dia lebih banyak diam dan tidur dari bergerak. Aku agak, dia sakit belakang.
Tiga hari sebelum dia pergi. Mata dia dah kembali bulat. Aku ingat dia dah sihat. Tapi rupanya kuman dah masuk dalam darah.
Paling aku ralat, saat2 terakhir dia sangat menderita. Semalaman tak boleh baring, tak boleh duduk sebab dada dia sesak. Bernafas pakai mulut. Langsung tak tidur, langsung tak makan dan minum. Adik aku jaga dia, tak tidur sampai pagi.
Hari dah teruk, baru aku bawak gi vet. Dlm kereta dia dah teruk, duduk pun keluar kuku. Maksudnya dia sakit. Ye...dia sakit. Aku pegi Klinik Haiwan dan Surgeri Shah Alam, jumpa Dr Shidah kat Seksyen 6 Shah Alam. Bila sampai, doktor ckp, saya bagi awak antibiotik, then bawak balik sb dia dah teruk.
Tapi aku refuse untuk ambik dia, aku ckp, doktor ambik dia, buat la apa saja. Cuci luka dia, dan bagi dia ubat supaya dia senang bernafas. Doktor akur tapi jam 10am aku hantar, jam 3.20 petang, Cicik dah takde. :(

Aku sedih. Aku sedih...Dr cakap, bila cuci luka, rupanya luka tu dah bernanah sampai ke dalam. Huwaaaa...aku rasa bersalah sb tak bawak dia gi vet awal2. Sorry Cicik. RIP.
kiranajoe : Lepas ni tanak bela kucing lagi, cukup Popong and Boboy...aku tak nak citer2 sedih gini berulang...huwaaaaa...
Friday, May 6, 2011
Ke mana menghilang
Pagi, hadap jem.
Petang, hadap jem.
Malam, kepala otak dah jem!
Bukan aku tak suka kerja kat KL. Suka sangat. Tapi aku rasa, kualiti hidup aku merosot kebelakangan ni disebabkan masa yg suntuk untuk aku berehat.
Korang nak kata apa? Muda2 dah mengaku kalah? Aku tak mengaku kalah, cuma aku nak pembaharuan, nak ubah hala tuju sebab aku rasa, ini masa yg tepat untuk aku berubah.
Apa plan? Masih dlm perancangan. Tapi semuanya sudah difikirkan. Fikir tp tak laksanakan, maksudnya apa. Ye, aku suka lengah kerja. Nak kata malas, tidak juga cuma mungkin masa belum sesuai utk ia dimulakan.
Hmm...bosan kan bicara tentang hati. Aii, nak cuti. Nak cuti. Last aku cuti bila ntah sb cuti thn 2010 belum pun ambik wl sehari! Tak reti urus masa dan kerja, so, cuti pun takleh nak atur. Kurang bijak betul.
Tapi bulan Jun, wajib cuti. Sebab adik ipar aku kahwin. Then, ada plak plan cuti2 ke Bangkok. Wow. Tak sabar. Tak sabar.
Jadi, dlm sabar menunggu hari, aku pun sibuk juga mengerjakan hantaran dan gift utk family bagi acara pernikahan. 7 dulang hantaran bersama 100 goodies. Semuanya harus gojes utk impress MIL.Hahaha.Kata nak duk ranking teratas #Menantu Mithali. Hahahaha.
Tapi bagusnya teknologi ni, ko boleh google dan tahu bermacam benda pasal wedding ni hanya melalui blogspot. Depa ni rajin, buat DIY then kongsi, jumpa bahan2 interesting pun kongsi mana dapat.
Antara yg boleh aku kongsi utk yg bakal mendirikan perkahwinan. Ini blogger la, depa citer persiapan kahwin. Dari blog diorang, korang boleh link2 ke blog blogger lain.
Blog 1
Blog 2
Blog 3
Blog 4
Dari depa ni semua jugak aku dapat idea bersandarkan pengalaman aku kahwin dulu, untuk bagi apa pada tetamu upacara nikah, yg rata-rata adalah ahli keluarga dan rakan terdekat. Belanja adalah seminima mungkin. Supaya tidak berlaku pembaziran.
