Saturday, December 27, 2008

Azam tahun baru...

huhuhuhuh...bosannya...lama giler tak memblog...aku tak faham laa naper orang lain punya 24 jam sehari tapi sempat wat macam2 kejer tapi aku neh makngot sangat (bak kata abg bun). sehari nak siap satu story pun susah...eiiishhh, aku rasa aku kena ubah perangai laa..xnak wat kejer sambil lewa lagi.

Kira azam aku tahun baru neh adalah :
1. Wat kejer ikut perancangan
2. Jadi pemikir agong , tahu serba sedikit (banyak pun takper) hal semasa
3. Berubah jadi penyabar terutama ketika bercakap dengan abg bun...heheheh ampun bang!!
4. hmmm...lagi aper erk...haaa...aku nak start satu projek tahun depan...baiknyer projek, yg dah bertahun tertangguh sebab..heheh sebab aku makngot (loghat kedah makngot to maksudnya lembab :P )...tggu ye kawan2...

kiranajoe: lalalalalalalla...berdebar tggu bulan Mac

Saturday, December 13, 2008

NAPE LELAKI TAK BOLEH JADI MODEL KERETA?

AKSI 1 AKSI 2
AKSI 3


AKSI 4

kiranajoe: alahaii..geli geleman nengok...kuikuikui

Friday, December 12, 2008

HARAM

Dear All,
Thank you for contacting us about animal ingredients and our products.To answer to your question, the vast majority of Wrigley products soldin the U.S. are free from ingredients of animal origin, including egg anddairy products. At present, the only chewing gum exceptions are Extra®Polar Ice stick gum and Juicy Fruit® pellet gums. Extra® Polar Ice gumand Orbit® Crystal Mint contain tiny flavor beads encased in a microscopiclayer of gelatin, which is animal based. We have requested the developmentof a gelatin-free flavor bead that is currently being worked on by oursupplier.

Juicy Fruit Grapermelon and Strappleberrygums use shellac as a coating agent. Thedifferent varieties of our ALTOIDS mints do contain very small quantities of gelatinwhich is derived from pork .Gelatin does not impart any flavor to ALTOIDS, but it's a necessary ingredientfor the texture of the mint. When we use gelatin it is thoroughly purifiedand dried during its manufacturing process. Our staff is continually lookingat alternatives to animal gelatin, but at the moment we've not been ableto find a substitute that produces the same quality you've come to lovewith ALTOIDS. Our LifeSaver gummies do containsmall quantities of gelatin, which is also derived from pork. It followsthe same drying and purifying process as with the Altoids. If your diet does not allow you to consume animal byproducts suchas dairy, our CremeSaver line does contain cream, which is a dairy byproductOn the same note, our LifeSaver Fusions and LifeSaver gummies are producedon the same line as our CremeSavers, so there is a chanceof cross contamination. Our CremeSaver soft chews also contain a smallamount of gelatin, which is pork based. We hope this information has beenhelpful and thanks again for contacting the Wrigley Company.
Sincerely, Ryné King Consumer Affairs Representative

Therefore according to the info above the following products of theirsare Haram:

Extra® Polar Ice

stick gum and Juicy Fruit® pellet gums.

Extra® Polar Ice gum and Orbit® Crystal Mint

Juicy Fruit Grapermelon and Strappleberry gums

ALTOIDS mints

Our LifeSaver gummies

CremeSaver

LifeSaver Fusions and LifeSaver

The remaining are halal

Aku terima maklumat ni tru emel berangkai..selama ni aku malas nak ambik tahu benda2 macam ni tapi ntah kenapa hari ni, ati aku agak terusik dalam kata lain aku sebenarnya kecewa dengan penguatkuasaan jabatan agama Islam negara kita.

Dan mungkin juga aku alert sebab aku sendiri selalu kunyah gula getah Juicy Fruit tu...ceh!!patut pun gelap ati...ader lemak babi rupanya...huhuhuhuh

Jakim seperti tidak peka dan tidak peduli kepentingan pengguna Islam. Isu makanan ringan tanpa tanda halal ini sebenarnya pernah cuba dijadikan isu tapi jawapan yang diterima daripada pihak Jakim agak mengecewakan...kata mereka, di supermarket dan kedai2 runcit, makanan ringan dari luar terlalu banyak. Sukar untuk mereka (Jakim) mengeluarkan arahan kepada pengendali supermarket (terutama hypermarket milik kafirun) supaya mengasingkan makanan ringan bercop Halal dari Jakim /jabatan agama Islam dari negara pengeluar dan yang tanpa tanda Halal.

