Wednesday, December 16, 2009

MABUK UBAT

hahahahah first time selepas hidup hampir 28 tahun aku mabuk ubat. Nak jadi cerita, semuanya gara2 batuk dan selesema yang menyeksakan sampai aku terpaksa pi klinik bawah opis untuk ambik ubat.

Masa sesi beramah mesra bersama Dr X, aku sempat la menitipkan pesanan terakhir..."doktor, bagi yang power sekali erk ubat tuh..tak tahan la batuk macam ni... (hehehe poyos!)

Yang bestnya juga, Dr X memang suka membantu pekerja2 (yg tak sihat laaa) mendapatkan MC..tapi entah kenapa, selepas di offer berkali2 oleh Dr X...aku menolak dengan muka bangganya (apa yg nak bangga tah, sb bukan bos aku teman aku masuk bilik jumpa dr tu pun kan..huk!)

Dr X : awak larat ke kejer neh?
Aku : Boleh kot, lagipun hari ni saya ada assg kul 7, kena pegi juga.. (bangga ke assg malam?ceish, itu tanda kena pedajal tu ;p)
Dr X : Macam tu, awak makan ubat la ye..
Aku : Okeyyy!

Aku naik atas, capai botol mineral lantas menelan dua biji ubat batuk, ubat selesema dan antibiotik yang besar amat wooo...selepas setengah jam, aku mula tak boleh pandang kiri dan kanan dengan kelajuan manusia biasa buat. OH noooo, ketika itu macam2 perkara terlintas di kepala...aku mengandung ke?aku nak pitam?aku demam panas sangat ke?

Keadaan menjadi makin serius, aku cuba bangun ke toilet..yeayyy, bearing tak betul, senget ke sebelah kiri ye kawan2. Makin teruk, badan rasa melayang macam terhirup minuman yang bercampur alkohol lagaknya. Aku turunkan badan dan menyandar di kerusi macam org mabuk sambil cuba menyiapkan story, sekali datang bos besar yang kecik molek orangnya...dia gelakkan aku duk macam tu..heish, nak kena dia neh...aku cakap,"saya pening pale la...sambil buat donooooo...

kemudian aku selingkupkan kepala dengan shawl (kredit utk fatin: sb shawl dia..heheh) dan pejam mata selama beberapa minit. Tidak, tidak...semuanya tidak berjaya...bak kata fatin, ubat tu buat aku melayang. Aku percaya sb aku rasa aku tak mengandung, aku tak mabuk, akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...grrrrrrrrrrr
rrrrrrrrrrrrrr........bluuuuuuuuuuuuuurrrrr

jam 6.24 skrg...kepala aku masih pusing tapi tidak sehebat tadi. Eish, Dr X mmg nak pedajal aku..dia bagi aku ubat batuk dan selesema utk gajah agaknya.

Itulah coretan aku, pemabuk ubat...(masih di bawah pengaruh ubat ketika menaip)

kiranajoe: aku dapat rasa apa yang drug addict rasa bila ambik dadah...stone dan mmg layan! ko tak ngantuk, tak sakit, tapi fikiran ko melayang...eishh...JAUHI DADAH!

Thursday, December 3, 2009

HILANG KATA KUNCI

huhuhuhuh akhirnya berjaya masuk ke blog sendiri dengan jayanya..huisshhh, bersawang juga nampaknya blog ineh. Semuanya gara2 hilang password.huk! (kes sabotaj diri sendiri)

sila lihat post terakhir ----- sila maklum ye, sesi cuti2 malaysia tidak berjaya kerana kami suami isteri memanfaatkan cuti yg ada untuk keluarga tercinta. Itu lebih penting okeh..keluarga adalah segalanya, gitulah! hehehe

Sekarang aku agak sibuk...garu2 kepala, korek2 kuku, bli2 barang (untuk dijual dan kegunaan diri sendiri). Kalau nak tahu, aku dan sahabat, Aqidah Azizi berjaya melancarkan butik dalam talian kami yg pertama. Kalau rajin, sudi2 kan lah ke www.mychermin.blogspot.com

Buat permulaan, kami menjual baju2 dan aksesori yg ditargetkan untuk wanita yg suka bergaya macam kami (hahaha, yeke bergaya..? selalu saja hadir ke opis ngan muka yg tak siap, selalu juga dicop budak sekolah atau budak baru grad yg tengah carik kejer..hampeh betul. Heh!berani sungguh mereka nih, tak tahu ke aku ni dah ada anak satu...)

Apa lagi cerita yang nak dikongsi ye...? otak tengah berkarat sekarang sebab ada banyak kejer yg asyik tertanguh2 sehari demi sehari...sampai ketemu lagi ye...dadaaadaaaaaa ;p

kiranajoe : potong rambut tanda diri berserabut...hmmm, baru dua hari lepas pegi salun, sanggup tunggu hampir dua jam, berbaloi2...budak tu sungguh pandai memotong rambut...kalau nak cuba, boleh ke kedai rambut kat sec 7 shah alam..nama kedai tu lupa laa..tapi yg potong tu namanya ila,cantik orangnya, baik hati pula.

Thursday, November 5, 2009

CUTI2 MALAYSIA

Mahu bercuti..tapi di mana ye? Perancangan mahu ke tempat yang dekat2 ibukota saja sebab cuti yang sangat terhad, hanya 3 hari saja.
1. Genting Highlands - feeling2 winter sajer bersama encik suami...hikhikhik jalan2 meredah kabus sejuk sambil berpimpinan tangan..auuww..


2. Cameron Highlands - Damainya menghirup teh panas sambil menikmati pemandangan ladang teh yg menghijau..nyaman bukan? hmmm...
3. Pulau Pangkor - Wah, nyaman juga. Boleh snorkeling bersama encik suami..uhuk uhuk

(waaaahh, ini mmg syorga dunia...)

Jadi, keputusannya di mana ye? Mana yang sempat lah...mungkin di tempat yang dingin2 sebab skrg musim hujam kan..pantai2 atau sungai2 harus dijauhi..

Tuesday, November 3, 2009

BERKONGSI RASA

Banyak rasa hendak dikongsi, banyak cerita hendak dibual..banyak juga gambar baru hendak diupload tapi kecewa dek kerana masalah2 teknikal, semuanya terpaksa di peram begitu saja..

Cerita mengenai sahabat baik yang cekal memulakan bisnes membuatkan hati aku turut memberontak hendak berniaga semula..(dulu bisnes dalam bonet keter je.hikhikhik)...tapi kerana susah nak bagi full komitmen dan mmg dasar manusia yg suka wat kejer tangguh2 neh, akibatnya bisnes on and off..hehe

(kawan2 yg nak dapatkan tudung sebijik Ariani dgn harga yg jauh lebih murah, sila kunjungi blog beliau http://kipswit.blogspot.com/ ) ----> iklan percuma utk kawan2...

Dalam bulan ni, aku mmg sangat penat..entahlah, mungkin peralihan mode dari weekly ke daily membuatkan kerja menjadi berganda banyak dan assg malam pun menuntut waktu rehat sehinggakan dalam sebulan aku recall dua kali sabtu..meaning, dua minggu aku kejer 6 hari direct. fuhhh,nasib hubby jauh..

