Thursday, December 30, 2010

Kebangkitan SuperMokh

En Suami cakap lepas Malaysia menang Piala Suzuki AFF..

"Dulu-dulu masa kita kecik-kecik, bila Malaysia menang bola, PM mesti bagi cuti..
Aku jawab.."Ye ke, tak ingat pun..

Hehehehehe

Hari ini, PM isytiharkan Jumaat cuti umum sempena kemenangan iteww..wahahahaha aku suka sebab Sabtu nak pi Ipoh, Jumaat bolehlah kemas2 rumah, mandikan budak kucing dua ekor tu sebelum boarding kat 'hotel'. Bau bacin sangat ;p



Tapi kan...Safee Sali tu memang terbaik la weh. Memang tip top. Semangat arwah Mokhtar Dahari macam merasuk team muda negara kali ni. Khairul Fahmi, goalkeeper pun lagi lah hebat. Jatuh cinta dengan kehebatan mereka. Auummm..
Kiranajoe : Tertunggu-tunggu aksi Julia Perez dan bra lasernya itu. Tapi hampa. Mungkin bra tu tak sempat siap..wahahahahaha

Tuesday, December 28, 2010

Hadiah tahun baru

Blackberry juga iphone. Tak agak, sambar dua2.




Lumix DMC-GF1 Red + 14-45mm Lens. Merah baru mengancam.
DSLR tolak tepi, payah nak usung.



Marc Jacobs furfel. Suwiitt. Murah je beli online.



-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Itu semua dalam wish list la. Tapi disebabkan BUKAN KEPERLUAN hanya KEMAHUAN. Jadi, semuanya ditolak ke tahun2 ke depan. Atau mungkin lupus je terus dari list.

Sebab suami sudah approve yang ini..hehehehe ini pun idaman juga. Lagi perlu bagi mengganti microwave yang hanya boleh memanas dan defrost lauk beku.



Adanya awek hot ni, boleh la mak mengenyam wat creampuff, chocolate cookies, velvet cake ala Mak Hanis Zalikha, bla bla bla bla...

Agak2 menu ikan goreng ngan sayur air tiap malam tu boleh berubah jadi chicken chop, grill daging, lamb chop ke yang lepas beli awek hot ni? ;p

Kiranajoe : Hahahaha saya gembira dgn hadiah tahun baru ini. Hahahahaha. gelak lagi...

Saturday, December 25, 2010

Ololooo suwiiittt

Tengok korang...Cik suami memang ada gaya jadi bapak2. Budak ni namanya Insyirah. Langsung tak nak kat orang. Tapi aku tiba2 pelik tgk dia duk atas riba laki aku sambil makan sumi bersuap bagai..ish ish ish...comel la.


Kiranajoe : Anak anugerah Allah. Aku tahu, aku sedang diuji.

Deko deko The Andaman Langkawi

Event : Preview Tumi Spring Summer 2011 Collection
Venue : The Andaman, Langkawi

Ketibaan di bilik yg sangat best disambut sebekas cekelat yg langsung aku tak sentuh, buah-buahan dan sebotol wain. Hahaha. Wain adalah hadiah tulus ikhlas dari Tumi untuk setiap media yg hadir. Mewah bukan. Aku tak bawak balik, sapa plak nak minum kl aku bawak balik kan..




Pemandangan di pagi hari. Masa ni air laut baru nak naik.

Ini juga indah.Bawah bumbung tu ada kerusi, boleh lepak sambil borak2 santai.



Aku tak tahu, kenapa aku suka ngan susun atur bilik ni. Mungkin sebab aku berangan bilik aku layout nyer macam ni..


Meja kerja tu macam best bukan..boleh la nak duduk2 update blog.

Cozy habis..Memang layan beb aku L shape sofa kat penjuru bilik ni..kena plak di sebalik blind tu
menyajikan pemandangan yang subhanallah, indah sungguh.

Gebu. Cadar putih memang favorite. Empuk nya, teringat2. Kena plak king size bed. Terbaik lah.

Yang ni tunggu jugak la kalau boifren i kaya..nak suh dia wat jakuzi terus dalam jamban kat bilik i. Setakat tub macam hotel ni, memang tak pandang lah. Hahaha poyo



Kemudian berangan bagus, TERorder breakfast di bilik pula. Dah saper suh letak atas katil masa aku kuar dinner. Aku pun apa lagi, pilih set paling mahal then sangkut order tu kat pintu.

Jam 9 pagi, bell berbunyi. Breakfast sampai ditolak ke bilik dgn meja2 ni sekali...siap toaster kau. Wah, rasa macam puteri raja plak. Kemudian, tahu2 semua orang breakfast kat bawah. Padan muka, bil breakfast berjumlah RM109 tak silap. Tapi bukan aku bayar, Tumi la bayar. Hahaha.



Last but not least. Peace tanda aku puas hati dgn kualiti tilam dan quilt The Andaman. Sapa yang nak honeymoon, aku suggest datang sini, rasa sehari pun dah cukup.

Kiranajoe : Tak puas hati sebab tak dapat slot ke spa :(

Friday, December 24, 2010

4 sebab aku dapat dosa kering di pagi hari

Pagi2, aku rasa nak maki orang sangat2 bila ada manusia yang takde otak lalu jalan yg sama masa aku nak gi kerja. Memang sakit hati sampai rasa nak jerit kuat2 pastu tekan pedal minyak hentam bontot keter dia. Tapi yg bab hentam bontot kete tu aku hold dulu sampai aku betul2 kaya je aku proceed. ;p

Sebab musabatnya adalah:

1. Ada satu line. Semua orang pakat berpusu-pusu nak ke tempat kejer. Tapi ko perangai macam bagus, cucuk2 line pastu potong dari belah kiri.

Haish, belajar sampai darjah berapa bang?
Kalau ko lambat, ko lalu ikut bawah tanah tak pun guna laluan udara. Jangan drive macam gaya driver racing car mabuk pastu elok sebelah kiri ada moto kapcai slow je sebab dia tak bangun lewat macam ko. Time tu aku dah stanby kaki kat pedal brek siap2. Tanak orang tu kecebur kena langgar, jatuh, aku kat blakang ni pulak tergilis dia. Haru beb..haru..