Jadi, goodies kali ini adalah seperti ini. (aduh, ni jugak sebenarnya penyebab, naper aku tak suka nak update blog.PC aku takleh nak upload gambar!)
Hurm, takleh gak upload. Bodos. Goodies guna brown paper bag ala2 recycle paper tu. Murah gilos. untuk 100 pieces adalah kurang dari RM6. Krrrr krrrrr. Biar luar buruk, janji dalam menarik. Jadi, isinya pula adalah Surah Yassin, kerongsang, butang baju Melayu beserta sedikit kudapan. Counter balik la kot2 ada kutukan, bila depa bukak, terus menjerit, mak sukaaa! :p
Kaedah packaging adalah seperti Martha Steward la konon. Hahaha. Hiasan macam nak guna doily paper. Lokasinya adalah di Klang, berhampiran Klang Parade dan Pasar Borong Klang. 2ply nama kedai tu, kedai kek katanya. Aku lum sempat pegi.
Jadi, bila hantaran, goodies dan gift utk VIP siap, aku show off kat sini ye. Hahahahaha.
Kiranajoe : Penat.
Friday, April 22, 2011
Boikot blog sendiri.
Tadi jalan2 blog Puan Pedas Rajin Masak, terjumpa plak sesuatu yang menggirangkan jika dibuat di hari2 Jumaat yg malas ni.
Sorry Farah, kita copy paste yekkk.. :) halal ye dunia akhirat.
i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar
ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan
iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku sayang dia
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat
HASIL AKU HARI NI
Aku peluk Mak aku Sebab aku sayang dia!
hahaha, aku tukar yg last. Aku pakai baju hitam, Farah tulis, Hitam : Sebab aku gila.
Takkan aku nak cakap aku peluk mak aku sb aku gila plak...harus la sebab aku sayang mak aku. Hahahahaha
cer anda semua cuba. Saja suka2.
kiranajoe : Otak semakin pulih, i nak didik dia jadi otak yg baik, sopan dan bijak pandai. Boleh?
Wednesday, April 6, 2011
Kenapa cakap pemandu wanita ganas?
Thursday, March 31, 2011
Kantoi!
Kiranajoe : Psss..i love u.
Friday, March 25, 2011
Ditelan mati mak diluah mati bapak
Bukan nak menafikan hak ibu bapa tapi susah bukan hidup tak mampu buat keputusan dan tindakan sendiri?
Sebab tu anak-anak muda sekarang tak reti berdikari sebab mak ayah dah ikat anak-anak dengan harta. Dah kawin tetap bayarkan kereta, ada yang bayarkan rumah dan sebagainya.
Bukanlah pengalaman sama ada yang menjanjikan keputusan betul atau salah itu satu pelajaran ke?
Fikir-fikirkanlah.
Kiranajoe : Kesian kan..isk isk isk
Monday, March 21, 2011
Lemas la jadi pompuan huduh!







3. Atau bagaimana pula dengan dress begini.


Ololoolooooo...comey
Stylish bukan...hmmm...
Kemudian misi pun bermula...1st try. Tadaaaaa....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selekeh bukan? Tp dengan kegemukan yg sedang bermaharajalela sekarang ni. Suar yg begini sangat selesa...sangat sangat sangat okeh.
Okbai.
Berminggu-minggu usaha login tp password salah.Hampeh.Hampeh.Hampeh
Sebab setup emel kat tepon, password yang sememangnya diulang tayang sebagai kata kunci bagi semua login items (haha, ada ke term ni?) jadi nanar/kucar kacir sehingga tergendala proses update blog segala.
Keciwa mak tau.Ingatkan BikMama nak hack blog i. Wahahahahaha.
Sekarang kunci2 itu dapat diunlock jua.Hehehehe.Suka weh.
Bersiaran secara langsung di meja ofis yang macam kapal pecah. Cer tengok, cer tengok, blog sapa i tgh skodeng tu?
