Friday, February 25, 2011

Bila saya marah

Saya tak akan cakap, tak senyum, tak peduli.

Saya tahu berdosa tapi saya marah. Nak buat macamana. Manusia beb bukan kotak TV, bukan mangkun jamban yang takde hati dan perasaan.

Aku nak anak lah. Bila ada anak, marah2, boleh wat lawak ngan dia gelak2. Sejuk sikit hati.


kiranajoe : Ikut hati mati..tapi saya ikut rasa je. Rasa malas nak marah lagi, saya cool lah.

Friday, February 18, 2011

Hello, my name is Maryam!

Nenek aku dua2 nama Mariam. Belah ma, Wan Meriam Wan Mahmud. Belah abah, Mariam Mamat. Ish ish ish, kebetulan betul.

Sepupu aku hari tu dapat baby girl, dia buh nama Rabiatul Aishah. Aishah tu sempena nama moyang kami. Aku pun tanpa beragak, terus berazam nak beranak cepat2, kalau dapat baby girl, nak taruk nama Maryam. Tribute la kiranya.

Tapi...kalau tak beranak, macamana nak guna nama tu?

Kemudian, sorang kawan blogger namanya Farah tu..hehehe bersalin, dapat anak, dia taruk nama Maryam. Sweet sungguh.

Kemudian lagi, malam tadi, kawan ofis aku pun bersalin anak kedua. Scan memang tak pernah nampak, dah bersalin baru tahu girl. Doktor siap komplot nak tipu dia, cakap dia dapat anak laki lagi. Sebab 1st anak, boy. Doktor tu comel betul. Nak main2 plak lepas org tu penat meneran.

Nak sedap citer. Dia pun buh nama Maryam. Hoh! Pah guano tu...
Takpe, aku simpan la jugak nama tu. Tak kira, nak jugak.

Tadi gi melawat Maryam Azhar. Comel la berbungkus. Tidur tanak bukak mata. Sungguh syok la. Sempat dukung, rasa geram nak peluk kemas2 tapi takut plak patah riuk tulang temulang si tecik tu.

Kami pergi berjemaah. Ambik berkat ramai2. Ada mak budok yg teringin nak beranak lagi, ada jugak bekas 'bakal mak budak' yg nak mencuba lagi dan sorang anak dara yg terror nak mampus pegang budak tapi tak reti2 nak kawin.

Hello Maryam!


Perangai buruk. Asal jumpa baby, nak selak tengok kaki la, nak tgk jari la. Ish.

Ambik berkat namanya ni. Fuh! Biarlah melekat! Hehehe

kiranajoe : Pssstt...suami, jom pi honeymun.

Monday, February 14, 2011

Selamat datang cinta!

Disebabkan pada 12 hb, si adik manis Peod datang, jadi perasaan aku bercampur baur.

Mahu teruskan treatment atau relax barang sebulan dua daripada menggunakan bahan kimia?

Suami cakap, kamu selalu wat kejer tak habis. Hmmm..betul gak, bli set Biodex tapi hampeh, tak habis pun. Kawan bagi jamu, pun tak bersentuh, beli dan makan sekejap Jamu Mak Dara, den brenti hahahaha mak tak seswai makan nok. Tapi aku suggest la utk org yg dah pernah bersalin normal. Silakan.

Petang ini penentuan sebab harus ke Umra jumpa Dr Ummul tu. Serasa aku, pasni dia nak wat fallopian tube test yg shoot dye dalam uterus, check salur blocked atau sempit atau apa2 je. Huwaaaa, tu yg takut tu..org cakap sakit. Ngeri ngeri!


kiranajoe : :(

Friday, February 11, 2011

Ya ampun...aku comel katanya.

Duk tgk tv...suami tiba2 tenung muka yg penuh jerawat ni...(bayangkan pls..)
Renungan mata macam zaman bercinta dulu plak tu..dlm ati dah pikir dah, ni mesti ada akal nak kenakan aku ni.

Pastu dia cakap, "Kamu ni comel la. Kita selalu bayangkan anak2 kita keletah comel macam kamu tapi nakal macam kita!

Hah!Ambik ko.Kembang kejap bontot aku.
Wei, laki mak cakap mak comey wei..hahahahahaha padahal bukan aku wat apa pun, aku tgh makan nasik, atas sofa sebelah dia, dia plak tgk tv.

huummmm..kepada wanita2 di luar sana yg jarang dipuji suami, sila jeles! ;p


kiranajoe : Perasan seminggu. Tapi lepas jerawat2 sebesar penumbuk ni penuh di muka, mak punya self esteem dah mencanak2 turun. huh!

Thursday, February 10, 2011

Pening sampai telinga rasa panas!

Uishhhh, pening kepala ya amat. Berdenyut denyut denyut. Mungkinkah kerana cuaca panas atau mungkinkah kerana stress?

Sebenarnya aku menghitung hari untuk ketemu dokter. Yes, u ols, sambil2 tunggu puan P* datang. Fussshh!! Harap2 dia tak datang...hahahaha pish pish...jauh ko.

Tapi mungkin period nak datang jugak ni...jerawat sebesar2 ibu jari tumbuh kat muka. Hah!Hambik ko..kat idung, kat pipi. Senget benget dah muka gua. Ceh, bedebah punya jerawat.
Aku pun geram, lepas wat treatment kesuburan ni, memang maha hebat kebesaran jerawat2 ini.
Wek, macamla dulu muka flawless sangat...nyampah! ;p

Tensi bertambah pulekkk bila aku susah2 lukis gambarajah muka guna Paint. Ya allah, jelita sangat jadinya pastu siap circle kawasan2 yang sedang dilanda jerawat. Tapi...Hish, geram betul, gambar takleh upload. Naper erk? Ah, lantak la dia di situ.


kiranajoe : Gelabah itik wat kejer sambil update blog. Aku nak cabur kul5 tepat2. Lumba ngan cik suami, saper sampai umah dulu..hahahah boleh?