Tambah Jakim, untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memilih makanan yang benar-benar diyakini Halal (bercop Halal). Tapi masalahnya, orang kita ni semacam tidak terdidik untuk meneliti satu persatu kandungan/ramuan setiap makanan yang hendak dibeli. tambah pulak jenis gula2 getah, coklat yang diorang letak sebagai umpan sementara hendak tggu Q di kaunter...just sambar jer laa...lagi kesian, anak2 kecik yg jadikan gula2 getah, candy neh sebagai makanan ruji diorang...patut pun anak zaman sekarang neh lain macam sket perangainya...nauzubillah

Dan tak salah aku, ada satu forum Halal sedunia baru-baru ni, yang jadi pengerusinya adalah non Muslim. Mereka melihat industri Halal Hub ni sebagai industri yang boleh memberikan keuntungan pada mereka malah sektor pensijilan Halal juga banyak dipelopori bukan Islam...Soalnya, bagaimana bukan Islam tu melihat status halal? Dan layakkan mereka memperakui status halal sedangkan mereka tidak memahami sedalamnya apa itu halal?

Aku rasa, pada mereka, halal itu bersih dan all stainless steel..Aku sendiri pun khilaf soal agama. Ruginya lahir sebagai Islam tapi tidak mampu memahami agama dianuti...

Thursday, December 11, 2008

PULANG MARILAH PULANG...

hari pertama aku bekerja selepas kembali ke tanahair...memang sangap wooo...mata kuyu tak larat buka, otak bengong tak reti berfikir dalam bahasa Melayu...!! (hahahahah, poyo!)

teringin nak berkongsi pengalaman sepanjang lima hari bersejuk-sejukan di Seoul, Korea...pengalaman paling indah sebab hari kedua di sana, salji turun melayang bagai kapas putih...indah tidak tergambar (mmg takde gambar sebab kebetulan kamera kehabisan bateri!)
Menurut Datuk Bandar Seoul, kami rombongan media dari Asia (Malaysia, Singapura, Taiwan dan Hong Kong) sangat beruntung kerana salji itu adalah yang pertama turun ketika musim sejuk kali ini...

Kata Hae-Jun, PR exec yg bertanggungjawab menjaga kami sepanjang di sana, kesan global warming telah mendatangkan banyak kesan termasuk salji yang semakin berkurangan. Tahun lalu, sepanjang musim sejuk, hanya enam hari saja Seoul dituruni salji..dan buktinya, bukan kami saja yg semacam jakun tengok salji tapi orang Seoul pun lebih kurang kami laaa...heheheh

Betul kata Hae-Jun, mamat Korea yang sangat santun dan agak handsome tu, esok pagi aku bangun tido dengan harapan nak bergambar dengan salji memutih tapi bila selak je tirai bilik, aik!! tadak salji...cuma hujan je yg mencurah...sampai hari terakhir, cuaca yg sebelum ini -11 tetap sejuk tapi maaf, tiada salji lagi....huhuhuhuh

Habis cerita cuaca, nak juga kongsi cerita makanan Korea yg agak pedas dan panas2. Sepanjang di sana, kami banyak dihidangkan dengan makanan fusion..Kerana Muslim minoriti (hanya dua wakil media Islam dari Kosmo dan aku sendiri), jadi kami 'terpaksa' mengikut dan memesan makanan laut..nasi goreng Indonesian seafood antara yang aku makan, memang pedas. Belum lagi kimchi, bilbimbab (seakan nasi campur yg dimasak di dalam hot stone bowl)...tapi yg pasti, masakan Korea memang best...aku bagi 4 bintang out of 5...hehehhe

Paling ralat, aku tak sempat shopping!!huhuhuhuh...ader ke patut, diorang bagi kitorang spend time kat night market (Dongdaemun, Insadung, Xuox ect)...hanya 45 minit, 30 minit, sejam...huhuhu giler tak sempat. Kalau ader peluang lagi, memang nak pergi tapi jgn pergi winter laa..sebab saper yg suka baju-bajuan...during winter, memang ada sale tapi bajunya banyak tebal2 sesuai winter..saner juga banyak aksesori comel2 dan kiut2..(Aku rasa orang Korea ni memang kreatif dan berseni)..sempat juga aku sambar beg CK yg sangat murah...after less hanya 59,000 won (RM125.00) jer...tapi ralat sebab aku hanya ambik satu...huhuuhu nyesal...paling ralat bila balik mesia, tengok2 tadak barang dari Korea untuk aku, hanya beli krim muka Dear John, Benefit beli kat duty free...(RM82, harga asal RM145)...hmmm, murah bukan?

