Percubaan pertama ini aku anggap : GAGAL!
Tapi, dalam hati ada cita-cita nak masak sendiri walaupun kul 6.30 baru berjaya masuk ke NKVE. Hahaha sila tepuk tangan, sb cita-cita itu tercapai walaupun nasik berjaya masuk ke perut kul 8.45 malam. Alhamdulillah. ;p
Operasi menghasilkan masak lemak kuning, sikit tumbuh-tumbuhan bersama udang digoreng bersos tiram, cencaru dibakar bermula sejurus selepas tiba ke rumah.
Misi pertama, tumbuh-tumbuhan bergoreng. Misi kedua, masak lemak kuning dimulakan lepas Maghrib.
Cencaru bakar yg bau macam isi ketam..
Situasi sekeliling tika itu :
Setia menunggu di kaki meja. Kalau aku sepak neh, sesia je. Makan byk macam bela hantu raya dalam perut. Dah bagi makan frieskies tapi aku makan roti kena kongsi ngan dia (sb roti feveret minah neh), pastu aku naik bilik, dia boleh bersekongkol ngan anak-anak dia, curi ikan kembung aku...cisss!
Kiranajoe : Bulan puasa ramai org tempek makanan, aku follow the trend la..hehe malam neh nak wat puding karamel pulak lah. Doakan ia berhasil. :)
3 comments:
suami ajar makan nasik panas-panas dengan durian yang dah digaul dengan budu. menggigil wokkkkk..sodap ehhhh
durian gaul ngan budu ke durian masuk dalam budu? hehehe best kan..aduwehhh, cabaran bulan puasa.
durian gaul dengan budu..terkesima aku jawab eh.
eh eh semalam aku buka makan budu dengan gulai ayam cili padi dan goreng kacang panjang. teringat kat ko..;)
Post a Comment