Monday, January 28, 2013

Spagetti Seafood Cream - sedap


Semalam, kami ke Mid Valley sebab dd mau beli jeans. Ok jugak la bawak budak tecik ni keluar sebab takdelah dia merengek2 bosan duk dalam umah. Dinding kiri kanan depan belakang. Lemas la mami, katanya.

Lama kot kami kat sana, dari tghari sampai malam...sampaikan parking RM8 kau! Agenda selain carik jeans dd adalah berjalan2 makan...tghari kami makan di restoran Thai yg hala ke Gardens tu..apa nama eh, lupa. Sedap gak. Ambik set RM69.90 (set for 2) ada nasi beras siam dua pinggan, tomyam, kangkung belacan, green curry, dan ikan tilapia goreng 'serai bersepah' ala Thai.

Sodapppp...

Dan, petang turun ke Carrefour beli pampers dah tecik ni. Kebetulan ada offer, pusing2 jumpa plak tempat makan kat dalam Carrefour - kira macam food court dia la, yg ada jual ayam goreng, nasi goreng, nasi ayam etc tu.

Pegi stall Western .Ko tgk, Bangla masak dan rasanya adalah wallaweh...sedap ok. Aku ckp terus terang, kalah spageti Dome! Sumpah, aku makan kat KLCC ari tu sebab payah nak turun naik lif ngan stroller, jadi makan jela situ wlpun dah agak mcm tak berbaloi...dan mmg betul telahan aku. Spageti adalah kering kontang dan dua kali aku mintak warm water, dua kali di baginya air lemon wat basuh tangan tu! Cis, dia xtau ke aku tgh suap anak makan, jadi nak warm water la..

eh, keluar topik plak.





Ini dia Spagetti Seafood Cream katanya...ala2 carbonara tapi sedap weh..Serius. Ko tak jangka, siap ada kepah besar tu tiga ketul, kepah2 kecik ada dalam lapan ketul, ada udang tak sempat kira. Fresh.

Harga juga masuk akal iaitu RM13.90. Nak cuba, sila kan..kalau kebetulan Bangla yg masakkan utk aku tu cuti, org lain masak tak sedap, ko jgn marah aku.Hahaha


Ini anak dara dd. Dah pandai wat muka busuk. Dah pantang tgk mami pakai tudung, mesti jerit2 angkat tangan. Dan pandai tawaf rumah mengheret dada. Dan pandai juga tarik rambut dan bulu kaki dd, konon2 main la padahal dd dah jerit macam pondan sb sakit. Tapi apakan daya, anak sendiri yg tarik..kehkehkehkeh.

Okbai.

kiranajoe : Bila kat ofis, bau masam anak paling dirindu..ahai.. dd jatuh tempat kedua.kesian.

 

1 comment:

Anonymous said...

SGT KIUT OKEH IMAN NI...MATA DIA CNTIK CM SAYU N LEMBUT GITEW...PEPON SMOGA BAHAGIA SLAMANYER..