2. Kat tol jumpa orang takde otak. Padahal dah lalu jalan sama hari2. Konon tak perasan, lorong tunai ada dua je. Orang lain dah beratur panjang2, ko sedap2 je nak masuk celah keter yg lagik selang empat keter nak sampai kat booth tol tu.

Hampeh kan..pastu pulak wat muka macam bagus, tanak bagi signal. Hallu, ko ingat aku reda ko masuk depan aku tak bagi signal. Ko cari la aku kat padang masyar nanti. Yelah, nama dah mencuri line. Berdosa laa mencuri tu. Aduh, lain kali bagi signal, angkat tangan kat cermin bagi dia nampak ko tak sengaja curik line tu. Dowh!


3. Satu kes lagi, masa tersengguk2 dalam jem kat Federal. Keter depan ko memang mewah la, pulak tu ko tgk kat cermin dia, laki hensem. Tapi sekali lagi ko tgk, dia campak botol Yakult kat luar tingkap, pastu buang lagi plastik roti. Lagi puntung rokok. Lagi..aku kl duk sebelah dia, laki tu aku campak ke luar.

Payah la kalau ko pikir, abis tu orang bersih jalan tu takde kejer kalau aku tak buang sampah! Macam haram kan statement ko. Bistu cuba ko bayang plak, kl ko yg jadi cleaner tu? Tapi bukan empati la yg paling utama. Pada aku, benda tu atas didikan dan tahap IQ otak ko la.

Macam aku, mak aku memang ajar semua anak2 dia, kalau tak jumpa tong sampah, jangan buang sampah. Kat rumah, mak aku sedia tong sampah kat dapur, luar rumah, kat sebelah sofa kat ruang tamu, dalam setiap bilik air, dalam setiap bilik tidur. Memang tong sampah banyak. Yg kat ruang tamu tu siap ikat reben lagik kau..Bila dah kahwin, ada rumah sendiri, pun aku ikut ajaran mak aku ni.

Tapi bukan aku nak bangga aku tak buang sampah merata2 walaupun sekecik straw Yakult dari tingkat kereta tapi aku bangga, asuhan mak aku sejak aku pandai sebut perkataan ma tu melekat dan jadi tabiat yg baik. Pada aku, tidak membuang sampah di merata-rata tempat adalah nilai murni yg perlu di pupuk okeh.

4. Bawak keter slow tapi duk line paling laju. Aduhai, ni pagi2 nak gi kejer, bukan nak gi shopping pakcik. Kadang2 sebab kereta dia la yg uzur dan kadang2 sebab driver tengah berangan sambil isap rokok. Ambik mood pagi.

Aku tau halaju jalan persekutuan takleh lebih 80 km/j kot. Tapi kalau ko bawak keter 50 km/j kadang2 tekan minyak bagi lajak je, memang rasa nak bagi pelempang jelaa. Hish, tensen!


Lepas ni nak beli moto lah gi kejer...moto guzzi ni mmg okeh la yang? ;p



kiranajoe : Hari ni tersangkut belakang lori bermuatan berat. Nak potong tak dapat sebab keter lain semua laju2 potong dari kiri dan kanan..hahaha padan muka aku. Aku tak marah lori tu sebab lori tu tak salah cuma aku tensen jugak la sikit sebab semua org potong, aku sorang je tersangkut. Hampeh!

Thursday, December 23, 2010

Why tell me why?

Kenapa bila ada duit banyak dalam akaun, ko akan duk ulang pi shopping complex setiap hari dan dalam tempoh kurang seminggu, ko sedar, duit ko dah agakkkk kering??

Tapi bila duit ada cukup sehingga gaji, pandai pulak ko tak singgah2. Balik keje terus rempit tak berhenti kecuali ko nampak pagar rumah je ko berhenti. Pandai pulak ko jimat.

Aku bukan marah org tapi aku marah diri sendiri. Sebab yg kat atas tu aku la..

Hampeh! aku tanak pi shopping complex sampai bulan tiga tahun depan. Boleh?? Sebab bulan tiga aku dgr ada bonus..giler ko, bonus tu. Lumayan, harus la perabih duit2 tu semua. Menyemak je duk dalam akaun tu banyak2..Matilah!


Kiranajoe : Moral of the story, dah memang azali boros. Ko belajar la jimat macamana pun, takkan jadi punya..hmmm..pasrah lah

Monday, December 20, 2010

Telor saya tidak mahu besar..*keciwa

Sabtu lepas dgn separuh hati, pegi ke Umra untuk check telor aka ovum selepas habis cycle pertama clomid.

Terkejut bila ultrasound, doktor cakap u ada rasa nak kencing tak...? Ingatkan dia nak cakap, rahim ada isi, so rasa nak kencing. Rupa-rupanya nak kena *noda dari bawah...Kena seluk la pulak masuk scan dari bawah...aduhaiii,malu ya amat sebab dalam keadaan tak mengandung, tak sakit nak beranak, tiba2 nak kena seluk, memang la biru muka beb tahan malu. Nasib baik lampu suram2 sajooo...

Kemudian doktor pusing2 alat tu kat dalam. Wah, dia ingat sedap ke? Dia carik telor sebenarnya..pastu dr cakap, ada telor, banyak jugak tapi semua kecik2..kalau normal 18mm kot..

So, keputusannya, dr cakap, tunggu period lagi sekali dan makan lagi clomid utk cycle kedua..hmmm...sedih..tapi dr cakap, boleh try bersama suami. Yelah, kuasa Allah takde sapa boleh nak sangkal...Jadi, aku akan berusaha..hahahah ayoh suami..

kiranajoe : Hati oh hati, kuatlah kamu...

Thursday, December 16, 2010

Keluarga mentua datang

Alamak, ini malam keluarga mentua datang ke rumah.

Nerves nya..tak tahu nak masak apa. Maklum saja, mak mentua den pandai masak. Aku ni masak main campak je. Tapi selalu masak dalam mode penuh kasih sayang. Hehehe. Poyo.

Kalau nak tau, sepanjang kawin ni, aku balik umah mak mentua, tak pernah masak. Hahaha. Mak mentua sayang menantu, basuh pinggan pun dah marah2..hehe.

Tapi demi menjaga air muka suami malam ini...saya nak masak kari ayam, goreng ikan termenung, goreng sayur dan ulam buah tembikai. Hehehe. Pencuci mulut, ada buih kuinin, jambu loceng Tapah, ada pencicah rojak..blasah sajoooo...


kiranajoe : Good luck isteri... ;}

Monday, December 13, 2010

Sakit hati

Sapa suruh ko masuk ofis lambat?
Padan muka aku sebab menyusahkan orang.
Dah nyusahkan orang, pastu ko sendiri sakit ati.Padan muka lagi!
Ko ingat ko cantik ke nak landing2 atas katil sambil taip story, brangan tanak masuk ofis pagi?
Tu bukan budaya kerja kat Mesia tau tak..eishhh!
Aku yg sebal!
Terus rasa nak migrate gi Kuwait. Ha, kekdah Kuwait plak?

Thursday, December 9, 2010

Clomid bermula

Huyeah...Mercilon sudah habis dan flow seperti diharapkan. Selepas dua hari tamat Mercilon pada 4hb Disember bersamaan hari Sabtu, di kaki gunung Ledang. Aku didatangi 'kawan baik'. Ini kawan baik yg terbaik juga sepanjang tempoh setahun ini. Cukup 'lawas' okeh. :p

Tanpa ragu, terus call Dr Karamjit di Umra, tinggal pesal. Dia call kembali selepas sejam dan approve untuk aku mulakan Clomid. Huyeah!Saat yang dinanti adalah pada hari ke 11 atau 12 period, harus scan melihat telor2.


Dear telor2, sila membesar dgn sihat ye. Kemudian bila berjumpa en sperma, jgn jual mahal sangat. Keputusan kamu adalah kisah masa depan saya nanti tau.


Aku skrg dalam mood bertenang dan sangat cool. Rahsianya, jgn sesaja hati nak masuk forum2 ibu mengandung ke forum wanita yg nak conceive ke. Jgn sekali2 ye..


kiranajoe : Mood bahagia berbunga2..

Tuesday, November 30, 2010

Confirm Sazzy Falak hamil anak kembar!

Tadi ada launching kedai jam Toy Watch di Gardens. Aku hadir memberi liputan. Ada ramai artis antaranya Daphne Iking yg kontroversi, Aishah Sinclair, Hani, Atilia, Vanida Imran dan suami, Mizz Nina tanpa Noh, Joe Flizzow dan juga Sazzy Falak.

Jika beautifulnara.com ada mengkhabarkan berita Sazzy Falak hamil. Ye, aku confirmkan kat korang sebab tadi dah dgr dari mulut si genit itu sendiri. Mommy itu memang hot.

Menurut Sazzy Falak yg berani berkasut tinggi setebal 5 inci atau mungkin lebih itu tadi, dia kini sedang hamil 3 bulan. Iye, kembar okeh. Oh, rezeki. Katanya, gen kembar memang ada di sebelah keluarga suami yg punya ramai saudara mara kembar.

Perutnya juga sudah agak besar. Katanya lagi, due date kelahiran kembar yg belum dapat dipastikan jantina itu mungkin pada Mei 2011. Mintak maaf, aku tak ambik gambar dia sebab mak malu u ols, tepon mak bukan BB jauh sekali iphone. Nak bayangkan bagaimana? Okeh,macam buncit yg ketara. Muka juga glowing. :)

Happy nye kan tunggu bertahun kemudian dapat boleh kembar. Hai beruntungnya badan. Ya Allah, Kau peliharakanlah kandungan wanita itu dan moga Kau permudahkan juga usaha aku dan rakan-rakan yg menginginkan kehadiran cahaya mata. Amin.


kiranajoe : Rezeki Allah sudah ditentukan, cepat atau lambat saja bukan..

Monday, November 29, 2010

Cik Nah Inn, bilik tumpangan utk seisi keluarga

Begini ceritanya..
Mak aku yg digelar Cik Nah di Bandar Hilir Melaka (wah, macam femes) ada mengusahakan sebuah kafe Cik Nah Cafe betul2 berhadapan Menara Taming Sari.

Setiap malam minggu, kat depan cafe tu ada Uptown Bandar Hilir u ols. Di atas cafe, ada dua level yg menjadi bilik persinggahan makcik yg digelar Cik Nah ini.
  • Level luassss, ada dua katil queen setiap level
  • Bilik air yg takde tab mandi
  • Ada lemari dan toto
  • TV tp takde astro. Hahaha.
  • Tp ada aircond

Kemudahan lain : Lokasi yg sangat strategik iaitu di tengah Banda Hilir, berdepan Menara Taming Sari. Di mana lokasi itu starter point utk korang naik Itik Amfibia, beca dan bas merah London. Lajur sama ada 7eleven. Manakala di sebelah kiri (5 meter) ada Pahlawan Walk (dulunya Food Court Newton), ada jual macam2 benda menarik.

Setiap hujung minggu, berdepan Cik Nah Cafe, ada Upwtown Pahlawan Walk yg boleh tahan happening. Depannya pula ada Pahlawan Mall, maju ke depan lagi, adalah tapak2 sejarah. Cuma parking di satu lokasi, dan jalan saja. CUMA parking kena pakai kupon dan jgn parking kat tapak Uptown sekitar jam5 petang sebab diorang start nak pasang khemah berniaga.

Jadinya, sebagai anak, aku terpanggil nak bagi publisiti percuma la kat Cik Nah ni selaku mak aku.hahaha.Tempek2 gambar sket.

Tapi secara jujurnya, mak aku sediakan bilik ni utk disewa kepada rombongan sekolah2 yg nak save bajet, rombongan keluarga yg pi outing famili ramai2 tp bukan nak tido hotel sangat pun...

