Thursday, December 3, 2009

HILANG KATA KUNCI

huhuhuhuh akhirnya berjaya masuk ke blog sendiri dengan jayanya..huisshhh, bersawang juga nampaknya blog ineh. Semuanya gara2 hilang password.huk! (kes sabotaj diri sendiri)

sila lihat post terakhir ----- sila maklum ye, sesi cuti2 malaysia tidak berjaya kerana kami suami isteri memanfaatkan cuti yg ada untuk keluarga tercinta. Itu lebih penting okeh..keluarga adalah segalanya, gitulah! hehehe

Sekarang aku agak sibuk...garu2 kepala, korek2 kuku, bli2 barang (untuk dijual dan kegunaan diri sendiri). Kalau nak tahu, aku dan sahabat, Aqidah Azizi berjaya melancarkan butik dalam talian kami yg pertama. Kalau rajin, sudi2 kan lah ke www.mychermin.blogspot.com

Buat permulaan, kami menjual baju2 dan aksesori yg ditargetkan untuk wanita yg suka bergaya macam kami (hahaha, yeke bergaya..? selalu saja hadir ke opis ngan muka yg tak siap, selalu juga dicop budak sekolah atau budak baru grad yg tengah carik kejer..hampeh betul. Heh!berani sungguh mereka nih, tak tahu ke aku ni dah ada anak satu...)

Apa lagi cerita yang nak dikongsi ye...? otak tengah berkarat sekarang sebab ada banyak kejer yg asyik tertanguh2 sehari demi sehari...sampai ketemu lagi ye...dadaaadaaaaaa ;p

kiranajoe : potong rambut tanda diri berserabut...hmmm, baru dua hari lepas pegi salun, sanggup tunggu hampir dua jam, berbaloi2...budak tu sungguh pandai memotong rambut...kalau nak cuba, boleh ke kedai rambut kat sec 7 shah alam..nama kedai tu lupa laa..tapi yg potong tu namanya ila,cantik orangnya, baik hati pula.

No comments: