Berbaloi ke gaduh sebab nak balik kampung? Aku tak tahu tapi ia memang wujud dan mereka yang pertama kali beraya sebagai suami isteri pastinya akan melalui fasa perang itu...masing2 lancar roket, tembak bertalu2 sekali2 lempar bom sembunyi tangan (ada ke peribahasa ni?)
Tapi aku benci manusia yang penting diri...dan aku cuba akan cuba sedaya upaya untuk tidak menjadi seperti itu juga.
Jadi keputusannya : Tahun ni kami balik beraya di Gurun, Kedah.
Jadi yang kedua : Saper2 nak konvoi, jomlah...kami mungkin akan bertolak pulang pada malam Jumaat sb suami mahu berbuka dengan keluarga.
Jadi yang ketiga : Tahun ni tahun kedua aku tidak pulang ke kampung halaman berjumpa sanak saudara? (tapi takpe, suami cakap yang paling penting ibu bapa. Memandangkan aku tinggal dgn bapa dan ibu aku yg di Melaka juga sering datang ke sini..raya kali ni dia punya kecuali ibu bapa tinggal jauh dari aku, jadi raya itu aku punya..hmm...pasrah)
Jadi yang keempat : Sanak saudara di kampung, tolong ye...jgn rindu aku. Biarkan aku saja yang rindu kamu orang semua..hehehe
Jadi yang kelima : Selamat Hari Raya Ampun Maaf Zahir dan Batin...berhati-hati di jalanraya ye...
p/s: Kamu orang semua sudah ada baju raya? Tema aper ye? Tahun ni aku nak berbaju kurung moden warna biru firus...mahu sedondon dengan suami, itu pun kalau dia setuju dan tidak penting diri..hmm..
3 comments:
hahahah... ketegaq no! siang hang...tulah buat pa dok cari org kedah.. carilah org perlis... hehehehehh!
orang perlis lemah lembut ka?xpela, kita pun tak sempurna, nak harap org lain jadi sempurna...sampai kiamat tunggu pun takkan jadi nyer
sentap shuben u nanti baca entry nih...
Post a Comment