untuk keterangan bergambar, aku sambung lagi next post sebab nak meneman Cik Ben yg berpuasa berbuka...(deme neh eksen, mentang2 laa mem besar cuti, bukan main lagi diorang merayap sakan....

Tuesday, December 2, 2008

WINTER SONATA



giler lama aku tak update blog neh...hmmm, nengokkan kerdipbintang yang sarat pengunjung, aku pun jadi gatal tangan nak 'membloging' semula..hehhehe

tapi jangan tak tahu, angin ni datang kembali kerana dua sebab, satu seperti sb di atas laa then satu lagi sebab selepas ni aku akan berangkat ke Seoul, Korea Jumaat neh...punya la plan ngan kak Ben nak pi tahun depan, alih2 rezeki untuk ke Korea secara percuma datang. Giler excited sebab kat sana winter, leh main salji...ala2 Winter Sonata gituw...hehehhe

hmmm...skrg ni tgh duk prepare la sket2 aper nak bawak...yg penting jacket laa. Last week dah pi Equeen Park, Cheras memborong serba sedikit. Bomber jacket, glove, mafla, stoking n long john...dgr2 nyer skrg cuaca sangat sejuk n bersalji..cecah -2 degree celcius...hmmm, adalah tubuh kurus kudut ku ini mampu nak menahan cuaca yg sejuk ke tulang hitam tu? hmmm...aku akan kuatkan semangat...
selain pakaian, aku kena gak standby makanan segera aka megi laaa sebabnya susah la nak makan sana beb..tapi yg lagi syahdu, aku sambut Aidiladha kat temple woooo...pagi raya interview tok sami...giler betul..

Tuesday, October 28, 2008

SEXY LADY

Label 001
Very cute and feminine. Available in two colors..black and pink. Heel 2inc.
size 35 (5), 36 (6), 38 (7) dan 40 (8)
PRICE RM18
Label 002
Love it! very elegant but sexy. Available in two colors..black and pink. Heel 2inc.
size 35 (5), 36 (6), 38 (7) dan 40 (8)
PRICE RM18

Label 003
Miss polka gonna love it. Only pink color.
size 35 (5), 36 (6), 38 (7) dan 40 (8)
PRICE RM18


Label 004 (middle)
Rose bud. Black and red color, soo sweet.
size 35 (5), 36 (6), 38 (7) dan 40 (8)
PRICE RM18

while stock last...so grab this chance ladies. More things will be upload soon.

Wednesday, October 22, 2008

TAG DIRI SENDIRI KE KAK BEN?

Menjawab kepada tag kak ben...aku pun tag semula laa..ala2 mengisi masa lapang katakan...

Top 2 things found in your wallet as always:
1. Resit maybank..hehehe
2. RM sket

Top 2 things to do when i’m sad:
1. menghambakan diri pada Pencipta
2. tidorrZZZZzz

Top 2 songs you can listen to again and again:
1. lagu2 Dewa
2. lagu Negaraku...;p (buta muzik daaa)

Top 2 reasons to watch television:
1. Tgk tv mana yg dan tapi tak penah ikut program secara serius!
2. berita la kot.

Top 2 places I’d want to visit 10 years from now:
1. Tanah Suci Mekah
2. La Paris

Top 2 current obsessions:
1. Abg bun..hahahaha
2. kucing kurap merempat yg suka makan free kat umah aku then tido dgn lena di beranda umah bila perut kenyang!walaupun kurap tapi macho!kuang3

Top 2 favorite nickname:
1. Angah
2. Mije

Top 2 favorite food:
1. Chicken foldover
2. Kuih sagu kaler merah tuuu..

Top 2 favorite snacks:
1. Snickers
2. Almond bersalut honey..nyum..nyum

Top 2 favorite website:
1. www.forbes.com
2. friendster la kot sebab facebook selalu hang

Top 2 goals you want to accomplish:
1. Nak kawin dan punyai anak yang tomey2
2. Berjaya dunia dan akhirat, insyaAllah

Top 2 favorite to do:
1. Peram tido time off day
2. Merayap sakan bila off tentunya ke tempat baru laa..bukan shopping complex laa...bosan!