Kira bilik sewa je la. Interior memang out tp janji save bajet. Aku ingat nak letak nama Bilik Tumpangan Cik Nah tapi berbunyi seperti bilik yg sewa jam sajo (mcm kat area Chow Kit tu kan). Jadi nama rasmi bilik itu sekarang adalah Cik Nah Inn. Hahaha (poyo).

Nikmati gambar2 yg tidak seberapa di bawah.


Perhatikan signboard Cik Nah Cafe, di atas itu Cik Nah Inn ye.

Katil 1
Katil 2

Kerusi keras sakit bontot. Tunggu untung baru beli sofa. hehe


Boleh nampak tak jarak katil 1 ngan katil 2?


Boleh berangan minum kopi kat sini.

Atau duduk2 di sini.

Ini suasana Cik Nah Cafe yg biasa2 saja. Boleh la kalau nak isi perut sebelum mula bersiar2 di bumi Melaka.

Untuk pertanyaan, boleh hubungi mengenai harga atau tempahan makan, boleh hubungi Cik Nah (013-6908899)

Kiranajoe : Kintan, ko tgk, aku buat entry untuk ko. Terharu tak? ;p

;)

Sebab suami di sisi sepanjang minggu, jadi saya sangat lupa mana saya letak laptop dan broadband segala. Yg saya nampak, cuma suami saya. Hahaha.


kiranajoe : treatment yg seterusnya ditemani encik suami di sini, memang best.

Thursday, November 18, 2010

Laksam Kelantan

Malam raya, pulang ke rumah sejurus tamat kerja lewat petang. Jem di sana, jem di sini, sampai Mydin Bukit Jelutong, hampir semua barang2 mentah tiada.

Singgah pula pasaraya Alam Budiman, hancur hati sebab kelapa juga habis. Macamana nak buat kuah laksam waima nasik berabu. Hancur berderai lagi hati ini.


Malam raya juga telefon ibu, tanya nak buat laksam pakai tepung apa. Hahaha memang choi bab2 mengingat jenis tepung. Setiap kali nak buat, kena tanya. Di situ saja dah tahu, mmg jarang masak. Tapi laksam ni percubaan pertama buat tanpa ma sebagai tukang guide.

Laksam
2 1/2 cawan tepung beras
3 cawan air

Cara penyediaan
Campur tepung dan air, tuangkan ke atas penutup periuk yg diletakkan dalam pengukus.
Tutup periuk tu sila sapu minyak ye. Tanak bagi melekat. Kukus sekejap je. Kalau masa dah kukus, tepung tu menggelembung, insyaAllah, adunan tu elok.

Kuah laksam (resipi empat orang makan)
Santan
6 Bawang merah
Seulas bawang putih
1 inci Halia
1 keping Asam keping
15 biji lada hitam kisar kering
Isi ikan kembung yg direbus (aku guna 2 ekor je)

Cara
Blend santan bersama isi ikan
Masukkan bawang blend
Masak dgn api kecil
Masuk halia diketuk, masuk asam keping
Masukkan lada hitam kisar, garam dan gula secukup rasa.


Sambil2 tu, boleh la siapkan ulam kacang panjang, timun batang, taugeh, kubis. Makan bersama belacan dan cili boh. Gaya Terengganu makang laksang gitu ah. :)

Jadi, pagi raya yg tak berapa nak pagi, kami makan laksam sajo. Lewat malam, abah balik setelah lama MC, membawa bekalan dari ibu di kampung..pulut kuning, kerutup udang, nasik minyak dan kari ayam. Sungguh sakan mereka beraya, nasib baik masih ingat anak menantu.

Abah : Angah buat laksam? Buh ke abah semangkuk.
Angah : Ok tak bah?
Abah : Hmm..ok, boleh bukak restoran.
(Dalam hati, puji ke sindir neh)


Tak senonoh bukan, hidang dalam pinggan caca merba. Haih, tu pasal aku cakap. Macam raya kat Afrika.


kiranajoe : Tak mahir di dapur tp sebab nak biasakan suami dgn masakan kelate, i cuba. ;p

Jiwa lara

Treatment kesuburan neh mmg penuh emosi.

Semalam aku tanya cik suami.

Isteri : kalau i mati u kawin lagi tak?
Suami : tak kot.

Isteri : tp kalau kita, kita kawin lagi.
Suami : Ye ke. Ikut kamu la yang.. (pasrah)

Hahahaha telakar la cuami kita.


kiranajoe : Malam ni i tempek resipi pagi raya i bersama suami ye.hehehe.takleh blah, konon nak beraya berdua ngan suami. Hasilnya, macam duk Afrika.Memang takde suasana raya pun.

Rawatan bermula.

1. Asid folik
2. Mercilon iaitu sejenis pil perancang.

Disebabkan haid tidak normal, dinding rahim menjadi tebal. Jadi proses rawatan akan dimulakan dengan kaedah untuk membetulkan period.

Okeh, serius aku tanak makan pil perancang. Sebab korang tahulah, dah nama pil perancang, mesti takleh lekat punya. Tapi, hasil pembacaan di forum dan artikel, aku teruskan sebab itu dinamakan prosedur. Jadi, nah..skrg aku tawakal dan sedang gigih berusaha.

Kesan Mercilon yg baru aku ambil selama 3 hari adalah..mungkin berselera makan tapi masih ok pada aku dan suami. Cuma yg tak tahan, ada rasa loya dan pening-pening. Tak tahu effect ubat atau memang perasaan saja.

Doktor cakap, kalau usaha melalui pil tidak berhasil. Aku kena cuci rahim. Yezzaaa..mulai hari ini, aku tanak stress. Sebab aku mahu flow period kembali normal. Tidak weehh, SAY NO tu cuci rahim atau D&C itu. Sebab bidan yg pernah urut cakap, cuci rahim boleh melonggarkan peranakan. Tidak elok ye anak2.





kiranajoe : Usaha tangga kejayaan bukan?

Monday, November 15, 2010

UMRA Day 1

Aku masuk bilik doktor je. Dia dah berkerut tgk file aku.

Hari ini, bila ultrasound, dinding rahim masih tebal dan doktor cakap bawah peranakan ada air pulak. Normally, semua wanita akan ada air kat situ tapi aku nyer banyak.Hmm..

Ada 3 penyebab, mungkin:
1. Sebab tgh period
2. Sebab pregnant
3. Ada jangkitan kuman yg membawa kepada benda yg tidak elok!

Check urin dulu..ok,-ve tapi doktor tak puas hati lagi. Dia tanya ada pernah buat papsmear, tidak doktor. Then seterusnya sambung belek2 file aku sambil kerut2 kering.

Doktor putuskan untuk ambik darah dan keputusannya keluar esok. Masa kat luar bilik, doktor tu pi jumpa doktor lain. Bincang2 hal aku. Apa kes?

Tunggu nak bayar. Doktor tu datang kat tempat aku, bagitau, boleh saya jumpa awak esok jam 8 atau 9 malam? Aku ok kan jela.

Apa2 jelah doktor. Saya bersedia. Jangan la doktor gelabah lebih plak. Saya nak Clomid je, nak bagi telur saya diovulasi dan matang. Harap2 mudah nak pregnant lagi. Cuma esok aku kena call ejen insuran PruBSN aku,nak kena tambah polisi yg cover sakit2 perempuan ni. Haish!


Kiranajoe : Suami, i izin u kawin lagi kalau u nak baby. Tp tggu i mati dulu.Hehehehe. Baik tak i?

Thursday, November 11, 2010

Bihun goreng 'bodoh'

Balik rumah, perut lapar.
Bukak peti ais, ada udang, tomato.
Bukak almari, ada bihun dan perencah bihun.
Cantik!

Resipi kita malam ni adalah, Bihun Goreng Bodoh.

Bahan2 :
Bihun (4 orang makan)
Perencah bihun goreng Adabi
Seulas bawang putih
Telur
Tomato
Udang
Fish Ball

Cara penyediaan :
Tumis bawang putih, perencah sehingga garing
Masukkan bahan mentah dan telur
Masukkan bihun dan sedikit air, kicap dan sos cili

Sila makan...masak utk 4 org makan sebab mengandung.Tipu.Sebab tamak! Last2 aku baham dua pinggan, lagi balance simpan utk malam esok.Boleh?

Don't judge a books by its cover! ;p

Ingat : Orang tamak selalu membazir malah orang tamak juga selalu gemuk!
Baik.Saya janji tak tamak lagi. Tapi mak aku selalu cakap, aku tangan lebar.

Quiz : Apa maksud tangan lebar? Jawab2...Hadiah misteri menanti anda.


kiranajoe : Bosan la duk kat rumah sorang2 ni. Suami, minggu depan kita gi shopping baby kat supermarket jom. :(

Wednesday, November 10, 2010

Penangan Power Root dan Kopi Jantan!

Seumur hidup aku, tak pernah sekali aku tgk abah sakit teruk tapi Sabtu lepas, pada usia 54 tahun, abah dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Putra Melaka gara-gara sakit pada bahagian kiri perut.

Cuak. Gelabah. Seram. Sedih. Semua ada. Tapi peliknya, semua rasa tu masih boleh dikawal mungkin sebab hati cakap, abah akan ok. Syukur alhamdulillah. Abah memang ok.

Sakitnya, batu karang secara tiba-tiba. Malam tu kencing tak lawas dan malam tu jugak terus sakit yg abah umpamakan seperti SAKIT NAK BERANAK! Lawaknya, adik aku boleh plak tanya, macam rasa senggugut ke bah? Dah macamana org tua tu nak jawab, pernah ke abah period budak oiii.

Selepas 3 hari di hospital, abah dibenarkan keluar tanpa perlu pembedahan atau laser sebab batu karang pada salur pankreas tu dah luruh sendiri. Radang pun dah ok. Cuma masih ada sisa2 batu dalam pankreas, bila ada yg jatuh dan sangkut lagi. Abah mungkin akan sakit beranak lagi sekali. ;p

Gula pun tak stabil, tinggi. Catatan pertama, 8.6. Turun 4.9, 5.2...Hari kedua pun ada cecah 12.2. Kami dah risau, ingatkan dah kena diabetic atau en suami plak cakap, takut hempedu rosak takleh proses gula. Sampai tahap kena minum air glukos. Kemudian, hari ketiga, stabil. Tapi yg pasti, aku tahu, abah keluar dari wad dengan COGANKATA, jauhi Power Root dan Kopi Jantan!

Beginilah kisahnya, bila ada abah yg degil taknak dengar cakap. Tabiat minum kopi tongkat ali (Hampir 5cawan sehari ye) dah jadi tabiat abah sejak beberapa tahun dulu, mungkin 5-6 tahun la jugak.
Aku pernah buat story ektsrak kopi tongkat ali di pasaran dulu. Aku bagitau abah, kesannya tak elok. Mungkin boleh kena diabetes, tapi dia tak percaya. Meh tgk neh. Aku tempek story sendiri. Untuk rujukan. Kalau tak silap, story ni publish pada 2008.


Gimik minuman herba
Peralat status Bumiputera, kandungan ramuan tak capai piawai

KUALA LUMPUR: Syarikat pengedar minuman berasaskan herba tongkat ali, kacip fatimah dan manjakani serta produk kecantikan jenama terkenal dikatakan menggunakan gimik produk keluaran Bumiputera untuk melariskan jualan sedangkan ia dipercayai dibiayai pihak lain.

Pengarah Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia, Prof Ramlan Abd Aziz, berkata gimik digunakan bertujuan menarik pembeli daripada kalangan orang Melayu yang dikatakan paling mudah diperdaya.

"Kopi tongkat ali kini menjadi amalan kalangan lelaki Melayu malah diambil melebihi tiga kali sehari. Tanpa disedari pengambilan kopi yang sebenarnya hanya mengandungi kurang 0.05 miligram bahan aktif tongkat ali atau kacip fatimah itu langsung tidak mendatangkan kesan dari sudut kesihatan.