Bila penat, otak jadi sangat tepu dan diri menjadi seperti depressed...owhhh, i need my hubby. walaupun cukup sekadar berada di sebelah, bau pun dah boleh buat aku rasa tenang..wahhh, rahsia rumahtangga disebar di blog..sungguh tidak malu..hikhikhik

Tapi betul la. Sb aku pernah terbaca satu kajian yang menyatakan bahawa bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar tekanan bagi wanita selain membantu melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja 'diproses' daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh 'digoda' dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.

p/s: Betul kot kajian neh. Kalau tak percaya, boleh try suh hubby calit bau ketiak masam kala anda sedang depressed tanpa sebab... (tp girlpren boipren tuh, tak digalakkan la...batal air smyg beb!kalau nak buat jugak, dosa tanggung sendiri ye.)

Monday, October 19, 2009

JUMAAT NAN BERISI

Apa la post tajuk macam neh...alah, maksudnya hari Jumaat yang penuh dengan rancangan dan aktiviti la ye kawan-kawan..tapi sungguh, mmg Jumaat lepas hari yg seronottt. Lebih seronok dari raya. Sebabnya..

Jumaat lepas adik2ku, kak dan adik berkonvo secara berjemaah..hehehe gempak gak. Leh wat news aper, sorang dapat Diploma, sorang dapat Degree tapi kalau ada reporter intw pun, malu jugak la nak sebut CGPA..hehehe adoooo je dua2 orang..hehehe

Mereka gumbira..saya juga tumpang gumbira ;p

Dari kiri: Tok Pin, adik, kak dan Nek Nah

"Siapa yang bulat? Saya la tuh..heheheh


Selepas berhappening di UiTM Shah Alam, kami mamam sempena meraikan hari bersejarah adik dan kak di Qaseh Bonda (belakang Tesco Extra)..berkonvoi la tiga keter. Makcik tonah seperti selalu, akan tanya kat mana makan best, tapiiiiiiiiiiiiii kawan2...jgn bagi idea ye sebab kalau rasa makanan tempat yang direkomen tuh adoooo...jawabnya dia akan tolak pinggan sambil berkata..alah, makan macam neh sedap ke? hehehe mmg hancur luluh lah ati di atas kelazeran di luar sedar makcik tonah iteww.

Selepas sesi shooting di tasik shah alam..(aku ikut jela, sebab cik suami takde, so akulah jadi tukang ambik gambar alias tukang bikin kecoh) kami berkonvoi pula pulang ke Melaka...sebab malam tu adik sepupu, Azman nak bernikah la pulak..kawin orang Melaka beb, beradat beradun lah. Kami org Pantai Timur neh mana ada nak beradat sangat. Malam nikah, just akad je la...tp depa neh siap nak kena terang adat, ada pulak bersanding kecik, bunga api..nasib takde acara membalas pantun. Kalau tak, mak selaku juara pantun dunia neh la yg akan ke depan... ;p

Kenduri pun meriah sebab keluarga dari Terengganu datang berkonvoi sepuluh kereta dan dua van...petang lepas kenduri, mereka singgah la rumah den kat Bukit Katil nuh...fuhh!berpeluh beb...penuh rumah..tapi sangat meriah...plan asal kalau adik2 tak berkonvo Jumaat tuh, malam selepas nikah nak jugak berBBQ tapi malangnya aktiviti bakar membakar terpaksa ditunda ke lain tahun..mungkin masa adik2 aku kawin ke...

Sesi gelabah bakal pengantin...fuh! berpeluh, nak akad nikah
kena interview sampai sejam setengah beb..
Sesi interframe yg x sudah2...

Dan lagi...

Ops...yg baju putih tuh bukan pengantin ye..tu bapa sedara pengantin..
semua gara2 anak2 dara yg sibuk pilih baju sendiri sampai
terlupa bawak balik baju melayu abah...nasib ada sepasang kat umah melaka

Lebih meriah sebab kenduri keesokan harinya diserikan dengan aktiviti orang Melaka berjoget lambak...astagfurillah, mengucap panjang la pakcik2 janggut dari Terangganu..hahaha maklum la, orang kampung beb..nengok pulak yg bergelek Inul tuh penyanyi kelab hahahah haru laa...siap tonggek kat tong speaker sambil membuat aksi gelek..lucah..lucah..hahahah aper2 pun adat depa, kita nonton jela..yg makcik2 yg ikut bergelek walaupun 'tong' mereka bersaiz super duper luar biasa tu...biarlah..asal mereke gembire ye.
(harap maaf, gambar penyanyi goyang dangdut ngak ada ye..sebab kami semua terlopong meleleh2 air liur nengok awek tuh gerudi Inul..heheheh)

p/s: Best nyer kalau time adik2 aku berkenduri nanti dapat panggil orang main cak lempong...dulu masa kawin, mmg teringin tp disebabkan kesuntukan waktu, so semuanya tak terlaksana. huhuhuh

Saturday, October 3, 2009

3 NYAWA BARU LAHIR KE DUNIA

Sebaik saje kaki menekan pedal minyak utk ke tempat kejer (selepas lambat sejam ye anak2..hehe) aku terima satu mesej dari sahabat yg melahirkan kesyukuran selepas selamat menyambut kelahiran cahayamatanya yang pertama...

SEJUTA TAHNIAH untuk Kak Pah dan suami...comel sungguh hero awak ye...Syoknya, baby neh dah ada nama sejak dalam perut lagi...kata daddynya ari tuh, Muhammad Iman Dhani ye wak..? lebih kurang macam tu laa..tahniah, moga sihat selalu, jadi anak yg baik dan beriman. InsyaAllah...

Sampai saja ke ofis, mak buyung yg bernama Kak Tim (hehehe jgn marah ye ktim) datang bagi khabar gembira...katanya Shima Court dah selamat bersalin awal pagi tadi..juga boy. Tak silap aku, Shima due pada raya hari tu tp disebabkan takde bukaan, so takleh la baby tu keluar. Rupa2nya, baby tu sayang nak meninggalkan perut ibunya yg selesa dan nyaman itu..dalam sana dia membesar bak johan...4.1 kg u olss...fuhh, berpeluh aku dgr..

Pegi assg, Kak Anis pulak bagitau..Serimah pun dah bersalin jugak..pun baby boy. Padahal semalam baru aku tgk dia kat opis, melepak dan sempat menegur masa aku nak pi assg...subhanallah...nasib baik u tak terberanak di opis u...Tahniah juga utk Kak Ser n Azhar :)

p/s: Gembira untuk kawan2...masing2 bertukar status. Wahai ibu sekalian, doakan aku dapat pengganti Muhammad cepat2 ye...

Monday, September 28, 2009

RAYA SAKAN DI GURUN-BUKIT BUNGA-BATU RAKIT

Puas raya tahun ni..selepas empat hari di kampung encik suami di Gurun, kami berkonvoi pula bersama keluarga mentua dan kakak ipar ke rumah nenek aku di Bukit Bunga, Tanah Merah. Saja la nak kenalkan en suami kepada kaum keluarga di kampung. Maklum saja, tahun ni kan tahun pertama kami beraya bersama.

Di Gurun, suasana raya agak terasa dan terisi dengan sesi kunjung mengunjung. Sebut saja rumah sedara mana, hampir semua adik beradik belah mak mentua dan pak mentua kami jengah..nasi daging menjadi juadah utama bagi keluarga belah suami selain ketupat daun palas.

Lain plak di Kelantan, mak aku ada adik sorang je. Nenek yg tua pula duk bersama bapak sedara, so kami jarang berjalan sb cucu cicit pasti datang menjengah nenek membuatkan kami tak menang tangan menbancuh air, mengisi balang raya dan membasuh pinggan mangkuk. Tapi tahun neh, semua tugas aku pass pada anak2 dara yang tak kawin lagi..ushhh, seronoknyerr..