Top 2 favorite places:
1. Bilik aku yg bau kepam2 slimut busuk tuh...woo, memang heaven!
2. Masuk hutan...panjat gunung...Ledang

Top 2 things i can’t wait to happen:
1. tunang dan kawin!hahahah
2. mula bisnes sendiri

Top 2 places where I love to shop:
1. Chatuchak, Bangkok...best giler
2. Sg Golok zaman tak gawat dulu...macam2 benda yg pelik2 leh dapat. Skrg kalau masuk, mau kena bom..tanak aku!

Top 2 persons to tag:
1. Kak Fiza
2. aku tadak kawan blogger laa...hmmm...back to u ben!heheh

TIADA NOKTAH

KERJA memang takkan habis..kejar macam mana pun alih2 kita akan rasa semacam kejer tu kejar kiter plak..giler memang giler! kali ni aku takkan biar kejer kejar aku lagi...aku nak cuti panjang then nak organize balik kejer supaya tersusun. Sekurang-kurangnya kejer aku siap on time then aku pun tidak la ditimpa tekanan perasaan yang maha hebat...

kiranajoe: cuti panjang, lupakan kesesakan Kuala Lumpur yang mendesak manusia terus mengejar duniawi...

Wednesday, October 8, 2008

CHINGKUNYA


Ahad lepas, kembali saja dari Kedah...abg bun jatuh sakit. Demam diikuti dengan ruam merah memenuhi seluruh badan seperti campak. Mukanya pucat, keadaaannya agak lemah. Mungkin sebab terlalu lemah dan tak larat, dia ke klinik dan dapat la MC dua hari...

Hari ni masuk hari ke4 abg bun demam...katanya kawan sekuliah pun ada yg mengalami nasib yg sama sampaikan muka yg jinak bertukar merah macam kari berapi!Siap ambik darah dua kali sebab disyaki kena chingkunya...alahai kesian...(memang betul la adik aku cakap, sorang doktor bagitau dia, zaman sekarang ni dah takde campak...yg ader nyer mungkin chingkunya!)

Apa mendenya chingkunya neh?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk dan berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

Tanda-tanda dan gejala penyakit ini
· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

(sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Yang pasti, pihak Unikl-Micet perlu buat gotong royong bersihkan sekitar kawasan tempat tinggal pelajar mereka nun jauh di habitat jin bertendang...hapuskan la sarang2 nyamuk tu semua...sebelum ada pulak yang kena denggi!

kiranajoe : senyum sumbing teringat gelagat abg bun macam kucing hilang anak tika demam..badan panas sangat kot!Otak pun jadi sewel! ;p

Saturday, October 4, 2008

FIKIR SEJENAK


Melilau mata...otak pun turut sama berputar laju...berfikir sebenarnya membuatkan kepala terasa sangat terbeban.Sungguh berat!Sungguh sarat!Rasa nak muntahkan semua dalam jamban then flush...go away!I hate being in this situation...


Raya membuatkan kepala yang sarat bertukar benak!Sana sini melayangkan kad berbau harum...mustahil kad raya berbau harum bersulam huruf emas, berukir indah nama sepasang mahkluk tuhan yang bakal disatukan...oh Tuhan!Panggilan telfon ke kg membuatkan aku mula mengatur langkah untuk turut sama memijak pelamin indah (seboleh-bolehnya sebelum usia bertambah dan terus bertambah)...aku harus cepat sebelum jauh ketinggalan...(boleh giler wooo jadi aku!Tambah giler kalau jadi abg bun!)


Kerana apa aku harus cepat? Sebabnya si Siti Payung (sepupuku) yang muda tiga tahun dariku sudah bergelar isteri orang dua hari terakhir Ramadhan...Ya Tuhan!Terbeban bila nenek tua dari kg bertanya soalan,bila hariku pula? Mulut ringan menjawab, nanti dulu tapi dalam hati memang tidak mahu menanti lagi kerana penantian itu sebenarnya benar-benar menyiksakan!


kiranajoe - Menanti adalah satu penyiksaan, menunggu tentunya satu pengorbanan...


Thursday, September 25, 2008

CUPCAKE YUMMY YUMMY

hehehhe...ari tu aku pi assg jahit manik.Jumpa la kak Vee neh, atas belas ehsan kak bennie laa yang bagi number...selain jahit manik, insan yang rajin dan kreatif ni pun pandai wat cupcake...kiut giler sebab dia bagi aku empat ketul, kak anis (photgrphr) pun dapat gak...bukan main suka kak anis...heheheh
nak lagi best, aku tempah 18 ketul. Untuk aku 9 ketul..untuk my abg bun 9 ketul..sajer je ngada2 sb terpikat dengan kecomelannya...tapi adik aku ada melahirkan hasrat untuk membikin itu cupcake sebelum raya. hehehe entah laa, angan2 je tu, mustahil plan tu nak terlaksana..orang kata'hangat2 tahi ayam kan...

so, nak bagi kawan2 semua terutama kak ben jeles dan teruja tgk cupcake yg cantik neh. boleh tgk gambar yg tak berapa nak terang neh...tadaaaaaaaaaaaa...



Wednesday, September 24, 2008

INGATAN TULUS


Pagi ni, aku terima kad ucapan Aidilfitri dari rakan lama..rasa sangat gembiranyer yong...sb kad ni yang pertama aku dapat tahun neh...heheheh boyfy pun tadak nak hulur sekeping pun! huh! apa sgt laa stakat 2-3 hengget duit labur wat bli kad raya...(tp aku sendiri pun dah lama tak kirim kad raya kat kawan2, mmg padan la muka aku sb takde kawan nak kirim kad raya!hehehe)


moralnya, di sebalik perutusan kad tanda ingatan tu, ada satu perasaan dan pengajaran yang tersembunyi...ikatan antara dua hati. hubungan silaturahim yang terjalin terasa erat tapi trend mengirim kad raya dah makin terpinggir, ramai yang lebih suka mengirim SMS atau MMS.


SMS atau MMS walaupun sama konsepnya dgn kad raya, tapi feeling dia lain. Aku ingat lagi zaman sekolah dulu, kami kawan masa sekolah rendah...(sarah, wahida, marina dan yg lain2...) pakat berlumba2 sapa dapat kad raya paling banyak. Then bila tiba raya, kita akan dapat tgk kad raya saper paling banyak. Ada yang tampal kat dinding, kt langsir...masa zaman tu plak ada pokok hiasan yg buat dgn akar pokok tuh...hah!sangkut mana yg boleh sangkut...hehehhe time belek kad2 tu, kalau ada nama kita yg terselit..rasa sangat happy dan bangga.


kiranajoe: Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk rakan2 semua di mana saja korang berada. Maaf zahir dan batin...



Tuesday, September 23, 2008

KURANG ADAB DAN KURANG HAJAR!


Pagi ini, aku ke opis dgn semangat berkobar untuk menyiapkan stok raya. Payah kejer melibatkan orang dan terpaksa memikirkan semua perkara dari A ke Z..so, pagi2 aku sampai opis, capai tepon dulu laa..utk confirm tu, confirm neh. Tapi mmg malang nasib aku la kan, kul sepuluh nalipon...sorang pun tak hangkat! (xbgn lagi ke diorang?pelik aku)

Jam 12 aku tepon sorang minah Melayu neh, berpangkat sales n marketing exec ye kawan2...untuk sebuah company melayu yg baru nak naik!! dari semalam aku call, dia langsung tak hangkat!sbnya aku ada urusan utk photoshoot then JUAL produk dia secara free dalam suratkhabar..

Dalam kelam kabut semalam, aku cari mekap artist untuk company mekap tuh supaya boleh wat step by step mekap..aku tak kisah, sb aku yg carik diorang...so, pada aku win-win situation la.di dapat free add (sb company dia pun baru lapan bulan masuk pasaran, pada aku OK la, paper aku neh maintstream), aku dapat story.tapi memang nasib aku malang, dapat pun hari lain, lewat sehari dari yg dijanji dgn minah tuh!

