Tuesday, October 28, 2008

SEXY LADY

Label 001
Very cute and feminine. Available in two colors..black and pink. Heel 2inc.
size 35 (5), 36 (6), 38 (7) dan 40 (8)
PRICE RM18
Label 002
Love it! very elegant but sexy. Available in two colors..black and pink. Heel 2inc.
size 35 (5), 36 (6), 38 (7) dan 40 (8)
PRICE RM18

Label 003
Miss polka gonna love it. Only pink color.
size 35 (5), 36 (6), 38 (7) dan 40 (8)
PRICE RM18


Label 004 (middle)
Rose bud. Black and red color, soo sweet.
size 35 (5), 36 (6), 38 (7) dan 40 (8)
PRICE RM18

while stock last...so grab this chance ladies. More things will be upload soon.

Wednesday, October 22, 2008

TAG DIRI SENDIRI KE KAK BEN?

Menjawab kepada tag kak ben...aku pun tag semula laa..ala2 mengisi masa lapang katakan...

Top 2 things found in your wallet as always:
1. Resit maybank..hehehe
2. RM sket

Top 2 things to do when i’m sad:
1. menghambakan diri pada Pencipta
2. tidorrZZZZzz

Top 2 songs you can listen to again and again:
1. lagu2 Dewa
2. lagu Negaraku...;p (buta muzik daaa)

Top 2 reasons to watch television:
1. Tgk tv mana yg dan tapi tak penah ikut program secara serius!
2. berita la kot.

Top 2 places I’d want to visit 10 years from now:
1. Tanah Suci Mekah
2. La Paris

Top 2 current obsessions:
1. Abg bun..hahahaha
2. kucing kurap merempat yg suka makan free kat umah aku then tido dgn lena di beranda umah bila perut kenyang!walaupun kurap tapi macho!kuang3

Top 2 favorite nickname:
1. Angah
2. Mije

Top 2 favorite food:
1. Chicken foldover
2. Kuih sagu kaler merah tuuu..

Top 2 favorite snacks:
1. Snickers
2. Almond bersalut honey..nyum..nyum

Top 2 favorite website:
1. www.forbes.com
2. friendster la kot sebab facebook selalu hang

Top 2 goals you want to accomplish:
1. Nak kawin dan punyai anak yang tomey2
2. Berjaya dunia dan akhirat, insyaAllah

Top 2 favorite to do:
1. Peram tido time off day
2. Merayap sakan bila off tentunya ke tempat baru laa..bukan shopping complex laa...bosan!

Top 2 favorite places:
1. Bilik aku yg bau kepam2 slimut busuk tuh...woo, memang heaven!
2. Masuk hutan...panjat gunung...Ledang

Top 2 things i can’t wait to happen:
1. tunang dan kawin!hahahah
2. mula bisnes sendiri

Top 2 places where I love to shop:
1. Chatuchak, Bangkok...best giler
2. Sg Golok zaman tak gawat dulu...macam2 benda yg pelik2 leh dapat. Skrg kalau masuk, mau kena bom..tanak aku!

Top 2 persons to tag:
1. Kak Fiza
2. aku tadak kawan blogger laa...hmmm...back to u ben!heheh

TIADA NOKTAH

KERJA memang takkan habis..kejar macam mana pun alih2 kita akan rasa semacam kejer tu kejar kiter plak..giler memang giler! kali ni aku takkan biar kejer kejar aku lagi...aku nak cuti panjang then nak organize balik kejer supaya tersusun. Sekurang-kurangnya kejer aku siap on time then aku pun tidak la ditimpa tekanan perasaan yang maha hebat...

kiranajoe: cuti panjang, lupakan kesesakan Kuala Lumpur yang mendesak manusia terus mengejar duniawi...

Wednesday, October 8, 2008

CHINGKUNYA


Ahad lepas, kembali saja dari Kedah...abg bun jatuh sakit. Demam diikuti dengan ruam merah memenuhi seluruh badan seperti campak. Mukanya pucat, keadaaannya agak lemah. Mungkin sebab terlalu lemah dan tak larat, dia ke klinik dan dapat la MC dua hari...

Hari ni masuk hari ke4 abg bun demam...katanya kawan sekuliah pun ada yg mengalami nasib yg sama sampaikan muka yg jinak bertukar merah macam kari berapi!Siap ambik darah dua kali sebab disyaki kena chingkunya...alahai kesian...(memang betul la adik aku cakap, sorang doktor bagitau dia, zaman sekarang ni dah takde campak...yg ader nyer mungkin chingkunya!)

Apa mendenya chingkunya neh?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk dan berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

Tanda-tanda dan gejala penyakit ini
· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

(sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Yang pasti, pihak Unikl-Micet perlu buat gotong royong bersihkan sekitar kawasan tempat tinggal pelajar mereka nun jauh di habitat jin bertendang...hapuskan la sarang2 nyamuk tu semua...sebelum ada pulak yang kena denggi!

kiranajoe : senyum sumbing teringat gelagat abg bun macam kucing hilang anak tika demam..badan panas sangat kot!Otak pun jadi sewel! ;p

Saturday, October 4, 2008

FIKIR SEJENAK


Melilau mata...otak pun turut sama berputar laju...berfikir sebenarnya membuatkan kepala terasa sangat terbeban.Sungguh berat!Sungguh sarat!Rasa nak muntahkan semua dalam jamban then flush...go away!I hate being in this situation...


Raya membuatkan kepala yang sarat bertukar benak!Sana sini melayangkan kad berbau harum...mustahil kad raya berbau harum bersulam huruf emas, berukir indah nama sepasang mahkluk tuhan yang bakal disatukan...oh Tuhan!Panggilan telfon ke kg membuatkan aku mula mengatur langkah untuk turut sama memijak pelamin indah (seboleh-bolehnya sebelum usia bertambah dan terus bertambah)...aku harus cepat sebelum jauh ketinggalan...(boleh giler wooo jadi aku!Tambah giler kalau jadi abg bun!)


Kerana apa aku harus cepat? Sebabnya si Siti Payung (sepupuku) yang muda tiga tahun dariku sudah bergelar isteri orang dua hari terakhir Ramadhan...Ya Tuhan!Terbeban bila nenek tua dari kg bertanya soalan,bila hariku pula? Mulut ringan menjawab, nanti dulu tapi dalam hati memang tidak mahu menanti lagi kerana penantian itu sebenarnya benar-benar menyiksakan!


kiranajoe - Menanti adalah satu penyiksaan, menunggu tentunya satu pengorbanan...