Tuesday, November 3, 2009

BERKONGSI RASA

Banyak rasa hendak dikongsi, banyak cerita hendak dibual..banyak juga gambar baru hendak diupload tapi kecewa dek kerana masalah2 teknikal, semuanya terpaksa di peram begitu saja..

Cerita mengenai sahabat baik yang cekal memulakan bisnes membuatkan hati aku turut memberontak hendak berniaga semula..(dulu bisnes dalam bonet keter je.hikhikhik)...tapi kerana susah nak bagi full komitmen dan mmg dasar manusia yg suka wat kejer tangguh2 neh, akibatnya bisnes on and off..hehe

(kawan2 yg nak dapatkan tudung sebijik Ariani dgn harga yg jauh lebih murah, sila kunjungi blog beliau http://kipswit.blogspot.com/ ) ----> iklan percuma utk kawan2...

Dalam bulan ni, aku mmg sangat penat..entahlah, mungkin peralihan mode dari weekly ke daily membuatkan kerja menjadi berganda banyak dan assg malam pun menuntut waktu rehat sehinggakan dalam sebulan aku recall dua kali sabtu..meaning, dua minggu aku kejer 6 hari direct. fuhhh,nasib hubby jauh..

Bila penat, otak jadi sangat tepu dan diri menjadi seperti depressed...owhhh, i need my hubby. walaupun cukup sekadar berada di sebelah, bau pun dah boleh buat aku rasa tenang..wahhh, rahsia rumahtangga disebar di blog..sungguh tidak malu..hikhikhik

Tapi betul la. Sb aku pernah terbaca satu kajian yang menyatakan bahawa bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar tekanan bagi wanita selain membantu melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja 'diproses' daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh 'digoda' dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.

p/s: Betul kot kajian neh. Kalau tak percaya, boleh try suh hubby calit bau ketiak masam kala anda sedang depressed tanpa sebab... (tp girlpren boipren tuh, tak digalakkan la...batal air smyg beb!kalau nak buat jugak, dosa tanggung sendiri ye.)

3 comments:

orange&lemon said...

owwwhhhhh...kawanku angah yg baik hati..terima kasih di atas FREE PUBLICITY itew.....nanti i bg goodie bag...heheheeee....jgn tensi2, klu tensi mai umah aku....

ennieva fauzi said...

kena pinjam hubby u ke? ahaks...

kiranajoe said...

kido: nak goodie beg tp isi jer..beg tanak sebab menyemakkan rumah i yg sedia semak..heheh (demand)

kben: takpe takpe..i pun ada ketiak gak..hahaha