Tuesday, January 25, 2011

Telur besar macam bulan!

23 Januari - hari untuk scan.

Masuk saja (seluk lagi), tedeeengggg! Nampak telor yg gemukkk sangat! Hehehe dua, duk berdakap elok je. Comey la bang oi, macam boleh dapat kembar je. (haish, berangan!)

Pusing sikit alat, wahhh, ada lagi satu duk sorang2. Cian dia. Doktor cakap yg tu tecik sket. Takpe la, janji nampak progress.

Hari ini perlu ke klinik lagi. Kali ni kena cucuk pula. Bukan cucuk telor tapi cucuk tuan punya telor. Kerana aku bermasalah, tak mampu hasilkan telor yg matang, jadi injection ini bertujuan untuk matangkan dan pecahkan telur itu supaya ia boleh menjadi seorang orang!

Kalau org normal, ovum tu biasanya akan matang dan pecah sendiri tp aku ni tak normal kan, so perlukan bantuan untuk cepat pecahkan (dalam masa 36 jam).


kiranajoe : Tabah hati

Thursday, January 20, 2011

Ralat ya amat

Huwaaaa...sedih giler. Dah dua hari berpeluh ketiak selongkar seluruh rumah, bilik, laci segala mak nenek kotak.

CD gambar kawin dr photographer hilang!
Yelah, misplace la ni. Ari tu ada atas side table dalam bilik tapi mungkin sebab dalam bilik kadang2 ada bawak naik surat kabar, pastu magazine berlambak..jadi mungkin CD itu sudah terselit di dalam paper2 dan diBUANG!

Adeh! tak sempat cuci lagi gambar2 tu semua. Takde copy juga. Dan yg ada cuma seketul album dan tiga video kawin. Huwaaaaaaa...


Kiranajoe : Nanti kalau anak cucu nak tgk gambar nenek ngan atuk kawin dulu, dah takde gambar. Macamana tu? Sambung nangis...huWaaaaa!

Wednesday, January 19, 2011

Bila otak mati secara perlahan-lahan!

Satu saat
Dua saat
Tiga saat

Lima minit
Satu jam
Dua jam
tapi sekarang dah pukul lima!

Arghhhhh! takde jugak intro story. Jawabnya, mari kita pulang tanpa membuat satu kerja pun. Wahahahaha tensen dol kalau ada story tapi otak mati ni. Haish!

Takpe, appointment letter untuk interview captain wanita AirAsia dah hantar.
Juga dah set interview untuk shoot aktiviti sukan berkuda Ahad ini. Jadi, saya tidak goyang kaki ye di ofis. *sedapkan hati

Tapiiiiiii...saya nak siapkan juga story pendek ini. Perlu. Harus. Wajib. Kalau tak buat, rasa macam tak complete. Sebab story ini sangat simple. Lokasi makan saja. Huwaaaa..otak, jgn mati duluuuu..


LOKASINYA agak tersorok iaitu di Blok 5, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam.....tak best, tak best!


JELAK menikmati masakan Thai atau sebelum ini perlu memandu ke ibu kota untuk mencari restoran yang menyajikan masakan Barat?....tak best juga!

Berita baik bagi penduduk Shah Alam...tak best jugak! Hampehhhh!!!!


kiranajoe : Hati oh hati, kenapa engkau mati!?

Tuesday, January 18, 2011

Pening kapla

okey??
Tak Ok sangat sangat sangat
Huwaaaa
Sakit pale ya amat
Siap rasa nak termuntah
Naper ek? Sebab Clomid ke?
Dr sebenarnya dah tambah dose untuk aku
150mg sehari (bersamaan tiga biji) berbanding 100mg (bersamaan dua biji) sehari utk first cycle
Hmmm...bila sakit kepala macam ni rasa seksa
Nak buat kejer pun takleh
Nak bergerak sket kepala, rasa dunia berputar.
Huwaaaa...nak balik! Nak tido baring diam2 dalam selimut busukkkk...
kiranajoe : dah la hp kena bar. Digi neh mmg nak kena, minggu lepas nyer payment boleh dia tak update. Pastu sedap2 bar tepon aku. Nak sambung line nanti, ko charge lain plak. Baaaanyakkk cantik!Aku tukar celcom la macam ni..

Monday, January 17, 2011

Kejayaan di usia 29 tahun


Saya..heheheh...hmmm..malu nak cakap...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
serius ke korang nak tahu?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ala, hubby i pun i lum bagitau.ish, korang ni..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
okeylah..i kongsi ngan u ols..
Di usia 29 tahun, saya telah berjaya membuka akaun Tabung Haji!
Wah, kejayaan besar untuk tahun 2011 ketika aku berusia 29 tahun..
hehehehehehehehe
kiranajoe : gedix kan? ;p

Friday, January 14, 2011

Merajuk

Ko pelik tak, bila ko masuk bilik, laki ko yg biasa menyeringai atas katil tiba2 tido tak gerak2, tak pandang2.
Maksudnya, dia merajuk la tu.

