Wednesday, November 10, 2010

Penangan Power Root dan Kopi Jantan!

Seumur hidup aku, tak pernah sekali aku tgk abah sakit teruk tapi Sabtu lepas, pada usia 54 tahun, abah dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Putra Melaka gara-gara sakit pada bahagian kiri perut.

Cuak. Gelabah. Seram. Sedih. Semua ada. Tapi peliknya, semua rasa tu masih boleh dikawal mungkin sebab hati cakap, abah akan ok. Syukur alhamdulillah. Abah memang ok.

Sakitnya, batu karang secara tiba-tiba. Malam tu kencing tak lawas dan malam tu jugak terus sakit yg abah umpamakan seperti SAKIT NAK BERANAK! Lawaknya, adik aku boleh plak tanya, macam rasa senggugut ke bah? Dah macamana org tua tu nak jawab, pernah ke abah period budak oiii.

Selepas 3 hari di hospital, abah dibenarkan keluar tanpa perlu pembedahan atau laser sebab batu karang pada salur pankreas tu dah luruh sendiri. Radang pun dah ok. Cuma masih ada sisa2 batu dalam pankreas, bila ada yg jatuh dan sangkut lagi. Abah mungkin akan sakit beranak lagi sekali. ;p

Gula pun tak stabil, tinggi. Catatan pertama, 8.6. Turun 4.9, 5.2...Hari kedua pun ada cecah 12.2. Kami dah risau, ingatkan dah kena diabetic atau en suami plak cakap, takut hempedu rosak takleh proses gula. Sampai tahap kena minum air glukos. Kemudian, hari ketiga, stabil. Tapi yg pasti, aku tahu, abah keluar dari wad dengan COGANKATA, jauhi Power Root dan Kopi Jantan!

Beginilah kisahnya, bila ada abah yg degil taknak dengar cakap. Tabiat minum kopi tongkat ali (Hampir 5cawan sehari ye) dah jadi tabiat abah sejak beberapa tahun dulu, mungkin 5-6 tahun la jugak.
Aku pernah buat story ektsrak kopi tongkat ali di pasaran dulu. Aku bagitau abah, kesannya tak elok. Mungkin boleh kena diabetes, tapi dia tak percaya. Meh tgk neh. Aku tempek story sendiri. Untuk rujukan. Kalau tak silap, story ni publish pada 2008.


Gimik minuman herba
Peralat status Bumiputera, kandungan ramuan tak capai piawai

KUALA LUMPUR: Syarikat pengedar minuman berasaskan herba tongkat ali, kacip fatimah dan manjakani serta produk kecantikan jenama terkenal dikatakan menggunakan gimik produk keluaran Bumiputera untuk melariskan jualan sedangkan ia dipercayai dibiayai pihak lain.

Pengarah Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia, Prof Ramlan Abd Aziz, berkata gimik digunakan bertujuan menarik pembeli daripada kalangan orang Melayu yang dikatakan paling mudah diperdaya.

"Kopi tongkat ali kini menjadi amalan kalangan lelaki Melayu malah diambil melebihi tiga kali sehari. Tanpa disedari pengambilan kopi yang sebenarnya hanya mengandungi kurang 0.05 miligram bahan aktif tongkat ali atau kacip fatimah itu langsung tidak mendatangkan kesan dari sudut kesihatan.

"Jika benar ia mengandungi ekstrak tongkat ali, kopi yang diminum berasa pahit. Tapi ada yang meminumnya mengakui lebih bertenaga tanpa menyedari ia disebabkan kandungan gula yang tinggi di dalam setiap paket. Malah, jika diamalkan berterusan dalam tempoh beberapa tahun, mereka pasti menghidap penyakit kencing manis," katanya kepada Berita Minggu.

Prof Ramlan berkata, CEPP pernah diminta menganalisis kandungan kopi tongkat ali jenama terkenal yang ditahan daripada memasuki pasaran sebuah negara luar. hasil analisis mendapati bahan aktif tongkat ali wujud tapi tidak dapat dikesan kerana dos yang amat kecil.

"Jelas ia adalah penipuan. Kini, beberapa badan tertentu bersama CEPP dalam proses menguat kuasa undang-undang khas yang memperuntukkan setiap minuman berasaskan herba diwajibkan mengikuti dos tertentu yang ditetapkan," katanya.

Mengikut kajian saintifik, setiap pengambilan kopi tongkat ali perlu mengandungi sekurang-kurangnya 1 mg ekstrak tongkat ali dan daripada kandungan itu, hanya lima peratus ekstrak dapat diserap.

"Bagaimanapun, kebanyakan produk kesihatan berasaskan tongkat ali hanya mengandungi serbuk kayu tongkat ali yang dikisar, bukannya ekstrak. Daripada 0.05 mg serbuk kayu yang dicampur, hanya lima peratus yang hadam, selebihnya akan berkumpul di perut dan hati. Lama kelamaan hati akan rosak," katanya.


kiranajoe : Kalau aku saman Power Root RM10juta, agaknya boleh menang tak? Tapi Kopi Jantan lagi dahsyat, boleh rosak buah pinggang,ni rakan sepejabat yg kena hanya selepas beberapa bulan minum.

No comments: