Monday, March 29, 2010

MUAK

Dia : Boleh tak lepas siap story ni, u emel pada i untuk check? I takkan ubah cara tulisan u, cuma nak pastikan takde perkataan yang menghiris hati penghidap HIV/AIDS dalam artikel?

Aku : (sambil berfikir, intw jam 11 malam story nak hantar pagi esok..??) Oh, ok..ok..

Dia : (sambil selak kertas panduan penggunaan perkataan dalam press release) I tak nak dalam artikel pesakit HIV ni ditulis pembawa HIV dan perkataan Aids tu ditulis AIDS (semua huruf besar). Semua yang macam tu jelah..macam perkataan akibat dosa, penagih dadah diganti pengguna dadah..sebab nak jaga sensitiviti mereka

Aku : Oh, semua dah ada dalam ni. Takpe, senang saya follow sini jelah. Tapi, saya nak bagitau satu, di akhbar kami, HIV dieja HIV dan AIDS dieja Aids. Sebab itu house style kami. Dan lain suratkhabar, lain house style nya.

Dia : I tahu tapi Aids tu kalau google, jumpa benda lain. So, u guna AIDS (yang dieja huruf besar).

Aku : Saya tahu tapi Aids kami eja huruf kecil sebab itu house style kami.

Dia : I tahu house style. I pun dulu wartawan. Kerja di Sinar Harian dan di suratkhabar Warta apa tu..saya lupa (motif, nampak sangat paper tak terkenal sebab ko sendiri pun lupa)

Story kemudian publish Ahad utk news. Selesai taip story, aku send kepada editor dan bergegas pulang ke kampung. Kenapa aku tak emel pada dia? Sebab story simple, takde pun guna nama saintifik. Motif news pun nak bagi dia check! Lain la kalau rencana. Lagipun kisah pesakit HIV/AIDS je..buweekkk! Selama dua hari, panggilan telefon dari dia aku tak angkat..maaf, saya tidak suka mendengar sesuatu yang memualkan di hari saya bercuti. Leave me alone!

p/s: Muak dgn org yg tak faham bahasa..

4 comments:

ennieva fauzi said...

Faham sangat ngah, sangat sangatttt faham. Sepanjang bergelar penulis ni, macam2 ragam orang memualkan tahap jamban kita jumpa. Macam bagus2. Tapi dalam kosong. Kalu bekas wartawan, patutnya dia lebih tahu..baca punya baca...ooooo patut le...akhbar nyamuk..no wonder tak paham2 bahasa :)

kiranajoe said...

hahaha sungguh mual. Bukan nak eksen tapi dah tahu house style, so,terima jelah. Takkan kita nak meeting ngan datuk2 sekalian, mintak tukar ejaan Aids di BH kepada AIDS sebab google dapat benda lain.

sangat mual okeh.dah la penagih dadah nak tukar pada pengguna dadah.aduhaii, orang malaysia dah jadi sangat understanding. Event pun bagi kondom perisa2...macam takde nilai agama.

ntah..susah nak cakap..muak!Mual!

hafizahiszahanid said...

Cakap kat dia, 'puan sila berhubung dengan jabatan pengiklanan kami untuk belian iklan. Kami hanya menyiarkan berita bukan iklan,"

kiranajoe said...

hahaha kfiza..mmg terbaik!