Sampaikan hari pindah ke Melaka (waktu tu umur aku 14 tahun) aku sanggup bawak seekor kucing kesayangan yg aku gelar 'mak miau' berkereta bersama-sama merentas perjalanan beratus batu jauhnya. Bila pk balik, mmg rasa sayang pada 'mak miau' buat aku lupa segala...sanggup riba dia dalam kereta dan bila dia mahu Poopoo..ku tadah dgn tisu ye..huhuhuhu sungguh tidak senonoh manusia bernama angah neh..
Pernah juga masa sekolah rendah, disebabkan abahku selalu berpindah randah..aku tertinggal kucing semasa sibuk berpindah. Bukan tertinggal pun tapi masa orang ramai2 angkat barang, dia gi jalan2..maklumlah kucing kampung. Suka la merayap. Malam tu jugak, ku menangis mintak abah pegi rumah lama ambik kucing aku..hehehe dalam kereta, air mata meleleh2..sedih la kunun! hehehe
Bila usia meningkat, lepas SPM aku ke U. Masa tu bela dua ekor kucing malas (Parsi), si Oren dan Manja..sb takde yg ambil tahu, dia terpaksa duk sereban dgn ayam serama abah. Huhuhuh sadis bukan kami neh. Sehingga la akhir hayat, mungkin sb jangkitan penyakit kuku dan mulut ke apa, depa mati selang sebulan...kesian, sejak dari tu, aku tak bela kucing lagi sb tak sanggup nak dera depa kalau2 takde masa nak membelai, membelek, mengutu dan memandi mereka...berdosa kan?
So, yg jadi mangsa aku dan adik skrg adalah kucing2 jiran yg rajin datang ke rumah sebab kami rajin umpan makan..stok Friskies mmg aku ada walaupun tak bela kucing..hehehe cadangnya bila dah pindah rumah bawah (dulu duk umah tinggi), aku n adik nak bela kucing sendiri tapi sb dah lama takde kucing, aku macam tak confident plak. Mampu ke aku jaga kucing? Kalau aku pi kejer, kucing tu nak lepas ke nak letak dalam sangkar? Cadangnya nak bela kucing biasa je sb kucing cantik neh banyak ragam...so jawapannya, nanti dulu..kumpul kekuatan secukupnya dan tunggu adik aku meroyan mintak pi carik kucing, baru kami bela.
Kucing orang belakang rumah Melaka
Kiranajoe : Kucing samer kaler karpet kat rumah S.Alam rakan terbaru aku..comey sangat wooo...suka nyelit bawah ketiak...hehehe tp kucing orang jugak, datang umah carik makan jer.
1 comment:
i suka kucing u...nampak kucing macam nak histeria...bak geget hidung dan tapak kaki dia yang lembek tu...punya le comel...nak suami pun ada iras2 kucing la..biar yang comel
Post a Comment