Thursday, November 18, 2010

Rawatan bermula.

1. Asid folik
2. Mercilon iaitu sejenis pil perancang.

Disebabkan haid tidak normal, dinding rahim menjadi tebal. Jadi proses rawatan akan dimulakan dengan kaedah untuk membetulkan period.

Okeh, serius aku tanak makan pil perancang. Sebab korang tahulah, dah nama pil perancang, mesti takleh lekat punya. Tapi, hasil pembacaan di forum dan artikel, aku teruskan sebab itu dinamakan prosedur. Jadi, nah..skrg aku tawakal dan sedang gigih berusaha.

Kesan Mercilon yg baru aku ambil selama 3 hari adalah..mungkin berselera makan tapi masih ok pada aku dan suami. Cuma yg tak tahan, ada rasa loya dan pening-pening. Tak tahu effect ubat atau memang perasaan saja.

Doktor cakap, kalau usaha melalui pil tidak berhasil. Aku kena cuci rahim. Yezzaaa..mulai hari ini, aku tanak stress. Sebab aku mahu flow period kembali normal. Tidak weehh, SAY NO tu cuci rahim atau D&C itu. Sebab bidan yg pernah urut cakap, cuci rahim boleh melonggarkan peranakan. Tidak elok ye anak2.





kiranajoe : Usaha tangga kejayaan bukan?

2 comments:

Mag said...

farah dulu lepas miscarriaged masalah sama gak. dinding rahim tebal. doc cakap ade 2 option pil perancang or hormon. farah xnak makan pil perancang, konon takde peluang langsung la nk pregnant masa makan pil tu kan. so try hormon. makan hormon 3 bulan. sama jugak xpregnant pon. huhu. tp period dah tersusun balik lepas tu. 2 months after berhenti amik hormon alhamdulillah pregnant=) gud luck!

kiranajoe said...

hmm..thanz farah.

ntah la doktor ni. tapi bila surf dan terus surf, mercilon ni kegunaannya utk betulkan hormon juga. katanya la.

tp betul org cakap, bila lalui treatment begini..ada sedikit stress di situ. huk!