Ke mana aku selama ini? Masih ada di bumi Kuala Lumpur. Setia menjadi robot saban hari, mengejar waktu demi sesuap nasi.
Pagi, hadap jem.
Petang, hadap jem.
Malam, kepala otak dah jem!
Bukan aku tak suka kerja kat KL. Suka sangat. Tapi aku rasa, kualiti hidup aku merosot kebelakangan ni disebabkan masa yg suntuk untuk aku berehat.
Korang nak kata apa? Muda2 dah mengaku kalah? Aku tak mengaku kalah, cuma aku nak pembaharuan, nak ubah hala tuju sebab aku rasa, ini masa yg tepat untuk aku berubah.
Apa plan? Masih dlm perancangan. Tapi semuanya sudah difikirkan. Fikir tp tak laksanakan, maksudnya apa. Ye, aku suka lengah kerja. Nak kata malas, tidak juga cuma mungkin masa belum sesuai utk ia dimulakan.
Hmm...bosan kan bicara tentang hati. Aii, nak cuti. Nak cuti. Last aku cuti bila ntah sb cuti thn 2010 belum pun ambik wl sehari! Tak reti urus masa dan kerja, so, cuti pun takleh nak atur. Kurang bijak betul.
Tapi bulan Jun, wajib cuti. Sebab adik ipar aku kahwin. Then, ada plak plan cuti2 ke Bangkok. Wow. Tak sabar. Tak sabar.
Jadi, dlm sabar menunggu hari, aku pun sibuk juga mengerjakan hantaran dan gift utk family bagi acara pernikahan. 7 dulang hantaran bersama 100 goodies. Semuanya harus gojes utk impress MIL.Hahaha.Kata nak duk ranking teratas #Menantu Mithali. Hahahaha.
Tapi bagusnya teknologi ni, ko boleh google dan tahu bermacam benda pasal wedding ni hanya melalui blogspot. Depa ni rajin, buat DIY then kongsi, jumpa bahan2 interesting pun kongsi mana dapat.
Antara yg boleh aku kongsi utk yg bakal mendirikan perkahwinan. Ini blogger la, depa citer persiapan kahwin. Dari blog diorang, korang boleh link2 ke blog blogger lain.
Blog 1
Blog 2
Blog 3
Blog 4
Dari depa ni semua jugak aku dapat idea bersandarkan pengalaman aku kahwin dulu, untuk bagi apa pada tetamu upacara nikah, yg rata-rata adalah ahli keluarga dan rakan terdekat. Belanja adalah seminima mungkin. Supaya tidak berlaku pembaziran.
Jadi, goodies kali ini adalah seperti ini. (aduh, ni jugak sebenarnya penyebab, naper aku tak suka nak update blog.PC aku takleh nak upload gambar!)
Hurm, takleh gak upload. Bodos. Goodies guna brown paper bag ala2 recycle paper tu. Murah gilos. untuk 100 pieces adalah kurang dari RM6. Krrrr krrrrr. Biar luar buruk, janji dalam menarik. Jadi, isinya pula adalah Surah Yassin, kerongsang, butang baju Melayu beserta sedikit kudapan. Counter balik la kot2 ada kutukan, bila depa bukak, terus menjerit, mak sukaaa! :p
Kaedah packaging adalah seperti Martha Steward la konon. Hahaha. Hiasan macam nak guna doily paper. Lokasinya adalah di Klang, berhampiran Klang Parade dan Pasar Borong Klang. 2ply nama kedai tu, kedai kek katanya. Aku lum sempat pegi.
Jadi, bila hantaran, goodies dan gift utk VIP siap, aku show off kat sini ye. Hahahahaha.
Kiranajoe : Penat.
1 comment:
hehe patut la lama tak nampak.. sibuk ye.. do take care.. :)
Post a Comment