"Jika benar ia mengandungi ekstrak tongkat ali, kopi yang diminum berasa pahit. Tapi ada yang meminumnya mengakui lebih bertenaga tanpa menyedari ia disebabkan kandungan gula yang tinggi di dalam setiap paket. Malah, jika diamalkan berterusan dalam tempoh beberapa tahun, mereka pasti menghidap penyakit kencing manis," katanya kepada Berita Minggu.

Prof Ramlan berkata, CEPP pernah diminta menganalisis kandungan kopi tongkat ali jenama terkenal yang ditahan daripada memasuki pasaran sebuah negara luar. hasil analisis mendapati bahan aktif tongkat ali wujud tapi tidak dapat dikesan kerana dos yang amat kecil.

"Jelas ia adalah penipuan. Kini, beberapa badan tertentu bersama CEPP dalam proses menguat kuasa undang-undang khas yang memperuntukkan setiap minuman berasaskan herba diwajibkan mengikuti dos tertentu yang ditetapkan," katanya.

Mengikut kajian saintifik, setiap pengambilan kopi tongkat ali perlu mengandungi sekurang-kurangnya 1 mg ekstrak tongkat ali dan daripada kandungan itu, hanya lima peratus ekstrak dapat diserap.

"Bagaimanapun, kebanyakan produk kesihatan berasaskan tongkat ali hanya mengandungi serbuk kayu tongkat ali yang dikisar, bukannya ekstrak. Daripada 0.05 mg serbuk kayu yang dicampur, hanya lima peratus yang hadam, selebihnya akan berkumpul di perut dan hati. Lama kelamaan hati akan rosak," katanya.


kiranajoe : Kalau aku saman Power Root RM10juta, agaknya boleh menang tak? Tapi Kopi Jantan lagi dahsyat, boleh rosak buah pinggang,ni rakan sepejabat yg kena hanya selepas beberapa bulan minum.

Friday, October 29, 2010

Bosan tahap dewa.

Saya mahukan percutian.
Kali terakhir mungkin setahun dulu.

Kenapa orang boleh rancang yg happening dan best.
Kenapa saya tidak boleh?
Bosan.


Sekarang saya rasa macam mahu demam.
Saya benci rasa begini.
Panas muka.
Panas telinga.
Panas badan.
Bosan.

Oleh itu, saya keluar dari ofis.
Pegi ke Guardian.
Membeli bagi saya adalah terapi!
Kemudian saya pegi basuh Cik Putih.
Tetap bosan!

Sekarang..saya tgh tunggu jam 5.
Sebab saya mahu pulang ke rumah.
Mahu tidur.
Enaknya.

Tapi, sebelum tu mahu singgah ke Jualan Gudang di Stadium Melawati Shah Alam.
Saya perlu terapi!


kiranajoe : Karaoke bersama bos malam tadi memang best. Goyang Inul terbaik.

Wednesday, October 27, 2010

Mengenalimu


mengenalimu aku bahagia
mengenalimu aku gembira

mungkin masih ada cacat cela
cuma ku pejamkan mata
kerana cinta itu buta

kadang ada gelora
ada juga anginnya
tapi ia hanya sementara

bila datang rasa
cukup sekadar engkau di depan mata
mengusir rindu di dada

nukilan : kiranajoe Okt/2010

Monday, October 25, 2010

Lelaki cacat, lahir TANPA jiwa!


Kencing muka isteri sambil lafaz talak tiga. Itu cover story Harian Metro 25 Oktober.

Hmmm..lagi bagus kalau ko lafaz je talak 100. Tapi ikut hukum, berapa ribu lafaz pun ko letak, tetap tiga jelah jatuhnya. Maksudnya apa di situ? lelaki tu WARAS...waras okeh!

Haish, entah apa yg bergelodak dalam jiwa lelaki tu. Sanggup buat bini macam tu..entah, tak terluah rasa dalam hati aku ni. Kalau benci benar pun engkau pada isteri, letak sikit rasa hormat kepada dia. Yg pernah ko kata sayang, pernah ko luah cinta, pernah jadi teman tidur ko lagi tu.

Lafaz je tak boleh? Jgn dianiaya wanita itu.
Pada aku, lelaki itu memang cacat akalnya...cacat juga jiwa..serba serbi cacat.


Kiranajoe : Suami, jgn buat saya ye. Saya tak belajar karate. huk! Tapi kita tahu, kamu lelaki gagah tapi dalam hati ada taman booongaaa. ;p

Moga mereka selamat

Comel hilang.Hilang lagi. Tapi kali ini sudah sebulan. Langsung tiada kabar berita.

Minggu lepas, aku mimpi Comel. Nampak dia dan tiga anak yg baru dilahirkan. Duk di perkarangan rumah di kawasan perumahan aku tinggal. Harap dia selamat. Tidak dibuang atau tidak dilanggar lari.

Mimpi tanda aku rindu dia. Tapi, kali ni macam takde tanda dia akan ketemu jalan pulang. Semoga kamu selamat Comel...huk! :'(




Kucing psiko..mmg ganas tapi sayang, tersesat carik jalan pulang. Skrg dikhuatiri sesat di kawasan perumahan..alosh!





Ni masa dia kecik. Abah ambik masa di umur dalam 4-5 bulan. Buat peneman aku, lepas aku miscarriage dulu. Mmg kecik. Pastu suka tgk TV. Nyonyot jari. :(



Rindu nye kat muka manja dia.huk!


Comel sempat melahirkan Luna dan Popong. Tapi sayang, Luna juga kini hilang. Sesat ketika kali pertama keluar dari rumah. Tragedi sungguh.


Tu Luna, kaler oren."Acik dah pesan, jgn merayap. Kan dan sesat.Haish!"



Bersama katak bucuk nye..Tido mesti berbantalkan bantal bucuk tu.



Popong dalam rumah kecilnya.


Yang tinggal sekarang, hanyalah Popong. Sian dia, kesunyian tapi nasib baik ada abg Boboy wat teman. Walaupun abg Boboi lampi tapi boleh la wat stok geli-geli.hehe

Boboy, masa ni baru belajar bertatih. Skrg dah boleh jalan dah. :p

Kiranajoe : Monday blues..boleh tak ngadap PC sambil pejam mata?

