Wednesday, August 25, 2010

Dua minggu lagiiii...huhuhuh


Lagi dua minggu nak raya dah...kira minggu jela senang. Nak kira hari, malas nak belek kalendar.

Ok ok..aku kira. hari ni 25/8 - 10/9 = 15 hari lagi wehhh..Cepat sungguh!

Huhuhuhu stok raya belum siap..takuttt..adakah aku akan beraya di opis? Oh, Nooooooo
Tahun ni turn negeri2 ini kan suami? hik!

dan

Seronoknya dapat jalan2 bercanda tepi laut yang tenang dengan angin sepoi2 bahasa...lajak ke kelantan pulak, boleh makan akok kedut, nasi berlauk, bermacam jenis kuih muih...waaahhh, heaven la wehhh. Seminggu ye suami, ye...ye..? ;p

kiranajoe: dah setahun dah tak balik Pantai Timur..

Tuesday, August 17, 2010

Percubaan pertama saya gagal!

Huwaaaa...sedih betol ptg tadi. Berbuka dgn roti cheese je (nasib roti sedap). Semuanya gara-gara percubaan untuk pulang berbuka di rumah..walawehh, aku kuar ofis 5.15 ptg tu, sampai umah lagi 5 minit nak berbuka. Sesak wehhh...sesak jalanraya kat ibukota neh. Demm.

Percubaan pertama ini aku anggap : GAGAL!

Tapi, dalam hati ada cita-cita nak masak sendiri walaupun kul 6.30 baru berjaya masuk ke NKVE. Hahaha sila tepuk tangan, sb cita-cita itu tercapai walaupun nasik berjaya masuk ke perut kul 8.45 malam. Alhamdulillah. ;p
Operasi menghasilkan masak lemak kuning, sikit tumbuh-tumbuhan bersama udang digoreng bersos tiram, cencaru dibakar bermula sejurus selepas tiba ke rumah.
Misi pertama, tumbuh-tumbuhan bergoreng. Misi kedua, masak lemak kuning dimulakan lepas Maghrib.

Cencaru bakar yg bau macam isi ketam..
Ting!Mari makannnnn...walaupun tiada sparing partner (nun jauh di Melaka). Tapi aku ok je. Lagipun, sejak aku kawin, rasanya ni kali kedua aku wat masak lemak kuning kot sb laki aku tak suka kuah2 kuning ni. Memang takleh langsung. Katanya mengarut kuah kaler kuning. Haish, dia tak tau, masak lemak ni feveret aku. Kena pulak ngan budu tak pun sambal udang. Pergh!terbaik lah.


Taufu fa, kegemaran sepanjang zaman


Situasi sekeliling tika itu :


Setia menunggu di kaki meja. Kalau aku sepak neh, sesia je. Makan byk macam bela hantu raya dalam perut. Dah bagi makan frieskies tapi aku makan roti kena kongsi ngan dia (sb roti feveret minah neh), pastu aku naik bilik, dia boleh bersekongkol ngan anak-anak dia, curi ikan kembung aku...cisss!



Jangan kawan ngan dia. Sebab dia busuk...hehehehe

Kiranajoe : Bulan puasa ramai org tempek makanan, aku follow the trend la..hehe malam neh nak wat puding karamel pulak lah. Doakan ia berhasil. :)

Friday, August 13, 2010

Salam Ramadan dari perantauan.

Ye, saya sekarang sedang berpuasa di perantauan. Hehehe Berbaur poyo di situ. Aku kat Gurun la dik non.

Hari pertama Ramadan, aku dan suami bergegas pulang ke Gurun, Kedah. Kampung halaman suami, menziarah bapa mentua yang dimasukkan ke hospital gara-gara jantung yang luar biasa denyutannya...katanya pulse 280. Normal 80-90 je. Doktor pulak bagitau depan2 muka ayah, kata jantung boleh stop bila2 masa. Naya. Lagik la pressure orang tua tu. Haish.

Semuanya gara-gara kuman di kaki akibat kencing manis dah merebak ke tulang dan ibu jari kaki perlu dipotong. Terkejut ngan keadaan tu, bapa mentua aku terkejut dan dimasukkan ke CCU. Tahapnya sampai takleh bercakap dah pun. Tapi Alhamdulillah, selepas tiga hari, keadaan kembali stabil. Mungkin masa tu ayah dah boleh terima kenyataan.

Sekarang ayah dah keluar dari hospital sb tanak potong jari dan sibuk mencuba kaedah alternatif supaya kuman di tulangnya itu tidak merebak walhal anak2 dah sepakat suh potong je bahagian yg kena kuman tu. Biarlah dia.

Sibuk2 berbuka bersama keluarga di Kedah, teringat juga abah dan ma yg sorangnya duk di Shah Alam, sorangnya nekad meneruskan hidup sendirian di Melaka. Aku tak telefon depa tanya kabar pun, sebab aku rasa aku dalam mood 'lost'. Nanti aku nangis pulak.. ;p

Selamat Berpuasa. Ampun maafkan anakanda mu ini sb dari hari pertama puasa, langsung tak tanya kabar. Harap laki aku je duk msg depa tanya berbuka makan apa. Aku kan tough, mana peduli perasaan org lain. Hahahaha
Juga kepada rakan taulan. Selamat menjalani ibadah puasa. Aku petik kiriman SMS Ramadan sb tak mampu nak mengarang ayat di dalam suasana perut kelaparan ni. Hehehe

Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir. Tiada ibadah seindah solat dan tiada bulan seindah Ramadan. Salam Ramadan Al-Mubarak, selamat berpuasa. Kami suami isteri dengan rendah diri memohon ampun andai ada silap dan salah. Semoga Allah SWT memberkati ibadah kita semua tahun ini.


