Saturday, October 4, 2008

FIKIR SEJENAK


Melilau mata...otak pun turut sama berputar laju...berfikir sebenarnya membuatkan kepala terasa sangat terbeban.Sungguh berat!Sungguh sarat!Rasa nak muntahkan semua dalam jamban then flush...go away!I hate being in this situation...


Raya membuatkan kepala yang sarat bertukar benak!Sana sini melayangkan kad berbau harum...mustahil kad raya berbau harum bersulam huruf emas, berukir indah nama sepasang mahkluk tuhan yang bakal disatukan...oh Tuhan!Panggilan telfon ke kg membuatkan aku mula mengatur langkah untuk turut sama memijak pelamin indah (seboleh-bolehnya sebelum usia bertambah dan terus bertambah)...aku harus cepat sebelum jauh ketinggalan...(boleh giler wooo jadi aku!Tambah giler kalau jadi abg bun!)


Kerana apa aku harus cepat? Sebabnya si Siti Payung (sepupuku) yang muda tiga tahun dariku sudah bergelar isteri orang dua hari terakhir Ramadhan...Ya Tuhan!Terbeban bila nenek tua dari kg bertanya soalan,bila hariku pula? Mulut ringan menjawab, nanti dulu tapi dalam hati memang tidak mahu menanti lagi kerana penantian itu sebenarnya benar-benar menyiksakan!


kiranajoe - Menanti adalah satu penyiksaan, menunggu tentunya satu pengorbanan...


2 comments:

ennieva fauzi said...

ala Ngah tunggu le abang Bun abes belajar dulu...hisss...lagipun, sanggupkah dirimu melangkah bendul hahaha...

kiranajoe said...

bukan stakat bendul...longkang besar pun sanggup lompat!hehehhe