Monday, September 28, 2009

RAYA SAKAN DI GURUN-BUKIT BUNGA-BATU RAKIT

Puas raya tahun ni..selepas empat hari di kampung encik suami di Gurun, kami berkonvoi pula bersama keluarga mentua dan kakak ipar ke rumah nenek aku di Bukit Bunga, Tanah Merah. Saja la nak kenalkan en suami kepada kaum keluarga di kampung. Maklum saja, tahun ni kan tahun pertama kami beraya bersama.

Di Gurun, suasana raya agak terasa dan terisi dengan sesi kunjung mengunjung. Sebut saja rumah sedara mana, hampir semua adik beradik belah mak mentua dan pak mentua kami jengah..nasi daging menjadi juadah utama bagi keluarga belah suami selain ketupat daun palas.

Lain plak di Kelantan, mak aku ada adik sorang je. Nenek yg tua pula duk bersama bapak sedara, so kami jarang berjalan sb cucu cicit pasti datang menjengah nenek membuatkan kami tak menang tangan menbancuh air, mengisi balang raya dan membasuh pinggan mangkuk. Tapi tahun neh, semua tugas aku pass pada anak2 dara yang tak kawin lagi..ushhh, seronoknyerr..

Dua hari di Kelantan, kami maju ke Terengganu pula sb Jumaat tu adik sepupu yang muda remaja (baru 20 tahun), berkahwin..di situ encik suami berkenalan dengan keluarga belah abah. Tapi dia banyak diam sebab katanya bahasa Terengganu susah nak faham (Katanya, laju la tak faham langsung) hehehe kesian dia.

Petangnya, selepas singgah di kubur moyang, encik suami tidak sabar2 nak mandi laut. Biasa la, kampung abah tepi pantai, mana tahan beb tgk laut membiru, tenang pulak tu...tak sama macam PD..hehehe Balik umah, tukar uniform, lantas kami empat beradik (termasuk suami) bersama si genit, Abg Long dan adiknya, Nadirah terjun laut beramai2..fuhh, best wooo... :)

Petang Sabtu, barulah bertolak balik ke S.Alam. Tapi tragedi, kete aku plak takleh start. Batt kong, aiihhh, si dugong sekor tuh mmg 'sakit jiwa' buat aku tensen...agaknya seminggu ditinggalkan, ada budak pasang mercun atau ada kilat buatkan alarm keter berbunyi sampai kong batt. ampeh betul..kena la RM170 tukar batt baru...huhuhuhuh

p/s: Kesimpulannya, aku tengah sengkek neh lepas pulang beraya keliling mesia...hehehehe

1 comment:

Fatiyah said...

Salam.... Selamat ari raya dr kwn lama joned yer.... Takziah atas berita kehilangan bayi.... Jgn putus asa yer.... Igtkan joned keep in touch okies... Wassalam