Cerita kali ini adalah mengenai lawatan sambil belajar aku dan suami diiringi dua adik ipar, Juwita dan Alif ke Candi Lembah Bujang. Nak kata berbaloi pegi, hmmm..boleh la sebab nak melawat candi je kan, tak perlu keluar wang pun. Masuk percuma je.
Takde apa yg menarik sb suasana lengang je. Yg ada, beberapa org pelawat berbangsa India, pak guard sorang dan ada la family yang ke air terjun dan beberapa kerat lagi anak muda yang cuba menempah tiket utk masuk ke You Tube (panassss). Jabatan Agama, sila jangan tunggu saya buat laporan.
Kebetulan masa aku pegi (Februari 2010), Kedah tengah kemarau ya amat. Air sungai pun kering kontang, sumpah mmg air terjun pun tak mengalir. Yang ada cuma air yg bertakung kat celah2 batu. Kesian.
Sedikit info mengenai candi Lembah Bujang yg aku ceduk dari wikipedia. Kisahnya, mmg la aku nak salin info dari papan info dia (konon2) tapi sb aku dalam mood bercuti, so,aku lenggang kangkung je la..konon2 macam pi Bali, jadi pelancong. Bahaha
Terletak di antara kawasan Gunung Jerai di utara, dan Sungai Muda di selatan Lembah Bujang dianggap sebagai kawasan arkeologi terkaya di Malaysia. Ini kerana penemuan artifak sejarah masih didapati di kawasan itu sehingga hari ini.
Lembah Bujang pernah menjadi pusat perdagangan maritim antarabangsa tertua di negara ini di awal abad Masihi hingga 20 Masihi di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.
Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.
Wow! hebatkan...itu dulu la, skrg dah lain. Kehebatan lokasi setanding ngan Candi Borobudur la candi lain bagai dah lenyap dan kita tunggu lagi 5 tahun, apa jadi pada tempat ini...Antara papan info yang masih ada tulisan. Yelah, ape pekdah depa nak wat signboard cantik2, tempat macam ni bukan leh bagi profit pun. Tak macam Bukit Bintang ke Jln Sultan Ismail ke.. anda rasa?
Ni tak silap aku tapak temple.
Penulis berangan nak beraksi ala supermodel tapi haram tak jadi..
pada rupa tapi atasnya kosong takde maklumat apa pun.
Kata encik suami, zaman dia belajar dulu, depan pintu Muzium Lembah Bujang ni ada dua batu berbentuk singa besar. Tapi time kami pegi, singa tu dah takde. Kata suami, ramai pengunjung yang histeria disebabkan batu tu. So, sekarang ia dah dialihkan ke satu lokasi rahsia. Tunggu Mastika buat pendedahan.. :)
Ini air terjun di Gunung Jerai yang nak kata mengalir lesu pun tidak, bertakung lesu lah seswai..
Pemandangan indah dari puncak Gunung Jerai.
kiranajoe : teringat pulak aksi gedix sendiri dalam kereta pagi tadi bila dengar lagu Happy dari Amy Mastura.bahahaha siap goyang2 bahu..
1 comment:
Angah bestnya...harusle ku pergi jua nanti..ni tengah merancang dengan sorang kawan baik nak pi tengok kelip2 di Kuala Selangor tu..pastu makan ikan bakar Jeram...fuhhh heaven!
Post a Comment