Friday, October 22, 2010

Homemade Puding Gula Hangus

Hari ni mak sedara suami mungkin datang ke rumah. Tapi keputusan belum final. Sebagai langkah berjaga2, isteri telah memenuhkan freezer dgn bahan mentah.

Tidak hanya setakat itu, isteri juga sudah bikin Puding Gula Hangus sejurus pulang dari ofis semalam. Wah, rajinnya, rugi ex2 boifren i yg tanak kawin ngan i dulu..nyesal tak habis la u ols.

Pemilihan jenis pemanis mulut ini dibuat kerana : aku malas.Ia mudah.Suami juga suka makan. Mahu cuba? Okey, aku pemurah orangnya. Boleh cuba, tapi sukatannya aku pakai agak je tau. Kalau cirit birit, bukan salah resipi aku. Mungkin sebab kulit telur korang tak basuh. ;p

Bahan :
Telur 6 biji
Susu cair 1 tin
Setitik esen vanila
Gula setengah cawan

Kekdahnya :
1. Pecahkan telur kemudian buangkan pusat telur ye. Tanak bagi hanyir.
2. Kalau malas pukul,masuk dalam blender. Blend sekitar 2 minit. Aku malas, so aku blend jela.
3. Masuk susu, setitik esen vanilla dan secubit garam.

Sambil itu, panaskan loyang masukkan gula dengan api sederhana kecil. Kasi goreng (tanpa minyak ye adik2). Jangan hangus tau walaupun resipi ni namanya puding gula hangus aka puding karamel.

4. Tutup api dan masukkan 1/7 cawan air panas ke dalam gula hangus.
5. Masukkan loyang tadi ke dalam pengukus yg telah dipanaskan awal lalu tuangkan adunan ke dalam loyang berisi air gula tu.Kukus selama 15 minit kot.


Ok...siap.

Dulu aku guna 3/4 tin susu cair je tapi selalu yg sikit tu tinggal dalam peti ais dan dibuang selepas sebulan. So, skrg ni aku tuang je satu tin.Lembik sikit la tapi ok la daripada membazir.

kiranajoe : Bekerja pula di hari Sabtu. Aduhai.

Wednesday, October 20, 2010

Special note to my boyfriend forever.


kiranajoe : lonely.

Kita sama.Titik!

Sengketa memang menyakitkan
Amarah juga membebankan
Tapi hati tetap berkata dia yang terbaik

Kerana dia, aku kuat
Kerana dia, aku tabah
Kerana dia, aku sentiasa cuba menjadi yang terbaik

Kadangkala, kedangkalan dalam menghadapi situasi sukar, menambah kesukaran
Tapi, pengalaman itu guru
Jadi, mengapa perlu ada penyesalan?

Berundur bukan bermakna kita kalah
Menang juga tidak semestinya kita hebat
Kerana itu bukan falsafah cinta

Bersama kita belajar untuk menghalusi jiwa
Supaya kasih tambah mekar

Aku cinta kamu
Aku tahu, kamu juga begitu
Kerana kamu itu aku dan aku itu kamu.
Nukilan : Kiranajoe, Okt 2010

kiranajoe : Nak mampus, jiwang time kejer..

Baca karektor melalui gaya tidur

Suka suki je cuba. Quiz dalam FB. Hukum kalau percaya, korang tahu jela kan.

Tapi ingin ditekankan di sini, aku cuma nak seronok2 je. Maklum saja, jam dah 2.42 pagi tapi aku takleh lelap. Apekehal nye, aku pun tak tahu. So, daripada duk pandang bantal encik suami tapi orgnya takde. Baik aku menjawab quiz.

Aku pilih dua jawapan. Tamak bukan? bahahaha bukan la, aku dulu tidur meniarap. Memang sampai ke tua tapi sejak kawin dan tido sorang, aku jadi terbiasa tidur menelentang sama ada gaya soldier atau starfish. * (pelik tak, kawin tapi tido sorang? hehe)

Rahsianya sebab aku takleh tido tanpa mengadap depan *pintu/tingkap skrg ni. Takut. Kalau encik suami aku ada,kadang2 aku akan tido meniarap. Motif takut? aku pun tak tahu.

Berikut adalah keterangannya..

menyukai gaya tidur Soldier, berikut analisisnya:
Gaya tidur terlentang dengan kedua tangan di sisi. Orang dengan gaya tidur ini cenderung pendiam, tidak banyak bicara dan punya standard tinggi.

menyukai gaya tidur Starfish, berikut analisisnya:
Tidur terlentang dengan tangan di sekitar bantal. Orang dengan gaya tidur seperti ini adalah teman yang baik karena siap mendengarkan orang lain dan senang menolong. Kebanyakan tidak suka jadi pusat perhatian.

kesimpulan:
Yg aku tahu, aku memang tak reti bercakap. So, agak diam kalau tak kenal orang. Sumpah, usaha tanak cakap sb ayat yang keluar secara tidak semula jadi akan membuatkan aku rasa nak lempang muka sendiri selepas itu.

Standard tinggi tu macamana ek? Boleh jadi teman yg baik kalau dah rapat, tapi serius aku suka gaduh sejak kecik. Kaunselor tidak bertauliah mgkin sebab aku mendengar masalah orang tp tidak serap. So, masalah tu tak ganggu hidup aku. hehehe

Percaya atau tidak, aku pernah jadi Presiden Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Ek, ye ke nama gini. Tgk, aku tak igt walaupun masa lampau aku. Apa kes!


kiranajoe : aku tak reti citer masalah sendiri, tertekan siot!

Tuesday, October 19, 2010

Usaha tangga kejayaan

Minggu lalu, pada hari Jumaat yang mulia, aku bersama Kid dan Azma bergerak bersama menuju ke Ipoh demi untuk melaksanakan misi rahsia.

Tapi, demi peminat semua * hahaha perasan la sangat, macam femes jek. Nyampah ;} aku reveal misi apakah itu. Hik!Hik!