Dua hari di Kelantan, kami maju ke Terengganu pula sb Jumaat tu adik sepupu yang muda remaja (baru 20 tahun), berkahwin..di situ encik suami berkenalan dengan keluarga belah abah. Tapi dia banyak diam sebab katanya bahasa Terengganu susah nak faham (Katanya, laju la tak faham langsung) hehehe kesian dia.

Petangnya, selepas singgah di kubur moyang, encik suami tidak sabar2 nak mandi laut. Biasa la, kampung abah tepi pantai, mana tahan beb tgk laut membiru, tenang pulak tu...tak sama macam PD..hehehe Balik umah, tukar uniform, lantas kami empat beradik (termasuk suami) bersama si genit, Abg Long dan adiknya, Nadirah terjun laut beramai2..fuhh, best wooo... :)

Petang Sabtu, barulah bertolak balik ke S.Alam. Tapi tragedi, kete aku plak takleh start. Batt kong, aiihhh, si dugong sekor tuh mmg 'sakit jiwa' buat aku tensen...agaknya seminggu ditinggalkan, ada budak pasang mercun atau ada kilat buatkan alarm keter berbunyi sampai kong batt. ampeh betul..kena la RM170 tukar batt baru...huhuhuhuh

p/s: Kesimpulannya, aku tengah sengkek neh lepas pulang beraya keliling mesia...hehehehe

Thursday, September 10, 2009

KEPUTUSANNYA ADALAH...

Berbaloi ke gaduh sebab nak balik kampung? Aku tak tahu tapi ia memang wujud dan mereka yang pertama kali beraya sebagai suami isteri pastinya akan melalui fasa perang itu...masing2 lancar roket, tembak bertalu2 sekali2 lempar bom sembunyi tangan (ada ke peribahasa ni?)

Tapi aku benci manusia yang penting diri...dan aku cuba akan cuba sedaya upaya untuk tidak menjadi seperti itu juga.

Jadi keputusannya : Tahun ni kami balik beraya di Gurun, Kedah.

Jadi yang kedua : Saper2 nak konvoi, jomlah...kami mungkin akan bertolak pulang pada malam Jumaat sb suami mahu berbuka dengan keluarga.

Jadi yang ketiga : Tahun ni tahun kedua aku tidak pulang ke kampung halaman berjumpa sanak saudara? (tapi takpe, suami cakap yang paling penting ibu bapa. Memandangkan aku tinggal dgn bapa dan ibu aku yg di Melaka juga sering datang ke sini..raya kali ni dia punya kecuali ibu bapa tinggal jauh dari aku, jadi raya itu aku punya..hmm...pasrah)

Jadi yang keempat : Sanak saudara di kampung, tolong ye...jgn rindu aku. Biarkan aku saja yang rindu kamu orang semua..hehehe

Jadi yang kelima : Selamat Hari Raya Ampun Maaf Zahir dan Batin...berhati-hati di jalanraya ye...

p/s: Kamu orang semua sudah ada baju raya? Tema aper ye? Tahun ni aku nak berbaju kurung moden warna biru firus...mahu sedondon dengan suami, itu pun kalau dia setuju dan tidak penting diri..hmm..

Wednesday, September 2, 2009

KAU KESAYANGANKU

Yang, nanti kalau baby keluar kamu nak taruk nama apa?

Letak Muhammad jelaa..senang..

Tanak...ada plak Muhammad je. Muhammad Aqif Firdhaus ok tak?

Ok jugak...tapi nantila, lambat lagi nak keluar.

11 Ogos 2009 jam 2.30am
Dengan kuasa Allah...Bayi yang kami tunggu-tunggu lahir ke dunia tapi sayang dia sudah tidak bernyawa lagi. Usia yang baru menginjak angka 5 bulan dalam kandungan menyebabkan dia tidak mampu bertahan.

Akhirnya bayi itu kami namakan Muhammad bin Junaizad. Apa yang diinginkan papanya benar2 menjadi kenyataan. Al Fatihah untuk anakku Muhammad. Mama dan papa benar2 ingin menatap wajah Muhammad tapi kami tidak mampu...

Aku redha, aku pasrah tapi aku rindu dia...dia insan kesayanganku.

p/s: Saat itu aku menangis..bukan kerana kesakitan tapi sedih terpaksa melahirkan dia ke dunia sebelum waktunya.

Thursday, August 6, 2009

KATZ ~ MIAUUU

KUCING...kesayangan ramai orang. Bagi peminat 'berani mati' kucing, gelagat si manja neh mmg mampu jadi penawar duka. Macam aku dan adik yg bongsu, mmg giler suka kucing. Masa tinggal di Kelantan, aku pernah bela berbelas ekor kucing.

Sampaikan hari pindah ke Melaka (waktu tu umur aku 14 tahun) aku sanggup bawak seekor kucing kesayangan yg aku gelar 'mak miau' berkereta bersama-sama merentas perjalanan beratus batu jauhnya. Bila pk balik, mmg rasa sayang pada 'mak miau' buat aku lupa segala...sanggup riba dia dalam kereta dan bila dia mahu Poopoo..ku tadah dgn tisu ye..huhuhuhu sungguh tidak senonoh manusia bernama angah neh..

Pernah juga masa sekolah rendah, disebabkan abahku selalu berpindah randah..aku tertinggal kucing semasa sibuk berpindah. Bukan tertinggal pun tapi masa orang ramai2 angkat barang, dia gi jalan2..maklumlah kucing kampung. Suka la merayap. Malam tu jugak, ku menangis mintak abah pegi rumah lama ambik kucing aku..hehehe dalam kereta, air mata meleleh2..sedih la kunun! hehehe

Bila usia meningkat, lepas SPM aku ke U. Masa tu bela dua ekor kucing malas (Parsi), si Oren dan Manja..sb takde yg ambil tahu, dia terpaksa duk sereban dgn ayam serama abah. Huhuhuh sadis bukan kami neh. Sehingga la akhir hayat, mungkin sb jangkitan penyakit kuku dan mulut ke apa, depa mati selang sebulan...kesian, sejak dari tu, aku tak bela kucing lagi sb tak sanggup nak dera depa kalau2 takde masa nak membelai, membelek, mengutu dan memandi mereka...berdosa kan?

So, yg jadi mangsa aku dan adik skrg adalah kucing2 jiran yg rajin datang ke rumah sebab kami rajin umpan makan..stok Friskies mmg aku ada walaupun tak bela kucing..hehehe cadangnya bila dah pindah rumah bawah (dulu duk umah tinggi), aku n adik nak bela kucing sendiri tapi sb dah lama takde kucing, aku macam tak confident plak. Mampu ke aku jaga kucing? Kalau aku pi kejer, kucing tu nak lepas ke nak letak dalam sangkar? Cadangnya nak bela kucing biasa je sb kucing cantik neh banyak ragam...so jawapannya, nanti dulu..kumpul kekuatan secukupnya dan tunggu adik aku meroyan mintak pi carik kucing, baru kami bela.

Kucing orang belakang rumah Melaka
Kiranajoe : Kucing samer kaler karpet kat rumah S.Alam rakan terbaru aku..comey sangat wooo...suka nyelit bawah ketiak...hehehe tp kucing orang jugak, datang umah carik makan jer.

ABAH MERAJUK

Tidaaaakkk...abah merajuk! Tak sangka pulak sbkan terlupa wish birthday abah (bukan aku sorang ye, semua adik2 termasuk ma sendiri lupa birthday abah)...tok pin merajuk, langsung membuat muka ye kawan2...hehehe dah tua dah abah rupanya, sensitif amat.


