Ye, saya sekarang sedang berpuasa di perantauan. Hehehe Berbaur poyo di situ. Aku kat Gurun la dik non.
Hari pertama Ramadan, aku dan suami bergegas pulang ke Gurun, Kedah. Kampung halaman suami, menziarah bapa mentua yang dimasukkan ke hospital gara-gara jantung yang luar biasa denyutannya...katanya pulse 280. Normal 80-90 je. Doktor pulak bagitau depan2 muka ayah, kata jantung boleh stop bila2 masa. Naya. Lagik la pressure orang tua tu. Haish.
Semuanya gara-gara kuman di kaki akibat kencing manis dah merebak ke tulang dan ibu jari kaki perlu dipotong. Terkejut ngan keadaan tu, bapa mentua aku terkejut dan dimasukkan ke CCU. Tahapnya sampai takleh bercakap dah pun. Tapi Alhamdulillah, selepas tiga hari, keadaan kembali stabil. Mungkin masa tu ayah dah boleh terima kenyataan.
Sekarang ayah dah keluar dari hospital sb tanak potong jari dan sibuk mencuba kaedah alternatif supaya kuman di tulangnya itu tidak merebak walhal anak2 dah sepakat suh potong je bahagian yg kena kuman tu. Biarlah dia.
Sibuk2 berbuka bersama keluarga di Kedah, teringat juga abah dan ma yg sorangnya duk di Shah Alam, sorangnya nekad meneruskan hidup sendirian di Melaka. Aku tak telefon depa tanya kabar pun, sebab aku rasa aku dalam mood 'lost'. Nanti aku nangis pulak.. ;p
Selamat Berpuasa. Ampun maafkan anakanda mu ini sb dari hari pertama puasa, langsung tak tanya kabar. Harap laki aku je duk msg depa tanya berbuka makan apa. Aku kan tough, mana peduli perasaan org lain. Hahahaha
Juga kepada rakan taulan. Selamat menjalani ibadah puasa. Aku petik kiriman SMS Ramadan sb tak mampu nak mengarang ayat di dalam suasana perut kelaparan ni. Hehehe
Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir. Tiada ibadah seindah solat dan tiada bulan seindah Ramadan. Salam Ramadan Al-Mubarak, selamat berpuasa. Kami suami isteri dengan rendah diri memohon ampun andai ada silap dan salah. Semoga Allah SWT memberkati ibadah kita semua tahun ini.
Gambar zaman tok kadok..saje bergedix nak tempek gambar
Kiranajoe : Syok bazar Ramadan kat Gurun neh u ols, kuih muih murah. Kuih talam, serimuka, khasidah RM1 je..Misi hari ni, hunting for taufu fa. :)
No comments:
Post a Comment