Tadi aku dapat bercakap dgn minah tuh...tapi nadanya sedikit keras...buat aku terkejut beruk

aku: Jadi ye jumaat XXXX?sebab saya dah confirm mekap artis.. (nada lembut sb aku tahu aku mintak tolong dia untuk dapatkan story)!

dia: kitorang tak kisah, kitorang jadi je. masalahnya u laa...yelah, buat apa la kitorang neh nak bazirkan duit company kitorang untuk bayar mekap artis kan..bla bla bla

hello!! aku rasa nak tarik je lidah dia kuar kot gagang tepon tuh, pastu tonyoh2 dengan cili! Tu namanye kurang adab dan kurang hajar...ko tu sebagai orang yang akan pasarkan produk, so behave la...PR...cakap macam tak sekolah!! aku hangin, aku carik model, carik baju dengan designer then jap lagi aku nak tepon dia, nak bagitau...Mintak maaf la u...i tak jadi nak wat story produk u tu. Watpe i tolong Melayu yg tak reti nak hormat orang, buang masa je. lagipun u bukan wat ad dgn kitorang pun! Stakat u keluar RM150 bayar mekap artis, page i yang center spreed tu reger nyer belas ribu ye...sorry! I tak hingin nak kerja dgn u lagi! Byeeeee...


kiranajoe : sedang merawat hati lara...

Wednesday, September 17, 2008

HIKAYAT LARA...



Blockquote Bila nak kawin???

Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia comey gak cincin ni...

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru
padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa...haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)

Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.


MORAL OF THE STORY : DONT ASK!

*** secebis KASIH membuat kita SAYANG ....seucap JANJI membuat kita PERCAYA.....sekecil LUKA membuat kita KECEWA.....tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA...***

Saturday, September 13, 2008

TINJAU MENINJAU


Ahhh...mak pening...mak pening!!!

hehehehe bahananya keje sabtu pastu kena wat tinjauan kat tempat sesak pula. bawak pulak traine, jika tidakkk memang mak hayun langkah membuat pergerakan secepat kilat, settle kejer tinjau untuk diri sendiri pulak...hehehe

tempatnya di mana? hahaha jalan TAR n masjid india...pening!sesak satu hal laa tapi lagi pening sebab pegi bekerja bukan pegi membeli belah...kuang3x

hmmm...2 more weeks untuk berpuasa then raya. tapi ari ni nasib baik bos aku ada belas kasihan, aku nyer bongok tak antar lagi borang cuti, skali dia masuk opis cakap saper tak anta borang lagi kena kejer raya...rasa nak menonggeng bawah meja je! tapi sebab my abg senior sorang tu tak anta lagi, so aku pun wat muka kucin' laaa...hehehhe dapat la dua hari...so, dari 28/9 hingga 3/10 beraya laa aku...di mana? tidak ku tahu lagi...ikut parents laa..kalau sempat, balik la pantai timur...lagi pun adik sepupu aku nak kawin raya neh...hmmm, dia pangkat adik tapi kawin dulu...aku neh tah bila laa nak kawin. duk tunggu abg bun laaa tah bila nak datang minang. tapi takleh nak salahkan dia gak, dia pun nak juga berjaya. habiskan study baru terjamin masa depan. kawin awal pun tapi tanpa persediaan (luas maknanya) rasanya sukar la sikit dengan keadaan ekonomi yang agak slow skrg neh...jadi, aku redha dan pasrah..ewaahh ayat!

hah!sudah...kul 11 lebih dah, nak gi wat aktiviti tinjau meninjau jap...

Friday, September 12, 2008

BINA MEMBINA,JUAL MENJUAL

ORANG buat blog...aku pun sibuk membina tapi dah berapa hari wujud, baru satu post je.Takpe, untuk orang yang hangat2 tahi ayam macam aku neh, itu tentunya perkara biasa...takde apa yang luar biasanya.hehhehe

Niat asal punya blog bukan untuk bercerita perihal politik negara sebab aku selalu hilang pertimbangan bila cerita soal tu. Tapi aku teringin sangat nak berniaga dalam talian...yela, tgk orang dapat taraf jutawan sebab berniaga kopi, aku pun nak jugak wat mak aku bangga punya anak bergelar jutawan...(betul ke ibu tu bangga anak jadi jutawan ke lagi bangga kalau anak jadi org baik2 walau punyai duit yang tidaklah berkepuk2 banyaknya?)

Produk pertama patut dah masuk dalam talian dua hari yang lalu...selendang sutera bercorak moden dijual pada harga RM18. Tapi belum pun sempat snap gambar, jual pada kawan2 tinggal je lagi tiga helai..nanti aku snap gambo then upload secepat mungkin.

Thursday, September 4, 2008

DI SINI BERMULA

MENGORAK langkah sebagai blogger terulung...hahahaha