Wednesday, October 20, 2010

Baca karektor melalui gaya tidur

Suka suki je cuba. Quiz dalam FB. Hukum kalau percaya, korang tahu jela kan.

Tapi ingin ditekankan di sini, aku cuma nak seronok2 je. Maklum saja, jam dah 2.42 pagi tapi aku takleh lelap. Apekehal nye, aku pun tak tahu. So, daripada duk pandang bantal encik suami tapi orgnya takde. Baik aku menjawab quiz.

Aku pilih dua jawapan. Tamak bukan? bahahaha bukan la, aku dulu tidur meniarap. Memang sampai ke tua tapi sejak kawin dan tido sorang, aku jadi terbiasa tidur menelentang sama ada gaya soldier atau starfish. * (pelik tak, kawin tapi tido sorang? hehe)

Rahsianya sebab aku takleh tido tanpa mengadap depan *pintu/tingkap skrg ni. Takut. Kalau encik suami aku ada,kadang2 aku akan tido meniarap. Motif takut? aku pun tak tahu.

Berikut adalah keterangannya..

menyukai gaya tidur Soldier, berikut analisisnya:
Gaya tidur terlentang dengan kedua tangan di sisi. Orang dengan gaya tidur ini cenderung pendiam, tidak banyak bicara dan punya standard tinggi.

menyukai gaya tidur Starfish, berikut analisisnya:
Tidur terlentang dengan tangan di sekitar bantal. Orang dengan gaya tidur seperti ini adalah teman yang baik karena siap mendengarkan orang lain dan senang menolong. Kebanyakan tidak suka jadi pusat perhatian.

kesimpulan:
Yg aku tahu, aku memang tak reti bercakap. So, agak diam kalau tak kenal orang. Sumpah, usaha tanak cakap sb ayat yang keluar secara tidak semula jadi akan membuatkan aku rasa nak lempang muka sendiri selepas itu.

Standard tinggi tu macamana ek? Boleh jadi teman yg baik kalau dah rapat, tapi serius aku suka gaduh sejak kecik. Kaunselor tidak bertauliah mgkin sebab aku mendengar masalah orang tp tidak serap. So, masalah tu tak ganggu hidup aku. hehehe

Percaya atau tidak, aku pernah jadi Presiden Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Ek, ye ke nama gini. Tgk, aku tak igt walaupun masa lampau aku. Apa kes!


kiranajoe : aku tak reti citer masalah sendiri, tertekan siot!

Tuesday, October 19, 2010

Usaha tangga kejayaan

Minggu lalu, pada hari Jumaat yang mulia, aku bersama Kid dan Azma bergerak bersama menuju ke Ipoh demi untuk melaksanakan misi rahsia.

Tapi, demi peminat semua * hahaha perasan la sangat, macam femes jek. Nyampah ;} aku reveal misi apakah itu. Hik!Hik!

Aku pi jumpa Bidan Rokiah u ols..usaha itu tangga kejayaan. Sebab mahu baby, penyambung zuriat. Juga demi memastikan di hari tua kami nanti ada yg mendoa kesejahteraan dan menjaga kebajikan kami..jadi, usaha untuk mendapatkan cahaya mata diteruskan hingga ke Ipoh.

Kami semua cuti ye utk misi rahsia ni. Drive all the way from Bangsar dan pulang hari.

Apa yg Tok Bidan tu cakap, macam takde masalah sangat. Cuma peranakan sedikit senget. Katanya, "Laah, macamana nak lekat, senget rupanya..dia masuk, pastu keluar balik. Takleh lekat. Tok betulkan ye. Baiklah Tok! sambil tangan tarik2 kain batik daripada terlucut. Malu weh tunjuk2 perut kat orang neh..i tak biasa..hehehe

Jadi, kesimpulannya. Aku menunggu keberkatan Jumaat itu membuahkan hasil yang juga tidak mengecewakan. Tapi aku tahu, itu hanya sebahagian daripada usaha dan Allah penentu segalanya.

kiranajoe : Air batu campur bersama keledek dan roti puri kat Ipoh memang terbaik.

Tuesday, October 12, 2010

Saya dapat Jimmy Choo!

Mak aku giler kasut. Sumpah.Korang kalau tgk kasut dia, akan pengsan sekejap sb setiap hari dia akan singgah Jusco, tgk kasut design baru. Pastu beli pulak tu. Tapi nasib baik bukan singgah butik Jimmy Choo ke Aldo ke.

Nak sedapnya, dia bukan pakai kasut2 tu. Simpan wat koleksi. Kaki kalau size standard takpe, ni tidak, saiznya 7 - 7 1/2.

Pernah aku bawak balik katalog Jimmy Choo, dia tanya, takde ke kasut-kasut Jimmy Choo yang murah2. Bahahaha comel kan mak aku, teringin nak kasut Jimmy Choo. *Pengsan ~

Hari tu aku berkesempatan pi pelancaran beg kitar semula Pink Couture utk kempen Pink Oktober sempena breast cancer. Jimmy Choo antara jemputan. Bila dan lepas PC, aku pun dgn gedixnya ajak kak zarinah metro bergambar ngan taikun kasut yg mmg banyak mulut dan baik hati ni.

Mak akulah cakap, dah lama kejer, ada org2 yg jarang org lain boleh jumpa, ambik la gambar. Jadi, ini hasilnya bila aku dapat ambik gambar bersama Jimmy Choo..hehehe

gambar menenggek sajo di tepi sofa.

kiranajoe : Nor Azma Muhamad Laila, u ada gambar ngan Jimmy Choo..? hehehe

Saturday, October 9, 2010

Malam ni aku pi Ratu Cantik!

