Wednesday, December 16, 2009

MABUK UBAT

hahahahah first time selepas hidup hampir 28 tahun aku mabuk ubat. Nak jadi cerita, semuanya gara2 batuk dan selesema yang menyeksakan sampai aku terpaksa pi klinik bawah opis untuk ambik ubat.

Masa sesi beramah mesra bersama Dr X, aku sempat la menitipkan pesanan terakhir..."doktor, bagi yang power sekali erk ubat tuh..tak tahan la batuk macam ni... (hehehe poyos!)

Yang bestnya juga, Dr X memang suka membantu pekerja2 (yg tak sihat laaa) mendapatkan MC..tapi entah kenapa, selepas di offer berkali2 oleh Dr X...aku menolak dengan muka bangganya (apa yg nak bangga tah, sb bukan bos aku teman aku masuk bilik jumpa dr tu pun kan..huk!)

Dr X : awak larat ke kejer neh?
Aku : Boleh kot, lagipun hari ni saya ada assg kul 7, kena pegi juga.. (bangga ke assg malam?ceish, itu tanda kena pedajal tu ;p)
Dr X : Macam tu, awak makan ubat la ye..
Aku : Okeyyy!

Aku naik atas, capai botol mineral lantas menelan dua biji ubat batuk, ubat selesema dan antibiotik yang besar amat wooo...selepas setengah jam, aku mula tak boleh pandang kiri dan kanan dengan kelajuan manusia biasa buat. OH noooo, ketika itu macam2 perkara terlintas di kepala...aku mengandung ke?aku nak pitam?aku demam panas sangat ke?

Keadaan menjadi makin serius, aku cuba bangun ke toilet..yeayyy, bearing tak betul, senget ke sebelah kiri ye kawan2. Makin teruk, badan rasa melayang macam terhirup minuman yang bercampur alkohol lagaknya. Aku turunkan badan dan menyandar di kerusi macam org mabuk sambil cuba menyiapkan story, sekali datang bos besar yang kecik molek orangnya...dia gelakkan aku duk macam tu..heish, nak kena dia neh...aku cakap,"saya pening pale la...sambil buat donooooo...

kemudian aku selingkupkan kepala dengan shawl (kredit utk fatin: sb shawl dia..heheh) dan pejam mata selama beberapa minit. Tidak, tidak...semuanya tidak berjaya...bak kata fatin, ubat tu buat aku melayang. Aku percaya sb aku rasa aku tak mengandung, aku tak mabuk, akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...grrrrrrrrrrr
rrrrrrrrrrrrrr........bluuuuuuuuuuuuuurrrrr

jam 6.24 skrg...kepala aku masih pusing tapi tidak sehebat tadi. Eish, Dr X mmg nak pedajal aku..dia bagi aku ubat batuk dan selesema utk gajah agaknya.

Itulah coretan aku, pemabuk ubat...(masih di bawah pengaruh ubat ketika menaip)

kiranajoe: aku dapat rasa apa yang drug addict rasa bila ambik dadah...stone dan mmg layan! ko tak ngantuk, tak sakit, tapi fikiran ko melayang...eishh...JAUHI DADAH!

No comments: