Wednesday, October 8, 2008

CHINGKUNYA


Ahad lepas, kembali saja dari Kedah...abg bun jatuh sakit. Demam diikuti dengan ruam merah memenuhi seluruh badan seperti campak. Mukanya pucat, keadaaannya agak lemah. Mungkin sebab terlalu lemah dan tak larat, dia ke klinik dan dapat la MC dua hari...

Hari ni masuk hari ke4 abg bun demam...katanya kawan sekuliah pun ada yg mengalami nasib yg sama sampaikan muka yg jinak bertukar merah macam kari berapi!Siap ambik darah dua kali sebab disyaki kena chingkunya...alahai kesian...(memang betul la adik aku cakap, sorang doktor bagitau dia, zaman sekarang ni dah takde campak...yg ader nyer mungkin chingkunya!)

Apa mendenya chingkunya neh?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk dan berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

Tanda-tanda dan gejala penyakit ini
· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

(sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Yang pasti, pihak Unikl-Micet perlu buat gotong royong bersihkan sekitar kawasan tempat tinggal pelajar mereka nun jauh di habitat jin bertendang...hapuskan la sarang2 nyamuk tu semua...sebelum ada pulak yang kena denggi!

kiranajoe : senyum sumbing teringat gelagat abg bun macam kucing hilang anak tika demam..badan panas sangat kot!Otak pun jadi sewel! ;p

1 comment:

hafizahiszahanid said...

huiii... sayang abe bun ..:)