Kiranajoe : Hari ni mood gelenyar (bahasa Kelantan = Gatal) nak upload muka sendiri. hehehe
Monday, March 14, 2011
My Wishlist.
Please identify which one u can afford to buy:
1. Gold bar (macam byk duit)
2. Lumix
3. High end branded bag (kahkahkah)
4. Ankle bracelet
5. Pendant which is close to my heart! ;p
6. Watch
or maybe a baby!
Kiranajoe : ;p
Happy 2nd Anniversary Yang!
With you, there’s nothing to resist;
Kiranajoe : i love u:wink:wink!
Wednesday, March 9, 2011
ilovepastelina.com

Diorang ada bukak online shop nama ilovepastelina.com. baru-baru ni. Olololoooo, baju2 mmg comey habis, semua pulak kaler sweet gilossss. Rasa macam nak makan! Tp mmg best la sebab diorang bagus, wat grup, selalu gathering pastu wat bisnes sesama plak. Hebat!
Kat Pastelina tu diorang jual baju yg stylo mylo habis dan sangat sesuai dgn imej wanita muslimah. Antaranya :





Aku ni dah macam wat review iklan berbayar dah pulak. Tak pun sebenarnya, sajer nak berkongsi info sebab aku perasan, sejak entry lepas, aku banyak blogwalking dan dapat banyak info dari blog2 orang lain. So, aku pun rasa, baik aku wat pahala dgn berkongsi pulak apa yg aku dapat sepanjang blogwalking di pejabat ni. Haaa? Blogwalking di pejabat? Larikkkkk!!
Kiranajoe : Taip www.ilovepastelina.com sweet wooo...
Friday, February 25, 2011
Bila saya marah
Saya tahu berdosa tapi saya marah. Nak buat macamana. Manusia beb bukan kotak TV, bukan mangkun jamban yang takde hati dan perasaan.
Aku nak anak lah. Bila ada anak, marah2, boleh wat lawak ngan dia gelak2. Sejuk sikit hati.
kiranajoe : Ikut hati mati..tapi saya ikut rasa je. Rasa malas nak marah lagi, saya cool lah.
Friday, February 18, 2011
Hello, my name is Maryam!
Hello Maryam!
Ambik berkat namanya ni. Fuh! Biarlah melekat! Hehehe
kiranajoe : Pssstt...suami, jom pi honeymun.
Monday, February 14, 2011
Selamat datang cinta!
Mahu teruskan treatment atau relax barang sebulan dua daripada menggunakan bahan kimia?
Suami cakap, kamu selalu wat kejer tak habis. Hmmm..betul gak, bli set Biodex tapi hampeh, tak habis pun. Kawan bagi jamu, pun tak bersentuh, beli dan makan sekejap Jamu Mak Dara, den brenti hahahaha mak tak seswai makan nok. Tapi aku suggest la utk org yg dah pernah bersalin normal. Silakan.
Petang ini penentuan sebab harus ke Umra jumpa Dr Ummul tu. Serasa aku, pasni dia nak wat fallopian tube test yg shoot dye dalam uterus, check salur blocked atau sempit atau apa2 je. Huwaaaa, tu yg takut tu..org cakap sakit. Ngeri ngeri!
kiranajoe : :(
Friday, February 11, 2011
Ya ampun...aku comel katanya.
Renungan mata macam zaman bercinta dulu plak tu..dlm ati dah pikir dah, ni mesti ada akal nak kenakan aku ni.
Pastu dia cakap, "Kamu ni comel la. Kita selalu bayangkan anak2 kita keletah comel macam kamu tapi nakal macam kita!
Hah!Ambik ko.Kembang kejap bontot aku.
Wei, laki mak cakap mak comey wei..hahahahahaha padahal bukan aku wat apa pun, aku tgh makan nasik, atas sofa sebelah dia, dia plak tgk tv.
huummmm..kepada wanita2 di luar sana yg jarang dipuji suami, sila jeles! ;p
kiranajoe : Perasan seminggu. Tapi lepas jerawat2 sebesar penumbuk ni penuh di muka, mak punya self esteem dah mencanak2 turun. huh!
Thursday, February 10, 2011
Pening sampai telinga rasa panas!