Gambar zaman tok kadok..saje bergedix nak tempek gambar

Kiranajoe : Syok bazar Ramadan kat Gurun neh u ols, kuih muih murah. Kuih talam, serimuka, khasidah RM1 je..Misi hari ni, hunting for taufu fa. :)

Friday, August 6, 2010

Saya suka suki. Suka hati.


Mengamuk je kejer. Muka tak perpancar Nur Islam dah..haish.
Nak tenangkan jiwa aku senang je. Tgk gambar2 bilik yg cantik2. Maklum saja, baru masuk rumah baru. So, bilik menjadi tempat beradu harus tenang dan damai.

Buat masa ini, katil, side table dan dressing table masa kawin masih baik dan kukuh. Terima kasih kepada suami kerana sudi mengetatkan kaki divan kesayanganku. Suami, sila berterima kasih pada isteri jugak sb pandai pilih katil yg kukuh, mampu menampung beratmu yg mencecah 90kg itew...hehehe

Misi mencari almari baju yg besaaaaaaarrrr gabak pun berjaya. Terima kasih kepada cik tonah kerana sponsor anakmu yg tak berduit ini.hehehe Almari bersaiz 8x8 tu sebenarnya satu set ngan katil adik aku. Aku kan kakak, so aku boleh la suka2 ati ambik almari dia, so, dia adik, kena mengalah. Bli almari lain yg kecik.hehehe (jahat tak aku?)
Tema warna utama : Putih (senang nak mix and match u ols)
Dekorasi : Ala2 hotel (berangan!)
Padanan warna : (mungkin purple, hitam atau apa aje. Idea asal nak wat kaler Kafe Delicious tu. Mak aku leh cakap macam surau kampung aper ntah. Hish, makcik neh..tak up to date betul. Menci tauuuuuuu..so, tema tu aku simpan untuk bilik anak aku nanti. InsyaAllah.



Mak aku mmg laser, apa salahnya kan kaler bilik macam kaler cat surau? Ish ish ish romantiknyeeeeee...

Ke suami nak kaler aper? hehehe aku wat keputusan tak bincang suami aku. Korang agak2 suami2 sekalian kisah ke cadar pelapik depa tido tu kaler apa. Aku rasa suami aku setuju je kot. Hehehe

Kaler macam neh mmg la favourite aku. Kelabu kelam, suram. Sesuai untuk beradu. hehe


Alossshh, sweet nye. Kalau lelaki duk bilik macam ni, ader effect tak kat hormon jantan depa?

Banyak lagi nak tempek tapi penyakit M tiba2 menyerang. Lagipun aku nak gi toilet jap. Babaiiiii

kiranajoe : Situasi bilik aku sebenar belum boleh dipamer pada khalayak demi menjaga privasi kami suami isteri. Hahaha poyo lagik! Padahal bilik macam tongkang pecah, byk la alasan..

Thursday, August 5, 2010

Sendiri aku di sini

Kelam.Gelap.Sunyi.
Tanpa siapa di sisi
Tersedar aku
Rupanya aku sendiri
Melewati hari ditemani...
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebijik netbook pinjam.

Akaun FB dah deactivate..nak stalk wall org takleh dah
Jawabnya, meh la cuci muka dan tidurrrrrr...
(walaweee, macam esok kena gi sekolah je kul 9.44 malam dah tido!)

kiranajoe : Tido sambil pandang langit yg luas terbentang..Ya Allah, ampuni dosa hambaMu ini. Limpahi hidupku, pasanganku dan keluargaku dgn rahmat dan kebahagian yg tiada penghujungnya.Amin

Perihal 'otak' vs 'akal

Aku kalau time baik hati, mmg tersangat la baik jadinya. Tapi, kalau time aku moody, mmg la aku haruk je semua org.

Nak ceritanya perihal otak. Aku pasti, setiap makhluk bernyawa ada otak, cuma bernas atau tidak, bijak atau bahlul je yg membezakan tahap intelektual mereka.

Tapi kalau ko sampai pagi2, meja ko kat ofis selalu dipenuhi barang2 org lain. Apa perasaan ko? Dah la meja aku dah sedia semak. Tambah pulak bad ping pong la, lapik meja katering pun ada neh, note book org lain, etc etc etc...mmg angin la kan.

Bad ping pong saper ntah, aku dah campak dalam tong sampah! Harap maaf la ye kepada sesiapa berkenaan..

So, moral of the story. Meh semakkan lagi meja supaya org tak nampak ruang kosong kat meja ko untuk diletakkan barang2 mereka.

kiranajoe : Sabar separuh daripada iman. Ye, aku cuba bersabar neh dowh..

Monday, August 2, 2010

Dengan ini saya umumkan, Chenta Kirana mula beroperasi secara rasmi





Tidak mahu pening2 kepala menguruskan majlis pertunangan, cukur jambul atau menyiapkan hantaran untuk majlis pernikahan serta pertunangan? Saya pasti, masa begitu mencemburui wanita bekerjaya..

Justeru, saya dengan ini menawarkan khidmat seperti di atas melalui nama perniagaan Chenta Kirana secara part time.

Projek terbaru adalah menyediakan hiasan bilik pertunangan antara Halijah dan tunang tercinta, Faizal pada 31 Julai lalu di Alor Gajah Melaka. Sahabat saya menetapkan tema hitam putih silver, justeru saya siapkan sebuah bilik serba ringkas berkonsepkan moden kontemporari pada harga yang sangat berpatutan.


Beliau turut menempah jambangan sirih junjung bunga segar dan khidmat solekan daripada Chenta Kirana :)

Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi saya melalui talian 016-3642007.





Kiranajoe : Sewaan baju tunang, nikah atau sanding (kuantiti terhad) utk saiz S turut ditawarkan. :)