Masa kecik2 dulu, Miss World ke Miss Universe ke mmg wajib tonton. Tak tahu apa rasional. Tp seingat aku, tiap tahun bila mende ni nak tayang kat TV, mak aku awal2 dah pesan...siap kejer sekolah awal2, mlm ni nak tgk Miss World.

Tapi memang la ralit. Part paling best pada aku, bila tang evening dress tu. Yg lain, aku tak kisah sangat. Pastu esok gi sekolah, penuh la buku2 sekolah ngan lukisan princess pakai gaun kembang. Time tu aku berangan nak jadi pereka fesyen. Adoii, cita2 takleh tahan!

Nak jadi cerita, malam ni jam 8.01 malam, aku kena pi cover Ratu Cantik..hehehe once in a life time la neh. Hati berbelah bagi, tapi byk ke arah kecewa daripada teruja. Bukan apa, aku tak tahu nak pakai baju apa.

Macam ni ke?



atau

ini cantik giler weh


Ke ala2 angel pakai kaftan gaya incik Rizalman







credit to Rizalman, kang tak pasal aku kena saman.

Takpun pakai baju kawin dulu? Gedix benar rupanya.

Tapi nampaknya aku pakai sari je kot. Sebab bos mak mengkhianati janji suci kami berdua. Dia assigned aku pi Ratu Cantik tapi lebih tepat Miss MalaysiaIndian Global. Ada ke patut? Huk! Menci tau.

kiranajoe : Kl emcee cakap Tamil, aku nak wat macamana u ols?

Wednesday, October 6, 2010

MEMANG HIJAU DOWH

Aku dah cakap dah, air Tasik Kenyir mmg hijau. Pastu manager kat Lake Kenyir Resort and Spa bagitau, cuaca kat tasik tu pun tak menentu. Kalau ko tgk langit cerah, ko naik bot, lima minit, tiba2 boleh hujan siap ribut ngan petir semua lengkap...aku dah cakap..scary!

Tak caya, tgk neh...

Pastu, manager tu yg mmg best dibawak berborak tu cakap lagi..kedalaman tasik buatan manusia neh mmg dalam wooo...boleh cecah 300-400 kaki.huhu lagi scary kalau jatuh tanpa ada life jaket...kan..kan..tambah pulak kat dasar tasik tu masih ada kayu2 balak yg usianya beratus tahun.

Tapi, suasana kat sana mmg tenang..damai..Nasib baik jugak setiap orang diberi duk dua orang sebilik. Kawan sebilik aku punya penakut, masuk jamban pun tak tutup pintu okeh..hehehe katanya bilik air luas sangat, macam duk dunia lain kl tutup pintu..hehehe

Doktor yg ikut sama rombongan kami tak kongsi bilik ngan saper2. Esok pagi, dia cerita, bilik dia dgr macam2 bunyi. Bunyi angin, bunyi ketuk2, bunyi macam2 yg sangat menakutkan katanya. Sumpah aku tak tipu. Aku ngan org lain plak yg duk setentang ngan chalet dia, tido ngan lenanya plak..Alhamdulillah.




Cuba carik mana satu roomate saya yg penakut tu..hehe

kiranajoe : tgh down neh..huk!

Tuesday, September 21, 2010

I'm back...

hehehe kita dah dua hari balik kerja tapi kita belum produce story walaupun sePERENGGAN. Maksudnya, apa yg kita buat dari jam 9 pagi sampai 6 petang di ofis...??

1. Makan biskut planta yg sedap, tinggal lagi 1/3 balang.
2. Blogwalking ;p
3. Taip story pastu padam
4. Gi lepak cafe sampai lebam
5. Baca suratkhabar 3-4 kali sehari
6. Wat2 lawak bodoh...wat2 rajin ngadap PC...wat2 jadi kaunselor org

Kita tau berdosa kejer macam ni. Makan gaji buta. Jadi, tepat jam 2.18 neh, lepas kiter post entry neh, kita janji, kita siapkan satu story sebelum balik umah. Sb ujung minggu neh, Khamis Jumaat, kita kena outstation..pi Kenyir.

Kita terbayang air tasik yg hijau tu. Agak2 dapat sorang sebilik ke dua orang sebilik? Scary gak neh.


kiranajoe : Nak wat open house, kenduri kesyukuran) untuk kejayaan my sis dapat kerja, kita masuk umah baru dan tahlil untuk arwah abg juga my baby.

Tuesday, September 7, 2010

Ketuk-ketuk Ramadan

ye...resipi saya hari ini untuk Ketuk-ketuk Ramadan adalah...

Gulai Story Stok Raya-Kalau Tak Siap Tak Boleh Balik Raya

Bahan-bahannya :
2 orang pramugari AirAsia
2 orang Toll Gate Girl
1 orang minah kapal

Cara penyediaan :
1. Goreng intro story sampai lebam
2. Gaulkan dua orang minah pramugari yang segar bugar
3. Masukkan kakak tol sebagai perisa
4. Taburkan minah kapal sekadar secukup rasa.

Hasilnya...............










Belum siap lagi weiiiiiii...aku takleh fokus. Teringat nak cuti panjang, beraya sakan di kampung halaman...huhuhuhuh

Kiranajoe : Motif, aku baru ada baju kurung selai utk raya. Takleh jadi neh, mau pakai jubah itam lah pagi raya. Ganas tak?