Friday, March 26, 2010

INI DUNIAKU

Semenjak dua menjak ini, akal aku memang tumpul. Sukar nak melahirkan ayat untuk dicantum menjadi satu cerita yang cantik. Aku cuba melawan rasa malas tp otak berkata, bukan malas puncanya tapi otakku sendat, padat. Badanku juga penat.

Buktinya, aku diserang sakit kepala. Berdenyut yg tidak terlalu keras tapi kerap. Urat di tepi kepala timbul dan tegang. Solusinya : semalam actifast dua biji ditelan dan aku lena beradu. Bangun pagi, sakit itu hilang dan sakit itu kembali bila aku mula mencantum dan menyuai padan ayat untuk membina cerita.

Pun begitu, aku seronok dengan kerja ini. Peluang keluar dan bertemu orang. Peluang untuk membuat kebajikan (bukan banyak, sekadar mendengar cerita dan luahan lantas dialih menjadi cerita untuk dikongsi bersama sekalian orang). Peluang mengular juga senang ;p

Puas sebenarnya bila ada pesanan diterima di inbox, menyatakan rasa gembira kerana hadir dengan paparan tulisan yang begini dan begitu. Kerana itu aku berani berkata, kerja ini duniaku tapi sampai bila?

Bertemu sahabat baik baru-baru ini membuatkan aku berangan panjang. Juga bekerja keras mengerah otak, berfikir (Angah dan angan2 sukar dipisahkan). Aku kagum dengan dia dan aku tahu kenapa dia boleh sampai ke tahap itu. Sebab dia kental, kuat, luar biasa dan segalanya..memang dia hebat.

huhuhuhu bukti dia berjaya? dia dah tukar kereta Alphard..umurnya sama sebaya dengan aku..sweet 28 hehe Cerita ni aku tak kongsi dengan encik suami kerana aku tak mahu di putus asa dan hilang semangat untuk belajar. Dia selalu salahkan diri, sebab dia, aku susah. Tak, aku tak pernah cakap dia membebankan aku..tp aku tahu kehendak lelaki. Dia berjiwa lelaki mithali. Mahu menghulur dan membiayai semuanya dari hasil titik peluhnya.

Aku cakap, 'Takpe, masa itu akan sampai. ' hehehe (yes hubby, i mean it..)

Kesimpulannya, aku penat melampau dan malam ini aku ada tugasan jam 10 malam (sesi intw berlangsung selepas selesai dia berteater..agaknya teater selesai jam berapa ye?) Intw seorang wanita pembawa HIV. Storynya perlu dihantar esok pagi. Demm..plan utk balik berjumpa belahan jiwa usai tugasan terpaksa ditukar. Hanya selepas story dihantar, baru boleh balik. Demm... (betul ke ini dunia aku? ;p)


kiranajoe : manusia yang selalu beralasan tidak akan berjaya...(oh, nooooo)

3 comments:

ennieva fauzi said...

ngah, betul ke ini dunia kita? Jawab satu soalan mudah ni je, kita menulis kerana minat, passion atau kerana duit?

kiranajoe said...

Menulis kerana minat tu macam hafizah tapi dia lagi bersemangat sebab dapat cek..kl total tulis cerpen macam tulis novel, lagi dia semangat. Itu minat ke apa?

Buat masa ni, mmg ini dunia saya kak. Dunia saya mencari rezeki.

ennieva fauzi said...

itu le masalahnya ngah, kita toksahkan menulis tapi baca novel pun pilih2 bulu hehehe...tapi ok lah, at least kita baca gak tulisan orang lain kan? :)