Jadi, bagi menebus kesalahan, aku sebagai kakak yg tua cuba membuat plan last minute iaitu membelikan abah hadiah yg juga idea last minute...owhhh, tobat..tahun depan kena hantarkan bunga dan kek kat opis abah, bagi dia besar hati sket ngan anak2 perempuan dia neh...huhuhuh


Hasilnya adalah dua kotak tool box dari Ikea menjadi pemberian paling ikhlas dari kami semua lambang kami faham jiwa abah yg suka ngan hardware. Asalnya nak belikan tangga, tp rumah Melaka dah ada tangga...nak beli Botch tu macam tak sempat nak recce. So, hasilnya adalah tool box saja...


Abah&Ma suka simpan kad ucapan dari anak2...



Selamat Ulangtahun yang ke 52 Tok Pin.

Abah tanya, nak wat aper neh? Sepit telinga Angah? HoHohohooo..We Luv u dad!

Thursday, July 23, 2009

NYAMUK BAWAH MEJA

Eiii, tensen...aku ingat alahan kulit, gatal2 kaki...rupanya bawah meja opis neh ader nyamuk. Kena tepuk mati, aku angkat tgk..nyamuk muda! Patut pun dia nyer gigitan, mak ai gatai semacam...

Tapi nape nyamuk yg muda tuh dia nyer gigit pedih n gatal semacam ek?

kiranajoe: mata mengantuk pun jadi terang lepas berperang ngan nyamuk muda..cisss!

Thursday, July 16, 2009

PERISTIWA 5 JULAI

ORANG BARU
Walaupun agak terlambat tp aku nak juga wat special entry utk my best friend (Nur Aqidah Azizi @ Kid) yg selamat menyambut sepasang kembar lelakinya pada 5 Julai 2009 tepat jam 8.50 malam di Hospital Putrajaya...dah nak masuk dua minggu dah pun.

Berkesempatan la melawat selepas tiga hari baby boy yg dari dalam perut katanya seiras tp terkejut aku bila pi tgk, sorang besar sorang kecil, sorang putih sorang gelap..hehehe neneknya panggil sorang Arab, sorang Jepun...sorg muka macam Kido n sorang muka Ifwan. Tp yg pasti..mmg tersangat2 cute...(gambar takleh nak upload ye, mama n papa nya tak mau publish lagi).

4D dlm perut mmg si chubby tu kuar2 je tembam, yg sebelah lagi tu mmg kuar2 je camera shy...true story..hehehe

Namanya dah ada...Mohd Irfan Altamis dan Mohd Irsyad Altamis bin Mohd Ifwan.
Tgkkan keadaan kawan aku yg baru 1st time beranak tu (potong perut ye..), ngeri plak...tp dia duk berjalan je. katanya nak bagi luka cepat sembuh...huhuhuh ngeri sb perut pun tak kempis2, mcm preggy 9 bulan gak.

Kid mula2 nak cerita yg baik2 jer pasal bersalin..katanya ikut pengalaman dia la, semua org boleh tanggung sakit bersalin..normal or bedah...lama2 aku duk umah dia, banyak plak citer ngeri..hahaha aper2 jela kido..aku mmg takleh nak bayangkan skrg neh, aku tggu je masa aku bulan 12 nanti..hehehe gerun woooo...

RUMAH BARU
Nak jadi cerita, hari yg sama kawan aku sibuk nak beranak, aku pun senak perut sampai nak terberanak jugak. Kisahnya, ari tu aku pindah umah...dari Padang Jawa ke Alam Budiman...dkt sket ngan rumah sendiri n tak perlu nak panjat2 tangga la..mmg penat takleh nak cakap la, bila hari2 berulang dari Bangsar ke Padang Jawa, Shah Alam...pastu nak kena pulak panjat tangga tingkat empat...mmg semput tersangat2 la semput...

Dah lama survey Alam Budiman neh, sejak belum kawin. Kejiranan OK, walaupun kawasan baru tp persatuan penduduk aktif, kawasan pun ramai Melayu..Surau pun mmg berkumandang azan tiap masuk waktu..nak kata jauh sangat, tak kot sebab dah terbiasa berulang jauh..




Brick merah, nampak klasik kan..hehehe

Yang paling penting, rumah baru neh luas lagi laaa. Boleh tambah byk barang untuk tambah semak rumah...hehehe tggu ibu ratu dtg la. Dgrnya dah macam2 plan nak buat, antaranya nak penuhkan rumah dgn perabot Jati..omg!no mum..pls dont...ku pk nak wat simple je, Moden Inggeris yg ala2 je..tp apo nak di kato...just wait n see jela...

Kiranajoe: Tahniah kid&ifwan, moga dgn kehadiran Irfan&Irsyad, idup korang bertambah berkat, dimurahkan rezeki dan bahagia ke akhir hayat...amin

Thursday, July 2, 2009

BILA BULAN MENGAMBANG


Nak kata bulan mengambang, haram aku tak nampak sb jarum jam menunjukkan pukul 9.20pm, aku masih lagi di opis..kejer giler neh! Kalau aku bukak bisnes, lanjut operasi sampai dkt2 shopping complex nak tutup macam neh, genap tiga tahun mmg boleh beli tanah tepi pantai laa beb...kaya. Tp kaedahnya, tu kalau aku bukak bisnes. Kalau aku kejer ngan orang macam skrg ni (dalam bahasa mudahnya aku adalah kuli) saper yg kaya??huh! haram, org lain la yg kaya.

Tapi takpela, dah ni minat aku..walaupun aku duk BM neh banyak mengarut daripada wat kejer tp aku enjoy. Cuma kemalasan yg melampau membuatkan kejer aku tak produktif...aku benci jadi aku yg skrg...pemalasssss!
So, bermula dari esok, aku akan berubah jadi rajin..ehh, minggu depan laa.hehehe esok awal sangat..aku kena bakar semangat dulu dgn upacara tido secukupnya, baring2, golek2 sambil baca magazine. hahaha tengok, nak berubah pun ambil masa...mampu ke aku..? huhuhuhuh
Hampir kul 10pm..hai, bila la page nak siap neh..dah puas aku mengarut, jenuh aku tongkat dagu (orang bagi OT free pun tak bersyukur..hehehe alhamdulillah...) Sebenarnya aku duk menelan liur terbayangkan keenakan mangga bawah meja neh, aku beli kat pasar malam putra ria ptg tadi...lama tak rasa manis2 sedap isi mangga. Tiap malam belasah epal ijau, bosan dah..
kiranajoe : mau cicah mangga dgn kicap manis...yummy..

Wednesday, July 1, 2009

KERETA OH KERETA

Sedihnya aku mengenangkan penyakit 'gila meroyan' kereta kesayanganku hari neh..baru bulan lepas dah beribu abis untuk servis dan tukar getah driving sharf ke apa tah. yg kat tayar tu, boleh hancur..bayangkanlah, kalau aku jalan jauh2, kalau menatang tu hangus tak ke tercabut tayar...hahaha ye ke..?

Dua tiga hari lepas dia meroyan lagi. minggu sebelum tu bulp depan tu terbakar, pi tukar abis la RM25. Sekali apa masalah aku tak tau, menyala pulak signal kat dashboard (lampu penanda air/cooland kering ngan seatbelt yg tak padam walaupun aku pakai seatbelt). Ampeh tul, antara dua sama ada ia berkaitan dengan sensor atau fius problem...

Balik assg kat puncak niaga, aku pun singgah la nss kia service kat Glenmarie tuh. Mintak diorang check aper masalah..hmm, ku pikir tak abis la seratus..sekali dia punya masalah sampai penuh kertas mekanik tuh! ampeh...disk brake, getah disk brake, driving sharf pecah, leaking kat gear box, minyak Atf kotor la..tp yg besh, untuk solve problem leaking tu aku kena tukar gear box!!!! wohhoooo...wang besar! wang besar!