Sebenarnya aku menghitung hari untuk ketemu dokter. Yes, u ols, sambil2 tunggu puan P* datang. Fussshh!! Harap2 dia tak datang...hahahaha pish pish...jauh ko.
Tapi mungkin period nak datang jugak ni...jerawat sebesar2 ibu jari tumbuh kat muka. Hah!Hambik ko..kat idung, kat pipi. Senget benget dah muka gua. Ceh, bedebah punya jerawat.
Aku pun geram, lepas wat treatment kesuburan ni, memang maha hebat kebesaran jerawat2 ini.
Wek, macamla dulu muka flawless sangat...nyampah! ;p
Tensi bertambah pulekkk bila aku susah2 lukis gambarajah muka guna Paint. Ya allah, jelita sangat jadinya pastu siap circle kawasan2 yang sedang dilanda jerawat. Tapi...Hish, geram betul, gambar takleh upload. Naper erk? Ah, lantak la dia di situ.
kiranajoe : Gelabah itik wat kejer sambil update blog. Aku nak cabur kul5 tepat2. Lumba ngan cik suami, saper sampai umah dulu..hahahah boleh?
Tuesday, January 25, 2011
Telur besar macam bulan!
Masuk saja (seluk lagi), tedeeengggg! Nampak telor yg gemukkk sangat! Hehehe dua, duk berdakap elok je. Comey la bang oi, macam boleh dapat kembar je. (haish, berangan!)
Pusing sikit alat, wahhh, ada lagi satu duk sorang2. Cian dia. Doktor cakap yg tu tecik sket. Takpe la, janji nampak progress.
Hari ini perlu ke klinik lagi. Kali ni kena cucuk pula. Bukan cucuk telor tapi cucuk tuan punya telor. Kerana aku bermasalah, tak mampu hasilkan telor yg matang, jadi injection ini bertujuan untuk matangkan dan pecahkan telur itu supaya ia boleh menjadi seorang orang!
Kalau org normal, ovum tu biasanya akan matang dan pecah sendiri tp aku ni tak normal kan, so perlukan bantuan untuk cepat pecahkan (dalam masa 36 jam).
kiranajoe : Tabah hati
Thursday, January 20, 2011
Ralat ya amat
CD gambar kawin dr photographer hilang!
Yelah, misplace la ni. Ari tu ada atas side table dalam bilik tapi mungkin sebab dalam bilik kadang2 ada bawak naik surat kabar, pastu magazine berlambak..jadi mungkin CD itu sudah terselit di dalam paper2 dan diBUANG!
Adeh! tak sempat cuci lagi gambar2 tu semua. Takde copy juga. Dan yg ada cuma seketul album dan tiga video kawin. Huwaaaaaaa...
Kiranajoe : Nanti kalau anak cucu nak tgk gambar nenek ngan atuk kawin dulu, dah takde gambar. Macamana tu? Sambung nangis...huWaaaaa!
Wednesday, January 19, 2011
Bila otak mati secara perlahan-lahan!
Dua saat
Tiga saat
Lima minit
Satu jam
Dua jam
tapi sekarang dah pukul lima!
Arghhhhh! takde jugak intro story. Jawabnya, mari kita pulang tanpa membuat satu kerja pun. Wahahahaha tensen dol kalau ada story tapi otak mati ni. Haish!
Takpe, appointment letter untuk interview captain wanita AirAsia dah hantar.
Juga dah set interview untuk shoot aktiviti sukan berkuda Ahad ini. Jadi, saya tidak goyang kaki ye di ofis. *sedapkan hati
Tapiiiiiii...saya nak siapkan juga story pendek ini. Perlu. Harus. Wajib. Kalau tak buat, rasa macam tak complete. Sebab story ini sangat simple. Lokasi makan saja. Huwaaaa..otak, jgn mati duluuuu..
LOKASINYA agak tersorok iaitu di Blok 5, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam.....tak best, tak best!
JELAK menikmati masakan Thai atau sebelum ini perlu memandu ke ibu kota untuk mencari restoran yang menyajikan masakan Barat?....tak best juga!