Aku pi jumpa Bidan Rokiah u ols..usaha itu tangga kejayaan. Sebab mahu baby, penyambung zuriat. Juga demi memastikan di hari tua kami nanti ada yg mendoa kesejahteraan dan menjaga kebajikan kami..jadi, usaha untuk mendapatkan cahaya mata diteruskan hingga ke Ipoh.

Kami semua cuti ye utk misi rahsia ni. Drive all the way from Bangsar dan pulang hari.

Apa yg Tok Bidan tu cakap, macam takde masalah sangat. Cuma peranakan sedikit senget. Katanya, "Laah, macamana nak lekat, senget rupanya..dia masuk, pastu keluar balik. Takleh lekat. Tok betulkan ye. Baiklah Tok! sambil tangan tarik2 kain batik daripada terlucut. Malu weh tunjuk2 perut kat orang neh..i tak biasa..hehehe

Jadi, kesimpulannya. Aku menunggu keberkatan Jumaat itu membuahkan hasil yang juga tidak mengecewakan. Tapi aku tahu, itu hanya sebahagian daripada usaha dan Allah penentu segalanya.

kiranajoe : Air batu campur bersama keledek dan roti puri kat Ipoh memang terbaik.

Tuesday, October 12, 2010

Saya dapat Jimmy Choo!

Mak aku giler kasut. Sumpah.Korang kalau tgk kasut dia, akan pengsan sekejap sb setiap hari dia akan singgah Jusco, tgk kasut design baru. Pastu beli pulak tu. Tapi nasib baik bukan singgah butik Jimmy Choo ke Aldo ke.

Nak sedapnya, dia bukan pakai kasut2 tu. Simpan wat koleksi. Kaki kalau size standard takpe, ni tidak, saiznya 7 - 7 1/2.

Pernah aku bawak balik katalog Jimmy Choo, dia tanya, takde ke kasut-kasut Jimmy Choo yang murah2. Bahahaha comel kan mak aku, teringin nak kasut Jimmy Choo. *Pengsan ~

Hari tu aku berkesempatan pi pelancaran beg kitar semula Pink Couture utk kempen Pink Oktober sempena breast cancer. Jimmy Choo antara jemputan. Bila dan lepas PC, aku pun dgn gedixnya ajak kak zarinah metro bergambar ngan taikun kasut yg mmg banyak mulut dan baik hati ni.

Mak akulah cakap, dah lama kejer, ada org2 yg jarang org lain boleh jumpa, ambik la gambar. Jadi, ini hasilnya bila aku dapat ambik gambar bersama Jimmy Choo..hehehe

gambar menenggek sajo di tepi sofa.

kiranajoe : Nor Azma Muhamad Laila, u ada gambar ngan Jimmy Choo..? hehehe

Saturday, October 9, 2010

Malam ni aku pi Ratu Cantik!

Masa kecik2 dulu, Miss World ke Miss Universe ke mmg wajib tonton. Tak tahu apa rasional. Tp seingat aku, tiap tahun bila mende ni nak tayang kat TV, mak aku awal2 dah pesan...siap kejer sekolah awal2, mlm ni nak tgk Miss World.

Tapi memang la ralit. Part paling best pada aku, bila tang evening dress tu. Yg lain, aku tak kisah sangat. Pastu esok gi sekolah, penuh la buku2 sekolah ngan lukisan princess pakai gaun kembang. Time tu aku berangan nak jadi pereka fesyen. Adoii, cita2 takleh tahan!

Nak jadi cerita, malam ni jam 8.01 malam, aku kena pi cover Ratu Cantik..hehehe once in a life time la neh. Hati berbelah bagi, tapi byk ke arah kecewa daripada teruja. Bukan apa, aku tak tahu nak pakai baju apa.

Macam ni ke?



atau

ini cantik giler weh


Ke ala2 angel pakai kaftan gaya incik Rizalman







credit to Rizalman, kang tak pasal aku kena saman.

Takpun pakai baju kawin dulu? Gedix benar rupanya.

Tapi nampaknya aku pakai sari je kot. Sebab bos mak mengkhianati janji suci kami berdua. Dia assigned aku pi Ratu Cantik tapi lebih tepat Miss MalaysiaIndian Global. Ada ke patut? Huk! Menci tau.

kiranajoe : Kl emcee cakap Tamil, aku nak wat macamana u ols?

Wednesday, October 6, 2010

MEMANG HIJAU DOWH

Aku dah cakap dah, air Tasik Kenyir mmg hijau. Pastu manager kat Lake Kenyir Resort and Spa bagitau, cuaca kat tasik tu pun tak menentu. Kalau ko tgk langit cerah, ko naik bot, lima minit, tiba2 boleh hujan siap ribut ngan petir semua lengkap...aku dah cakap..scary!

Tak caya, tgk neh...

Pastu, manager tu yg mmg best dibawak berborak tu cakap lagi..kedalaman tasik buatan manusia neh mmg dalam wooo...boleh cecah 300-400 kaki.huhu lagi scary kalau jatuh tanpa ada life jaket...kan..kan..tambah pulak kat dasar tasik tu masih ada kayu2 balak yg usianya beratus tahun.

Tapi, suasana kat sana mmg tenang..damai..Nasib baik jugak setiap orang diberi duk dua orang sebilik. Kawan sebilik aku punya penakut, masuk jamban pun tak tutup pintu okeh..hehehe katanya bilik air luas sangat, macam duk dunia lain kl tutup pintu..hehehe

Doktor yg ikut sama rombongan kami tak kongsi bilik ngan saper2. Esok pagi, dia cerita, bilik dia dgr macam2 bunyi. Bunyi angin, bunyi ketuk2, bunyi macam2 yg sangat menakutkan katanya. Sumpah aku tak tipu. Aku ngan org lain plak yg duk setentang ngan chalet dia, tido ngan lenanya plak..Alhamdulillah.




Cuba carik mana satu roomate saya yg penakut tu..hehe

kiranajoe : tgh down neh..huk!