Aku call bapak aku, dia macam tak percaya. sekali dia turun tengok sendiri. mekanik tu bukak tayar semua, mmg driving sharf tu pecah. Minyak hitam plak meruap, leaking kat enjin. Kena angkat enjin, tiga hari masuk bengkel untuk fix semua tuh.Patut pun laki aku tanya naper minyak itam cepat turun walau dah tambah dua tiga hari lepas. Terus bapak aku cakap, kalau estimate utk betulkan neh, baik tukar keter baru je...aku pening...aku pening...

Keter neh macam tau2 jer ramai orang suh tukar. Aku walaupun rasa keter tu kecik tp aku sangat selesa guna dia, aku senang dgn keselesaan yg dia bagi pada aku sehingga hari ni..tp part paling tak syok, kereta dugong aku tu mmg betul2 telan duit wooo...dia nyer spare part bukan sembarangan. Semuanya mahal2, pulak tu dia selalu rosak yg pelik2.

Kalau ikut sejarah, keter dugung first batch yg ambil alih dari ma aku berusia 5 tahun tu mmg banyak masalah sejak dulu. Maklum saja la, buatan Korea, tak setanding Jepun la buatannya. Mula2 banyak berkaitan dengan tayar n stereng la. Skrg neh dah merebak ke enjin...aiiii, aku tukar keter kang..naya je ko dugong!

Aku pk lepas bersalin n laki aku dah stabil, baru nak tukar keter. Then kitorang pun rancang tanah jual dugong tuh..jadi keter pertama yg boleh dilenjan utk pi pasar. hahah gitew lahh..skali dia punya meroyan buat aku nak sumpah dia jadi BMW...heiii, geram..geram...terbang seribu lagi la jawabnya ari neh...ampeh!!! :(

Tuesday, June 30, 2009

MUSIBAH MELANDA

Hujung minggu lalu, aku ke Kuantan bersama suami dan kawan2nya menziarah rakan yang dilanda musibah. Kemalangan jalan raya akibat kecuaian mat rempit menyebabkan Black mengalami kecacatan kekal dan sehingga hari ini masih di ICU.

Sempit jantung aku tgkkan rupa Black, terlantar dengan mata kanan yang sudah dikorek keluar sb saraf rosak, tempurung kepala hancur, batang hidung, tulang pipi dan tulang atas mulut yg remuk sama sekali..semuanya sebab melayang sebelum mendarat betul2 pada pasu bunga besar, penghias jalan di bandar Kuantan.

Bila tengokkan kesedihan mak ayah Black bila suami aku bagi jersey rugby yg patutnya jadi milik Black, bapa dan maknya terus sebak dan menitiskan air mata. Bagi meringankan beban keluarga, kutipan wang dari rakan2 yang menziarah melebihi RM500 dirasakan dapat meringankan beban keluarga Black selain jadi bukti hbgn team rugby Micet yang rapat mcm adik beradik..

Aku jadi pemerhati saja sambil2 melayan ibu Black bercerita mengenai anak sulung yg menjadi harapan keluarga...Tapi dalam diam, aku pun pendam rasa mengenangkan keadaan kami sekeluarga lima tahun sudah sewaktu menerima berita kematian satu-satunya abang aku selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Moga keluarga Black tabah menghadapi dugaan dari Allah dan moga Black terus bertahan dan kuat melawan kesakitan..Al-Fatihah utk Allahyarham Muhammad Firdhaus Aripin. Moga rohnya aman di sana..amin.

Saturday, June 27, 2009

SESI MALAS BELUM TAMAT

:sigh: aku skrg berada di minggu ke 15, kenapa aku malas lagi? patutnya bila nak masuk ke trimester kedua, perasaan malas sudah hilang...tp lebih teruk bila skrg ni, aku tak larat nak angkat kaki! serius, bukan manja mengada2 ye tp bila aku bjalan, tulang paha aku rasa berat ya amat...macam 5 kilo sebelah, dua belah jadi 10 kilo. kepala plak tiap waktu jadi pusing, lagi hebat dari trimester 1.

percaya atau tidak, utk senangkan ati ibu yg mahu ke jalan tar membeli kain untuk dibuat baju raya dan adik yg mahu membeli bedak mukanya di MV menyebabkan aku berjalan seret kaki...yes!aku seret kaki ye kawan2...huhuhuh sengalnya sampai ke tulang punggung!

sangat kontra dengan diri aku yg mmg kaki berjalan semasa anak daranya dulu..owh, kembalikan diri aku yg dulu...tp rasanya jadi yg macam skrg pun ok jg, duit gaji tak abis utk tujuan sia2..hehehhe

tp magisnya, aku senang masuk ke dapur...lalalala, boleh di katakan setiap malam aku akan masak sakan utk hidangan makan malam...walaupun hidangannya simple tp lengkap kuah, lauk, ulam dan buah2an sbg pembasuh mulut...yummy! mgkn babyku perempuan...? aku terima dgn hati terbuka, janji babyku sihat dan sempurna...

(smlm teman adik ke MV, sempat kami ke FOS, membeli baju baby old navy yg reject2 bertulisan yg cute2...RM10/piece tp ada less lagi jadi 2 helai = RM15 saja...tunjuk pd daddy, tersengih2 dia sambil leka membelek baju yg tertulis daddy's lil pumpkin...comey bukan daddy? ;p dan dia juga sudah berkira2 nak carikan sneakers nike utk si kecilnya nanti...

owhhh...dah kul 1.09ptg...aku ada assg jam 2.30 di sg buloh tp ada fu, aku belek2 tp aku tak buat! heheh sb, malas dan aku tau fu tu takkan guna sb dah berminggu aku kejer sabtu, haram story tak muat sb takde value dan page limit...so, sorry bos...staf mu ini sangat malas, tp fahamilah aku yg mmg berazam utk jadi lebih rajin dan rajin selepas ini...hehehe

kiranajoe: hey malas, nyah kau dari hidupku...

Friday, June 19, 2009

TAG KAK BEN

Sorry ye kak ben, lambat lunas utang tag. Mandangkan ari neh ramai yg takde kat opis, i layan la blues sambil menjawab tag u..

1.Apa Perasaan Anda Sekarang? Perasaan tidak selesa dengan diri sendiri. Sb semua seluar dah ketat, baju pun dah mengikut bentuk2 yg tidak sepatutnya ditunjuk pd khalayak...mau pujuk cik hubby membeli baju baru tp saiz S utk ibu mengandung belum fit dgn body i...haduhhh, aku dalam saiz serba salah skrg neh...

2.Saya nak makan...macam2, tp tekak rasa loaya, perut plak rasa mengah...buekkk!

3. Saya tak suka...situasi skrg neh...asyik rasa nak terkucil je...aduh!

4.Impian saya? Nak buka nursery laa tp modal dan kekuatan belum mantopp!

5.Haiwan yang saya tak suka? Aper erk? Kelkatu kot sb bau busuk pastu bangun pagi kena sapu...lagi satu ulat kumbang yg besar terbang kat lampu tuh, sb dia weng pastu selalu salah landing masuk dalam baju...eiii...tensen.

6.Saya harapkan...saya berpeluang membalas jasa ma dan abah, mampu memberikan yg terbaik utk keluarga, suami dan anak2..

