Hujung minggu lalu, aku ke Kuantan bersama suami dan kawan2nya menziarah rakan yang dilanda musibah. Kemalangan jalan raya akibat kecuaian mat rempit menyebabkan Black mengalami kecacatan kekal dan sehingga hari ini masih di ICU.
Sempit jantung aku tgkkan rupa Black, terlantar dengan mata kanan yang sudah dikorek keluar sb saraf rosak, tempurung kepala hancur, batang hidung, tulang pipi dan tulang atas mulut yg remuk sama sekali..semuanya sebab melayang sebelum mendarat betul2 pada pasu bunga besar, penghias jalan di bandar Kuantan.
Bila tengokkan kesedihan mak ayah Black bila suami aku bagi jersey rugby yg patutnya jadi milik Black, bapa dan maknya terus sebak dan menitiskan air mata. Bagi meringankan beban keluarga, kutipan wang dari rakan2 yang menziarah melebihi RM500 dirasakan dapat meringankan beban keluarga Black selain jadi bukti hbgn team rugby Micet yang rapat mcm adik beradik..
Aku jadi pemerhati saja sambil2 melayan ibu Black bercerita mengenai anak sulung yg menjadi harapan keluarga...Tapi dalam diam, aku pun pendam rasa mengenangkan keadaan kami sekeluarga lima tahun sudah sewaktu menerima berita kematian satu-satunya abang aku selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Moga keluarga Black tabah menghadapi dugaan dari Allah dan moga Black terus bertahan dan kuat melawan kesakitan..Al-Fatihah utk Allahyarham Muhammad Firdhaus Aripin. Moga rohnya aman di sana..amin.
No comments:
Post a Comment