Thursday, August 6, 2009

ABAH MERAJUK

Tidaaaakkk...abah merajuk! Tak sangka pulak sbkan terlupa wish birthday abah (bukan aku sorang ye, semua adik2 termasuk ma sendiri lupa birthday abah)...tok pin merajuk, langsung membuat muka ye kawan2...hehehe dah tua dah abah rupanya, sensitif amat.


Jadi, bagi menebus kesalahan, aku sebagai kakak yg tua cuba membuat plan last minute iaitu membelikan abah hadiah yg juga idea last minute...owhhh, tobat..tahun depan kena hantarkan bunga dan kek kat opis abah, bagi dia besar hati sket ngan anak2 perempuan dia neh...huhuhuh


Hasilnya adalah dua kotak tool box dari Ikea menjadi pemberian paling ikhlas dari kami semua lambang kami faham jiwa abah yg suka ngan hardware. Asalnya nak belikan tangga, tp rumah Melaka dah ada tangga...nak beli Botch tu macam tak sempat nak recce. So, hasilnya adalah tool box saja...


Abah&Ma suka simpan kad ucapan dari anak2...



Selamat Ulangtahun yang ke 52 Tok Pin.

Abah tanya, nak wat aper neh? Sepit telinga Angah? HoHohohooo..We Luv u dad!

1 comment:

iheArt said...

Happy Belated Birthday Tok Pin..Syahdunya bila dpt sambut birthday Ayah...Terkenang2 arwah ayah sendiri yg jarang sekali kami lemparkan dgn ucapan 'Selamat Hari Lahir'..Bukan tak ingt, tapi kerana ianya bukan culture, jadi kami hanya pendam dalam hati...'Selamat Hari Lahir Ayah..'if only you were here..AL-FATIHAH..