Thursday, July 29, 2010

Cik Putih yang gebu..Auwww, comelnya dia!

Ingat tak kereta Picanto yg ku gelar Dugung itew?
Ucapkan selamat tinggal kepada cik Dugung yg dulu selalu buat hal..Tapi sedih woo mau pisah sb dia cinta pertama I. Sedih sangat...saat2 akhir dia, I usap2 'kepala' dia, manjakan dia ngan mandi buih, kasi vakum bersih2..skrg dia dah takde kat tangan I. I sangat rindu bau Dugung yg masam2 lemon tu :(

Tapi bila cik Dugung dah pegi, I dapat cik Putih yg cun melecun. I loike. :)

Semuanya secara kebetulan. Tiba2 'saham' cik Dugung di pasaran tinggi pula. Tiada kerugian untuk dijual, keputusan diambik kurang sebulan dan kurang sebulan juga cik Putih berada digenggaman.

Kenalkan Cik Putih yg gebu...ahaks..


imej google

kiranajoe : Suami tak pulang lagi dari Kedah. Meh la pulang cepat, i bawak u jalan2 naik Cik Putih. :))

Saya mahu sihat seperti sediakala..huhuhuh

Norethisterone 5mg 2 biji setiap pagi dan 2 biji setiap malam.

Saya mahu bagi suami hero atau heroin.pengubat hati suami bila isteri selalu wat aksi amuk2 manja. Hehehe

Juga pengikat cinta kami berdua. Rezeki belum ada tapi saya mahu usaha. Mahu pengganti baby Muhammad, supaya boleh teman saya drive sorang2 bila suami jauh di sisi. Juga sebagai permata hati datuk dan nenek kat Melaka juga Kedah. InsyaAllah.

Chaiyok..chaiyok!

Monday, July 12, 2010

Saya sudah habis pantang!yeaa!

Gempak lebih je tittle. hehehe sb bukan aku yg habis pantang tapi kucingku, Chomel yg habis pantang. Padahal dulu masa aku miscarriage, aku dah warning dia "Jangan bunting dulu sebelum aku yg mengandung! Hehehe (bukan dia faham pun sb last2 dia mengandung dulu sebelum aku...
Hish, tewas ngan kucing sendiri. Wat malu je.
Chomel balik ke Melaka malam sebelum dia beranak. dan pagi hari, dia beranak dalam bilik aku di rumah Melaka (Tiga ekor: Bino( putih tp mati), Popong dan Luna. hehehe skrg anak dia dah nak masuk dua bulan dah.lagi dua bulan pandai la dia panggil aku Aunty ;p


Popong yg belah kanan kerana color itam putih merujuk bahasa kelate adalah bertampung, disingkatkan oleh Abahku, jadi Popong. Luna kaler oren sb dia gelenya macam Luna Maya. hehehe Abah hampir2 memberi nama Nyet. Kesian.




maap ibu.tp ibu kuat bebel.kasi ttup ini molot. (kredit gamba dan kapsen dari FB Adikku, Siti Nur Hafiza)


Ni Chomel masa zaman remaja, sangat bengong duk dalam rak pinggan. Skrg lagi bengong, duk main kejar ngan anak dia. Tula, org dah cakap, jgn beranak muda, kan tak puas nak main...haishh

kiranajoe: Aku ni bila lagi nak main anak sendiri. Hubby aku cakap, tgk anak Chomel, teringin nak baby..aduhaiii