Monday, January 21, 2013

Kembali bersiaran

Kenapa lama sangat hilang ni? Sibuk nyah...nguruskan anak dara saya, menguruskan rumah tangga di samping tugas seharian di ofis yg takde penamatnya.

Baiklah, kali ini saya mahu bercerita mengenai luka bersalin. Iye kawan2, sewaktu melahirkan Iman, luka saya tersangatlah besar sb forcep. huwaaa...mak meratap mengingatkan betapa ngilunya nak membuang.Ini bukan jijik ye, ini sakit nak mampus!

Luka episiotomi besar dan merebak teruk juga disebabkan kedegilan saya untuk tidak 'membuang' sampai 2 minggu selepas melahirkan. Takut..takut...dan malas nak makan ubat berak. Hahaha Perlu diingatkan, disebabkan pemakanan kita sewaktu berpantang menyebabkan najis kita menjadi keras dan kering. Jadi, apabila meneran sewaktu membuang, najis yg keras akan menekan kawasan jahitan, menyebabkan ia tetas!tetas!tetas!

Kesannya, luka aku hanya sembuh betul2 lebih kurang 4-5 bulan usia Iman.Omai!

Jadi, di sini ada penyelesaian...ubat berak terbaik. (makan awal2 ye kawan2, jgn biar berminggu2 sebelum aku)

Ini dia...jeng jeng jeng.
Dulcolax


Cari di mana2 farmasi. Dan diyakini, ia lebih efektif berbanding ubat berak dibekalkan doktor, juga ubat tembak bontot yg menyebabkan ko rasa seperti dicabul luar tabii.Erk! Cara makan, lihat pada risalah disertakan. Tak silap dua bijik, makan sebelum tidur malam, jamin, selepas 8 jam, anda akan rasa gesa natural untuk ke tandas dan ia smooth dan steady..hahahaha (aku bkn iklan, aku tolong kawan2 senasib)

Solcoseryl Gel
Kemudian, disebabkan cik Iman tak besar tapi panjang, kemudian bukaan serviks ibu juga adalah kecil..jadi Iman terpaksa diforcep keluar. Keluar2, doktor dan nurse cakap.."Lucky girl, kl lambat sikit je...something bad will happen..
Sebabnya tali pusat dia dah berpintal. Mungkin sebab sehari sebelum masuk labour room, aku diberi ubat berak untuk menclearkan usus sebelum push.Jadi mungkin Iman bergulung2 berguling2 kena ubat. Hahaha aku assume la.

Bila aku teran kaw2 masa membuang, jadi luka aku yg sedia teruk bertambah teruk. Teruk okeh...ini serius. Jadi kawan mak aku yg senasib suggest guna gel ini. Terbaik..sebab luka yg nurse cakap tertetas sikit kat tgh2 (tak pasti tertetas ke atau tak makan dek benang), berjaya dicantum kembali selepas beberapa kali sapuan secara intensif. Intensif ye..kahkahkah

Harga tak silap aku RM20++ dan boleh dibeli di mana2 farmasi.



Sekian perkongsian  aku untuk kali ini. Kita jumpa lagi bila aku rajin nak menaip..hahaha

kiranajoe : Iman dan 7 bulan skrg..alhamdulillah sihat. seronok ada anak sebenarnya..


1 comment:

Anonymous said...

Sapuan secara intensif tu bp kali ek? Brp hari baru baik...?