7.Jika boleh putarkan masa? Saya nak cakap dgn arwah abg saya sblm dia meninggal...nak bagitau dia, jangan pegi dulu...sb kitorang betul2 perlukan Long. mcm2 citer nak kongsi dengan dia. Nak bagitau dia, saya dah kawin dan dia pun nak dapat anak buah dah...tapi takdir Allah, siapa mampu nak tahan..moga dia tenang di sana.

8.Saya pada 10 tahun akan datang? Punyai bisnes yg mantap, anak2 yang baik dan keluarga yang bahagia.

9.Handphone saya adalah sebuah? HP yg dibeli cik hubby setelah dia bosan dgn tepon Nokia daun saya yg dibeli abah sbg adiah besday masa saya tahun akhir di uitm (3 tahun guna hp tu). HP daun tuh memory kecil pastu inbox plak ada 2-3 ribu msg yg tak delete, so hang laa...heheheh

10.Saya pernah bercinta sebanyak? hehehe banyak kot..jap i kira, dalam tujuh kali kot..dua kali i rujuk dgn ex-bf yg pertama dan kedua, jadi sembilan kali ke?hehehe bercinta sekadar mengisi masa lapang..

11.Saya suka pada...aktiviti lasak, mendaki gunung, berkayak..tp dah lama sangat tak buat sb takde geng, semuanya dipendam tapi janji hubby nak bawak panjat Gunung Kinabalu sebagai hadiah perkahwinan masih membara walapun terpaksa ditangguh gara2 terbunting pelamin...hahaha

12.Kawan-kawan..tak ramai sangat, ada berapa kerat je sb i mmg tak reti bergaul. Yg kekal rapat sampai skrg adalah kawan baik sejak form 2 dan sorang teman serumah masa u.

13.Pernah dikhianati? Pernah. Oleh 'cinta pertama' yg dikenali di bangku sekolah, bertemu semula selepas masuk u. Berani dia mengaku bujang tapi sebenarnya dah bergelar suami orang dan punyai dua anak kecil. Ceishhh!

14.Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? Doakan dia bahagia dengan isteri dan moga anak perempuan dia tak jadi mangsa lelaki berhidung belang mcm papanya.

15.Kawan-kawan yang patut menerima tag ini: beaderis.

Thursday, May 21, 2009

SI BUNCIT YG MALAS

haaa...baca tajuk tu then rujuk pada pemilik blog ini...aku laa tuuuu...adusshhh, aku tak tau la naper aku malas sangat neh. aku tersangat risau, ramai org cakap jgn malas2 nanti efek baby..ra rabbi..bukan aku sengaja, aku cuba lawan tapi sehari jer bertahan...

malas bukan kepalang...minum susu malas, makan vitamin utk baby malas, baca Quran malas, kejer malas..makan ngan tido je aku rajin, lagi satu muntah pun rajin...sb bila perut penuh, nak isi tak muat, so muntahkan lah jalan terbaik...

yg lagi best, kenduri belah Kedah 6.6.09 neh...aku takde baju lagi..huwaaaaa..kalau shopping complex pun aku malas nak singgah, apatah lagi nak singgah butik pengantin...ala omak, tolong la anakmu ini...malasnya tidak terkira...

Saturday, May 16, 2009

AKTIVITI MASAK MEMASAK

Demi untuk memujuk hati cik hubby yg selalu merajuk dan sensitif amat kerana kesibukan cik isteri dan ketidakpedulian cik isteri terhadap cik hubby...aku menahan sakit kepala dan rasa malas dengan melayan selera dia..paling istimewa, semuanya hasil air tangan aku..hahaha kelakar sungguh, manakan tidak..dulu aku sangat malas memasak. tapi untuk suami, aku kena rajin2kan diri...

alhamdulillah, berkat asuhan mak cik tonah (ma aku laaa..), walaupun sangat jarang aku masak tapi kerna terpaksa (hehe), hidangan ketam masak sambal tomyam diberi markah A oleh cik hubby...hehehe dia pun sangat pelik tgk masakan tu. dia ingat aku main2, walaupun tak lengkap bahan..tapi rasanya ok laa...sorry ye, gambar tak ambik...lupo.lein kali aku masak lagi..aku ambik gambar...
semalam aku rajinkan diri lagi utk sediakan dinner yg simple tp jarang la dia makan...sebabnya dia org kedah, aku org kelantan. hidangan simple sangat...sup sayur campur segala pucuk dan suun..gandingkan bersama ikan selar kuning salut tepung, lawan budu dan kacang botol..agak tak sedondon la hidangan tu tapi dia ratah ikan sakan. katanya ikan tu rangup, makan sampai rasa ralit...hehehe

petang ni ada hajat nak memasak lagi...mungkin wat kuih lompat tikam sb tepung pulut semalam masih berbaki...bagi ajar cik hubby kenal kuih kelantan...seingat aku, zaman aku muda remaja dulu ma selalu buat, tp sejak belajar dan kejer..semua tu senang dapat kat pasar ramadhan atau pasar malam.

lompat tikam neh asasnya tepung pulut dicampur dgn pati daun pandan utk dapatkan warna hijaunya, yg putih tuh santan campur sket tepung pulut, yg merah tu pulut..di makan dgn air gula melaka...


tapi makan malam tak tau nak wat aper...kelmarin dah bersantan, smlm sup air, hari neh wat stim ikan la pulak...ok dak? goreng chap chai..wat paprik..yum yum tapi aku tak boleh menikmati rasa mknn...huhuhuh ruginya

Friday, May 15, 2009

BABY KUMON

hahaha..edit balik post..dua hari cuba send post neh tapi tertangguh dek kerana kesibukan yg dibuat2..hehehe

kisahnya, nak citer mengenai baby aku yg digelar baby kumon oleh cik hubby...geli hati betul, dari zaman berkawan sampai bercinta dan berkahwin, dia mmg pakar bab2 mereka nama2 mengarut.

entah macamana, dua hari lepas masa nak gi wat antenatal check up, kami duk dalam keter depan klinik sambil dia melayan aku yg tengah muntah sakan..dia teringat 1st time kami wat scan utk tahu umur baby...dia tgk kantung baby tu bulat macam buah oren..katanya apa kata kita panggil baby neh baby orange, aku cakap tak boleh sb kid dah gelarkan twin dia lemon&orange...so, oklah..dia borak2 lagi. skali idea mengarut dia datang lagi sb aku cakap perut dia macam kuman dia panggil aku kumin...pastu dia tunjuk perut aku, yg neh baby kumon...hehehe kiut pulak nama tu...so, melekat la nama baby kumon...

skrg perut yg agak membulat dua tiga minggu lepas dah kempis..sangat sedih tgk perut yg kempis neh...sbnya selera makan aku dah mulai tumpul, segala isi perut tak sempat nak hadam..semua akan keluar hanya selepas 5 minit masuk ke perut...sungguh syahdu dan sedih tapi apa nak buat, terima la dgn hati terbuka...aku harap, lepas 3 bulan selera tu terbuka balik sb aku tak tahan kl tak makan...lapar.

lagipun doc cakap aku ada gastrik dan tekanan darah rendah...gastrik mmg tak penah aku dapat sebelum mengandung cuma darah rendah tu penah la...dari zaman anak dara aku selalu pitam sampaikan terjelepuk kat tepi tong sampah depan jamban zaman diploma dulu...hehehe penah juga tergoleh jatuh tangga kat rumah lepas bangun tido...hehehe terkejut beruk mak den masa tu...di tuam2 paler aku, aku pulak wat pejam sebab malu la beb jatuh tangga..ngengenge

kiranajoe: i'm a preggie women, my baby kumon is now 8 weeks 6 days old...half of my finger size and his heart beat is very fast.. :p

Wednesday, May 13, 2009

MERAJUK KE?

Lamanya tak menjenguk blog sendiri. khabar gembira selepas berkahwin dua bulan lepas...aku sedang membawa perut yg berusia 7 minggu. sblm ni just check guna pregnancy test tu je, then takleh agak umurnya berapa sb aku ni ada masalah dgn period yang tidak teratur..

mmg teringin nak wat scan. siap dah wat appointment utk wat scan and antenatal checkup tp ma n my mentua tak bagi, katanya takut effect fetus yg baru nak berkembang. tapi last week selepas baca banyak artikel n buku mengenai pregnancy, katanya ultra sound tak effect baby bukan macam x-ray yg tidak dibenarkan sama sekali utk ibu mengandung...so aku n hubby nekad pi carik klinik utk wat ultra sound.

ahad lepas, kami pusing2 satu shah alam carik klinik yg ada ultra sound..selepas hampir berputus asa.kami jumpa satu klinik kat sec 7 yg ada servis utk ibu mengandung termasuk scanning..1st time tgk ada heart beat baby in my tummy, i'm shock so do my hubby. sangat kecik, sizenya pun 9.7 mm...tak sampai 1 cm pun..hehehee tp heart beatnya sangat laju. and doc said, he's still young..about 7 weeks 2 days old. hehehe bersyukur sb doc cakap 'tiny thing' in my tummy look healthy and normal...tapi utk dapat precise result, aku kena datang check up selepas kandungan mencecah 8 minggu. lepas tu kena wat antenatal checkup termasuk ambil darah, check berat dan segalanya lah.



hehehe macam tak percaya aku akan jadi ibu...ngengenge

skrg..aku sedang menghadapi my first trimester ini dengan sabarnya..aku sangatttt banyak makan then aku teringin nak makan macam2 benda. so far takde la mngidam benda pelik, cuma nak something yg pedas supaya tak mual. tapi aku akan muntah bila makanan penuh di tekak. awal dulu takde la teruk tapi skrg kalau aku tak muntahkan makanan tu, aku akan takde mood utk bangun dan wat aper sajer.morning sickness takde tapi semuanya akan bermula petang hari..kepala pening 24 jam tapi tambah berat bila hari gelap...

yg kesian adalah suami aku, sb aku tak boleh bau nafas dia!!!hohohohoh sampaikan dia kecik ati dan merajuk sb aku tido membelakangkan dia...aku dah mintak maaf n cakap tu semua sb pregnant tapi dia macam tak boleh terima...mmg betul sb sblm ni semuanya ok je.peliknya nafas dari hidung ye aku takleh bau, dari mulut ok je..kesian dia, tapi kesian lagi aku sb bau itu tersangt keras dan tajam dan busuk dan menusuk lubang idung aku...huhuhuhuh sorry hubby!

dan semalam...suami aku merajuk panjang lagi sebabnya gara2 takleh bau nafas dari hidung dan sb lepas aku balik je kejer, aku makan nasik dan pengsan terus (tidor). dia nak ajak aku keluar malam, lepak2 kopitiam tapi aku takleh bukak mata lgsg..bukan sb mengantuk sangat ye tapi sb pening, so aku kena pejam mata dan biarkan diri tertido..lebih haru sb hari ni birthday dia dan tengah malam tadi aku tak wish dia pun..hehehe aku lupa. tu yg buat dia merajuk sampai pagi..sorry lagi hubby...banyak nyer dosa aku neh..hehehe skrg jam 1pm..aku tak wish dia lagi sb aku berangan nak wat surprise, ajak dia dinner malam neh...so, kawan2 doakan kepala aku tak weng ye malam neh..so that aku dapat berjaga sehingga tengah malam utk dinner ngan my hubby!



to my hubby, junaizad jamil..happy birthday and i love u soooo much...harap kamu punyai banyak stok sabar dalam simpanan utk bekalan sepanjang 7 bulan akan datang!

kiranajoe: present apa yg sesuai utk hubby ek?

Friday, March 20, 2009

TANGGAL 14.3.09

HARI bahagia kiranajoe bergelar isteri kepada encik suami, joekirana. Hati berbunga bahagia, di wajah terpancar sinar. Janji terpateri, moga ikatan suci kekal abadi hingga hujung nyawa...

MENARI DI AWAN BIRU

kerja kawin sudah selepas...genap seminggu aku bergelar isteri kepada en suami tercinta, Junaizad Jamil...rasa macam tak percaya. Tak percaya sebab semuanya macam sekelip mata tapi kehidupan selepas bergelar isteri sungguh indah, kelakar pun ada.

Paling syok bila hidup biasa sorang, tiba2 jadi berdua. Hari pertama selepas bergelar suami isteri agak simple. banyak urusan berjumpa family belah mentua yg nak berangkat balik ke Kedah. Tgh malam tuh kami ke Uptown Shah Alam, jalan2 cari makan. Hampir jam dua pagi baru nampak jalan ke rumah...belasah tidur sampai kul10.

Hari kedua hidup bersuami isteri, bangun pagi aku basuh sarung bantal sebab en suami neh tido wat peta...sayang sarung bantal renda2 tuh!hehehe Tapi paling geram, aku terpaksa korbankan selimut busuk aku wat lapik mulut dia dari mengeluarkan peta dunia atas cadarku yg cantik tuh!
Eiii...teruk tau..berubah bau selimut busuk i...

En suami neh jenis takleh tido lewat rupanya, nanti pagi liat nak bangun..kena la kejut gegar2 badan. Dia bangun tapi bangun pi tido atas sofa kat luar...teruk betul perangai!Dia plak semacam syok kl aku kejut dia bangun, org kejut, dia wat pejam mata tapi mulut senyum simpul...seronok la tuh bangun pagi isteri kejut...ceh!

Hari ketiga pulang ke Melaka..sebab en suami ada kelas. So malam tuh aku tido sorang laa..pagi peram laa jugak. Petang masak untuk en suami, dia mintak masakkan spagetti..tapi aku pi wat kari ayam..hehehe disebabkan dia tgh diet, dia tak makan malam...kecik ati gak tapi niat aku masak nasi utk ma abah jugak, so, semua lauk habis dibelasah puan ma dan en abah..siap wat cicah roti lagi kari tuh.

Hari Khamis aku dah masuk kejer..dengan tangan berinai merah lagi. Agak malu kena sakat terutama en rasid tuh...tp yg kena teruk, Kak Ben pulak..sian dia, merah2 muka tahan malu. Masuk kejer dengan mood pengantin lagi laa..masih terawang2 di awan biru. Nasib en suami jauh, kalau tak memang aku lagi liat nak bangun pagi.

Esok dah Sabtu tapi en suami nak kena balik Kedah, anta keter...berjauhan lagi tapi takpelah, kami nekad nak uruskan hidup berdua. Cuba tak nak nyusahkan family (walaupun aku duk ngan abah lagi..heheh). Pas ni beli moto, senang en suami nak berulang ke Shah Alam n Kedah..

Thursday, February 19, 2009

MENGEJAR WAKTU

aduhai...penuh sawang blog aku neh...giler lama tak update. Bukan la tak sempat sangat, tapi tahap kerajinan tak berapa tinggi jadi terbiar bersawang jelah...tapi selepas banyak kali ditegur oleh rakan2 dan juga cik abe yg suka gak menjenguk blog neh, so aku kena la rajin2kan diri mengantor post baru...