Berita baik bagi penduduk Shah Alam...tak best jugak! Hampehhhh!!!!
kiranajoe : Hati oh hati, kenapa engkau mati!?
Tuesday, January 18, 2011
Pening kapla
Monday, January 17, 2011
Kejayaan di usia 29 tahun
Friday, January 14, 2011
Merajuk
Maksudnya, dia merajuk la tu.
Disebabkan aku isteri yang memang :stone: menjadi penyebab kepada kemerajukan itu.
Tadi aku
Bukan apa, aku hidup pun penat. Keluar pagi balik malam. Pastu tiap malam tu jugak nak kena masak. Kena plak basuh kain. Lipat kain. Tu, kain yg basuh minggu lepas pun ada atas sofa tu lagi. Kalau bukan aku yg lipat tak pun masuk bakul, memang kat situ la sampai tahun 2012!
Kena urus jugak kucing dua ekor yg dalam sangkar tu. Lepas, bagi makan, cuci pasir, buang tahik! Tahik okeh, bukan wangi, busuk!
Takkan hal interview pun nak kena bincang aku? Pegi jelah kalau nak test market, kalau tanak, duk keja kat tempat skrg, kalau tanak jugak, duk umah, senang!
Ni yg aku rasa nak merajuk jugak ni! :(((
kiranajoe : Terus writer's block! :((
Thursday, January 13, 2011
Clomid cycle 2
Kepada mereka2 di luar sana yg suka campak anak dalam kotak. Fikir2kan lah...Kalau tak nak fikir jugak, meh jumpa ai. Bagi ai buka minda u all sket mengenai kepayahan mendapatkan zuriat ni. Haish!!
kiranajoe : Cabaran itu 'bunga' kehidupan. :)
Sunday, January 9, 2011
Misteri Nusantara
Bangun pagi tadi, seperti biasa aku selak akan langsir tengok suasana sekeliling. Aik, tengok bonet keter terbuka. Apa telah berlaku?
Kejut suami suruh turun tgk. Semua okey, kasut dalam bonet semua ada lagi. Hmm...misteri betul.
Nak kata risau sangat, tak jugak sebab mungkin suami tersilap tekan button masa nak kunci keter semalam. Lagipun sejak kes Cik Dugung dulu kena pecah, aku memang tak simpan barang berharga lagi dalam keter. Tapi TRAUMA tetap ada.
Sekarang cik suami dah sambung tido balik. Aku nak layan aktiviti masak2 jap lagik. Tapi suami plak cakap, jangan la masak, kita dah gemok balik. Olololoolooo..kesian...
Ni si bujang ni pun layan tido gak..tengok lah, tak senonoh, takleh wat menantu. Harap muka je macho. Cett!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Auwww..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tapi cute sangat
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ni Popong ngok ngek ;p
Kiranajoe : Happy Sunday!
Wednesday, January 5, 2011
Hantu dalam selimut
Pagi tadi, syok tido sebab cuaca memang dingin. Seperti biasa, selimut adalah wajib. Comforter untuk menutup seluruh tubuh hingga leher dan selimut busuk untuk dihidu sepuas hati dan bertindak juga sebagai pelapik air liur basi encik suami. Hahaha.
Kemudian, tengah syok mimpi, terasa kaki kena tarik, pastu nak gerak takleh. Cuba kalih tubuh mengadap suami, eh, benda ni nak main2 plak. Kemudian buka mata sikit, eh, mimpi ke?
Aku pun cuba control ayu, siku2 suami..."Yang, Yang...peluk kita cepat!
Suami tanpa membuka mata, terus letak tangan ngan kaki dia atas aku. Amboi, over! Dah la berat macam kayu balak. Tapi takpe, lepas tu aku nyenyak tido sampai pagi. Tak terbabas okeh, aku bangun Subuh kul 7. hahaha. gelap lagi masa tu...aci ke kira syuruk ngan cahaya matahari je?
kiranajoe : Nak tgk, malam ni ada lagi tak hantu dalam selimut. Aku standby Ridsert tepi katil. Jaga2 Kak Limah.