Wednesday, May 13, 2009

MERAJUK KE?

Lamanya tak menjenguk blog sendiri. khabar gembira selepas berkahwin dua bulan lepas...aku sedang membawa perut yg berusia 7 minggu. sblm ni just check guna pregnancy test tu je, then takleh agak umurnya berapa sb aku ni ada masalah dgn period yang tidak teratur..

mmg teringin nak wat scan. siap dah wat appointment utk wat scan and antenatal checkup tp ma n my mentua tak bagi, katanya takut effect fetus yg baru nak berkembang. tapi last week selepas baca banyak artikel n buku mengenai pregnancy, katanya ultra sound tak effect baby bukan macam x-ray yg tidak dibenarkan sama sekali utk ibu mengandung...so aku n hubby nekad pi carik klinik utk wat ultra sound.

ahad lepas, kami pusing2 satu shah alam carik klinik yg ada ultra sound..selepas hampir berputus asa.kami jumpa satu klinik kat sec 7 yg ada servis utk ibu mengandung termasuk scanning..1st time tgk ada heart beat baby in my tummy, i'm shock so do my hubby. sangat kecik, sizenya pun 9.7 mm...tak sampai 1 cm pun..hehehee tp heart beatnya sangat laju. and doc said, he's still young..about 7 weeks 2 days old. hehehe bersyukur sb doc cakap 'tiny thing' in my tummy look healthy and normal...tapi utk dapat precise result, aku kena datang check up selepas kandungan mencecah 8 minggu. lepas tu kena wat antenatal checkup termasuk ambil darah, check berat dan segalanya lah.



hehehe macam tak percaya aku akan jadi ibu...ngengenge

skrg..aku sedang menghadapi my first trimester ini dengan sabarnya..aku sangatttt banyak makan then aku teringin nak makan macam2 benda. so far takde la mngidam benda pelik, cuma nak something yg pedas supaya tak mual. tapi aku akan muntah bila makanan penuh di tekak. awal dulu takde la teruk tapi skrg kalau aku tak muntahkan makanan tu, aku akan takde mood utk bangun dan wat aper sajer.morning sickness takde tapi semuanya akan bermula petang hari..kepala pening 24 jam tapi tambah berat bila hari gelap...

yg kesian adalah suami aku, sb aku tak boleh bau nafas dia!!!hohohohoh sampaikan dia kecik ati dan merajuk sb aku tido membelakangkan dia...aku dah mintak maaf n cakap tu semua sb pregnant tapi dia macam tak boleh terima...mmg betul sb sblm ni semuanya ok je.peliknya nafas dari hidung ye aku takleh bau, dari mulut ok je..kesian dia, tapi kesian lagi aku sb bau itu tersangt keras dan tajam dan busuk dan menusuk lubang idung aku...huhuhuhuh sorry hubby!

dan semalam...suami aku merajuk panjang lagi sebabnya gara2 takleh bau nafas dari hidung dan sb lepas aku balik je kejer, aku makan nasik dan pengsan terus (tidor). dia nak ajak aku keluar malam, lepak2 kopitiam tapi aku takleh bukak mata lgsg..bukan sb mengantuk sangat ye tapi sb pening, so aku kena pejam mata dan biarkan diri tertido..lebih haru sb hari ni birthday dia dan tengah malam tadi aku tak wish dia pun..hehehe aku lupa. tu yg buat dia merajuk sampai pagi..sorry lagi hubby...banyak nyer dosa aku neh..hehehe skrg jam 1pm..aku tak wish dia lagi sb aku berangan nak wat surprise, ajak dia dinner malam neh...so, kawan2 doakan kepala aku tak weng ye malam neh..so that aku dapat berjaga sehingga tengah malam utk dinner ngan my hubby!



to my hubby, junaizad jamil..happy birthday and i love u soooo much...harap kamu punyai banyak stok sabar dalam simpanan utk bekalan sepanjang 7 bulan akan datang!

kiranajoe: present apa yg sesuai utk hubby ek?

3 comments:

Fizahanid said...

ingat dah tak nak blogging lagi.. maklumlah dapat laki.... :P

kiranajoe said...

hehehe baru igt blog...

rynas said...

salam ziarah..
Gitulah mabuk2 orang pregnant ni biasa..saya dulu pun sama suami tak leh tido dekat dgn saya, apatah lagi kalau nak pegang-pegang atau bermanja. alamat uwekk..uwekk ler. lepas 3 bulan semuanya ok jer...