Macam artis yg buat comeback, mesti banyak citer terbaru yang peminat nak tau...heheheh ginilah, aku baru je naik cuti sebenarnya. cuti seminggu la lebih kurang tapi nama jela cuti, yg cuti tu tertulis atas borang cuti jela tapi sebenarnya life tetap sama, tiap hari kuar pagi balik malam..sama macam kejer gak laa..tapi lagi teruk, sampai umah dalam kul 11 malam. pastu kaki naik berurat, kematu sebabnya tawaf kedai2 pengantin yg ada di sekitar KL neh...

macam neh la jadinya kalau wat majlis tak berancang..kelam kabut bagai nak gile tapi nasib tak gile...so, dalam tempoh seminggu tu sempat la aku settle beberapa hal kecil dan besar termasuk dapatkan kelulusan berkahwin dari jabatan agama islam...

Selesai :
1. Kelulusan kahwin
2. Tempahan pelamin, dewan dan katering untuk sanding
3. Tempahan masjid dan dewan nikah serta katering nikah
4. Tempahan solek nikah dan sanding
5. Photo dan video
6. Sewa kerusi untuk dewan
7. Gift untuk VIP
8. Bunga pahar untuk nikah
9. Gift untuk paper bag waktu nikah
10. Baju untuk orang kuat majlis (AJK)
11. Band
12. MC

Separuh selesai:
1. Gift untuk tetamu sanding (barang takde stok, so kena tggu next round)
2. Baju nikah n sanding aku tak siap lagi komee....wuhuu, bahaya tukang jahit aku nehhh
3. Baju untuk famili (abah, ma, adik2)
4. Hantaran lelaki n perempuan
5. Kad kahwin

Belum:
1. Bilik pengantin (katil, cadar, frame, cat, langsir...woooo, banyak lagi laa tak siap, nak kena panggil eric leong neh!!)
2. Isi untuk gift VIP, tetamu dan kawan
3. Kasut nikah
4. Tempahan bilik untuk famili
5. Lapik meja untuk dewan
6. Bunga pahar sanding
Apo lagi ek...aku dah mati akal dah neh...tinggal tak berapa hari je lagi...huhuhuh...countdown 23 hari lagiiiiiiiiii...takutt nyerrr...tolong kawan2, aper lagi yg aku tertinggal neh...


kiranajoe : ngilu otak pikir persiapan nikah tapi happy membayangkan kehidupan selepas itu..sebabnya bila hubungan menjadi halal, tak perlu nak gaduh2 pilih tempat hang out/dating lagi...duk umah je.yelah, bila seminggu keje, weekend teringin gak nak duk bermalas-malasan kat rumah tapi bangsa orang bercinta neh, seminggu tak jumpa leh jadi gaduh..konon2 rindu kalau tak jumpa tapi kalau jumpa, bergaduh macam chihuahua jumpa bulldog!ngengenge

Thursday, January 1, 2009

MARI TENGOK FOTO







Pemandangan dari bilik penginapan, Grand Hyatt Seoul











Heheheh...selepas hampir sebulan aku menjejakkan kaki
ke bandar metropolitan Seoul, baru ari ni aku tergerak hari nak upload gamba...
hahahahah sebabnya aku banyak main2 di depan pc sambil borak..satu hapah keje aku tak buat...padan la muka aku!

Tapi kawan2 semua, jika anda ada duit yang banyak...silala pegi ke seoul. memang tak rugi. dan setahu aku, mawi pun nak bawak ekin pi bulan madu kat korea gak...sebabnya tu la aku cakap, kalau dah pegi skali, gerenti korang teringat2.

Teddy Bear Museum Namsan Mountain, Seoul.

Tapi kalau ikut trip macam aku neh, memang takde untung sangat laa sebab kena ikut jadual orang..pastu pulak banyak bawak pi muzium...tapi dalam banyak2 muzium aku pi, Teddy Bear Museum paling best...memang terpegun la nengok bear yg comel2 di pakaikan baju tradisi Korea dipanggil Hanbook tu. sakan la semua bergambar, si Jazz (Oriental daily) sakan peluk teddy bear besar bagak...si Zam (Kosmo!) pun sama naik memeluk bear siap cium2 lagi...hadusss...rosak akhlak!



comey nyer...
kecik cenoit jer semua bear2 neh...ada la sebesar tapak tangan

Sempat jugak la aku nengok shooting drama General Hospital II yang masih dalam pembikinan...heronya Ryu aper tah...hencem laa, muka sengal je tapi kiut giler...hehehe

Malu2 pulak bila kitorang mintak tunjukkan skrip drama General Hospital II

Pelakon lelaki tu namanya Ryu, Jin dan minah yg cute tu heroinnye, Bang, Eun-Jin


Last day nyer pulak pi tengok martial art show, Jump. Macam teater aksi laa..tapi tanpa suara...kalau tengok, memang syok abis...giler2 nyer hebat diorang nyer lakonan n martial art. Tahu ajer la, korea kan asalnya taekwando...so depa nyer skill memang the best!


Aku Q panjang beb lepas nonton teater semata2 nak dapatkan autograph pelakon2 tuh..yg di bawah neh Drunken Master laa...yg paling kiut ada tapi duk tengah2, susah nak nyelit ambik gambar


masa tu la jugak, aku jadi extra. hehehe kena tolak bontot salah sorang pelakon dia naik stage...nak tahu naper aku yg terpilih? sebabnya aku satu2nyer makhluk Tuhan yang berkulit sawo matang n pakai tudung pulak dalam dewan tu...malu jugak laa tapi wat muka selamba je laa...

Malas nak citer panjang...tengok la gambor tu sendiri...

Pening naik river taxi menyusuri Han River tapi sempat posing

Taxi bike neh pun pelik gak, payah aku tengok org yg bawak tu nak kayuh...

Kelas masak memasak di Intitute of Tradisional Korean Food bersama rakan2 media

Inilah hasilnya, Pumpkin Cake yang menjadi sajian tradisi masyarakat Korea bila meraikan anniversary atau birthday..kira macam lambang lost lasting la

Main lungsur ais kat Grand Hyatt Skating Rink, dua kali aku jatuh terjelepuk..wat malu je.

Makanan temple yg terpaksa di telan masa join Temple Stay selama 1 hari 1 malam kat Seoul International Zen Centre...kira Temple Stay ni macam program Home Stay kat tempat kita laa..so, dari A-Z jadi macam tok sami. Pakai baju tok sami, makan makanan tok sami, siap ikut diorang meditasi (giler ke haper bgn meditasi kul 3 pagi, aku tido sambil duduk..hahahaha), bowing (tapi aku tak buat la sebab diorang sembah patung Buddha beb...). Tapi yg aku tak sangka, ketua sami dia tuh agak daring laa..bila cakap pun 'kotor' sebabnya 16 tahun duk US. Bila ada media tanya naper sembah tokong dia jawab untuk reward diri sendiri (yg aku faham untuk dapat pahala la). Then dia cakap, kalau nak buat takpe, kalau tak nak pun takpe...Tapi dia tak buat, then sami lain plak kena bow kat tok sami neh...pelik...pelik...

Kat sana pun ada omputih yg join temple stay neh..sorang tu dari Britain kot, memang tak pandang org. Kira jadi sami Buddha betul la. Sorang laki kelasi Perancis yg dah enam bulan duk temple tu, kejer dia hayun locen dari bilik ke bilik jam 2.30 pagi untuk kejutkan org bangun tido. Sorang lg Australia. Sebabkan anak dara tunggal dia wat modelling kat Seoul, so dia ikut dan duk kat temple sehingga anak dia habis kontrak..

Rakam kenangan terakhir bersama Hae-Jun (blkg sekali), MJ (hooded 35) di Incheon Airport, Seoul Korea

Korean Air business class utk penerbangan pergi dan balik...Byeeeee.