Tuesday, March 20, 2012

Baru nak berangan...skali..gulp!

Aku penggemar flat shoe.
Window shopping di online blog pula menjadi kegemaran.
Minggu lepas order satu barang.
Minggu ni order jugak lagi satu.
Miahahaha mari gelak jahat!

Ok, sekian pantun tak semenggah saya..

Tapi masa masuk ke kedai kegemaran http://watchshoppe.blogspot.com, saya meroyan seketika melihat flat shoe ini. Salvatore Ferragamo kauuu..


Jangan kata buruk ke apa ke...yg pasti aku suka kaler mati tu dan jugak bow yg begitu. Tapi, baru nak berangan, scroll ke bawah...omak, panjat den. Mahal okeh kasut ini.. RM1250!

Okey, orang tak mampu (saya la tu!) sila undur ke belakang...berangan pun jangan.. ;p


kiranajoe : Berbaloi ke beli kasut harga ribu? hurm, ikut kemampuan la kan..ada duit lebih tak tau nak buat apa, beli la..duit ko, bukan duit orang lain dopp...

Wednesday, March 14, 2012

Anniversary katanya.

Sorang kat Kota Bharu kerana tugas.
Sorang di Kuala Lumpur juga sedang bertugas.

Jadi, apakah maksudnya anniversary kali ini?

Tapi kami ok sb tiap tahun pun tidak terlalu meraikan, cuma ada la tukar-tukar hadiah. Dan aku pun terkejut bila tengok handbag yg husband bagi setahun lalu sbg hadiah masih elok, takde calar, takde koyak! Ish, aku tak lasak ke atau sebab waktu berputar terlalu pantas?

Bagaimanapun, tahun ini bila suami offer hadiah, saya dengan yakin cakap, taknak apa2. Kalau nak beli pun, beli utk kegunaan baby. Baik tak saya? Hehehe entahlah, takleh fikir la nak hadiah apa. Mungkin sb zaman skrg ni orang membeli tidak mengikut musim, jadi, barang sentiasa berganti baru, bila tiba hari istimewa, excitement utk fikirkan barang apa nak, jadi kurang.

ermmm...tapi kl suami bagi surpise, mcm best jugak..heheheheh


kiranajoe : Moga cinta kami utuh dan kukuh, dilimpahi rahmat dr Yang Esa sehingga akhir hayat. Sayang kamu mr daddy to be! ;)

Tuesday, March 13, 2012

Gila melanda.

Ini memang serius. Tahap tak boleh blah. Gila weh, gila! Rabak poket apabila kegilaan yang satu ni melanda.

Awokkkk, kita giler cloth diaper!! Huwaaaaa..

Haa, jgn kata apa eh. Saya memang berangan nak pakaikan baby cloth diaper sejak dari mengandung kali pertama dulu lagi. Semangat tu ada tapi kita tgk, bila dia mula berlonggok, berbau hancing dan bucukkk..adakah ia bakal menjadi gunung bertahi lalat di dalam baldi atau tersidai cantik di ampaian. Kita lihat nanti! Hehehehe

Tapi dengan harga yg sebegitu, sanggupkah anda melihat ia bertahi lalat di dalam baldi??

Hailah, mcmana tak gila weh..
Design cantik2, cute2. Harga pelbagai. Skrg ni pulak lagi senang, jika dulu ada CD jenis pocket diaper yg kena masuk insert dan bila tercemar, kotor semuanya. Kini, ada pula jenis All in One, All in Two, hibrid mak nenek segala ada...yg jenis latest ni wl sedikit mahal tapi kelebihannya adalah bila tercemar, cover CD masih boleh diguna semula. Ganti saja insert. Wow!






Cute bukannnn?


Hai budak, kenapa comel sangat ni?? Haihhh!


Kiranajoe : Setiap malam study pasal CD ni sampai pagi2 buta...yela, selain semangat, kena ada ilmu gak nak guna menda alah ni... :D