Disebabkan aku isteri yang memang :stone: menjadi penyebab kepada kemerajukan itu.

Tadi aku BBM msg dia, semuanya cerita pasal masa depan kerjaya dia. Dapat interview tapi aku tak hirau, tak layan dia nak bincang2 bagai. Jahat ke aku?Lantas di merajuk.

Bukan apa, aku hidup pun penat. Keluar pagi balik malam. Pastu tiap malam tu jugak nak kena masak. Kena plak basuh kain. Lipat kain. Tu, kain yg basuh minggu lepas pun ada atas sofa tu lagi. Kalau bukan aku yg lipat tak pun masuk bakul, memang kat situ la sampai tahun 2012!

Kena urus jugak kucing dua ekor yg dalam sangkar tu. Lepas, bagi makan, cuci pasir, buang tahik! Tahik okeh, bukan wangi, busuk!

Takkan hal interview pun nak kena bincang aku? Pegi jelah kalau nak test market, kalau tanak, duk keja kat tempat skrg, kalau tanak jugak, duk umah, senang!

Ni yg aku rasa nak merajuk jugak ni! :(((

kiranajoe : Terus writer's block! :((

Thursday, January 13, 2011

Clomid cycle 2

Malam ini cycle kedua clomid harus diteruskan. Saya berada di mode :tenang:

Kepada mereka2 di luar sana yg suka campak anak dalam kotak. Fikir2kan lah...Kalau tak nak fikir jugak, meh jumpa ai. Bagi ai buka minda u all sket mengenai kepayahan mendapatkan zuriat ni. Haish!!


kiranajoe : Cabaran itu 'bunga' kehidupan. :)

Sunday, January 9, 2011

Misteri Nusantara

Bukan Hantu Kak Limah dalam selimut lagi la. Kak Limah dah balik rumah dia dah.hehe.

Bangun pagi tadi, seperti biasa aku selak akan langsir tengok suasana sekeliling. Aik, tengok bonet keter terbuka. Apa telah berlaku?
Kejut suami suruh turun tgk. Semua okey, kasut dalam bonet semua ada lagi. Hmm...misteri betul.

Nak kata risau sangat, tak jugak sebab mungkin suami tersilap tekan button masa nak kunci keter semalam. Lagipun sejak kes Cik Dugung dulu kena pecah, aku memang tak simpan barang berharga lagi dalam keter. Tapi TRAUMA tetap ada.


Ni Cik Dugung masa kejadian. Kesian, masa ni musim hujan gak. Nak gi pasang cermin, kena pasang plastik la kalau tak banjir pulak dalam keter...

Sekarang cik suami dah sambung tido balik. Aku nak layan aktiviti masak2 jap lagik. Tapi suami plak cakap, jangan la masak, kita dah gemok balik. Olololoolooo..kesian...



Ni si bujang ni pun layan tido gak..tengok lah, tak senonoh, takleh wat menantu. Harap muka je macho. Cett!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Auwww..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tapi cute sangat
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ni Popong ngok ngek ;p







Kiranajoe : Happy Sunday!

Wednesday, January 5, 2011

Hantu dalam selimut

Sekarang, bila tido, selalu terjaga selang sejam. Bangun2, tgk jam kat hp..laa, baru kul 3 pagi. Kemudian tersedar lagi, laa, baru kul 4.25 pagi. Sedar lagi dan lagi sehingga alarm kejut Subuh, bunyi bergilir2 ngan alarm hp encik suami...hoh! kalau yg tu, tak reti plak nak bangun...hampeh!

Pagi tadi, syok tido sebab cuaca memang dingin. Seperti biasa, selimut adalah wajib. Comforter untuk menutup seluruh tubuh hingga leher dan selimut busuk untuk dihidu sepuas hati dan bertindak juga sebagai pelapik air liur basi encik suami. Hahaha.

Kemudian, tengah syok mimpi, terasa kaki kena tarik, pastu nak gerak takleh. Cuba kalih tubuh mengadap suami, eh, benda ni nak main2 plak. Kemudian buka mata sikit, eh, mimpi ke?

Aku pun cuba control ayu, siku2 suami..."Yang, Yang...peluk kita cepat!

Suami tanpa membuka mata, terus letak tangan ngan kaki dia atas aku. Amboi, over! Dah la berat macam kayu balak. Tapi takpe, lepas tu aku nyenyak tido sampai pagi. Tak terbabas okeh, aku bangun Subuh kul 7. hahaha. gelap lagi masa tu...aci ke kira syuruk ngan cahaya matahari je?


kiranajoe : Nak tgk, malam ni ada lagi tak hantu dalam selimut. Aku standby Ridsert tepi katil. Jaga2 Kak Limah.