Monday, January 4, 2010

TIPS BERSUAMI ISTERI

Berangan nak bagi tips pulak kali ni. Kita sama2 berkongsi ye dan mana yg elok, cedok la. Mana tau, hubungan yg dah erat bertambah rapat, mana yg intim makin mantap.

1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Manakala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.

3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (I LOVE U 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua. (aku selalu sebut, tapi masa awal2 kawin rajin gak dia layan tp skrg otak dia banyak khayal..dengar tak dengar je dia nyer Luv u too...hmmm...pasrah)

4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (mmg la romantik, tp malu wehh nak cium2..so, pandai2 la kome)

5. Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal. (kalau suami anda suka nonton HBO malam2, anda tido la sebelah dia..dah abis movie, suh la dia kejut naik tido sama2...macam tu okeh? tp aku kalau penat sangat, babai my luv, terus naik tido tgglkan incik suami ditemani si kucing, Chomel)

6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (susah gak nak buang tebiat suka berleter neh ;p)

7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.

8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. (wow!mesti suami anda suka) Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.

9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cintai”. (wuhhuuuuu)

10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda. (-.-)

11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan. (tapi suami2 pun kena faham juga, kalau isteri nampak penat...bagi la can dia rehat...esok masih ada bukan?)

12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.

13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.

Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..
14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya. (suami aku cakap aku masak lambat, hmm...pasrah lagi)

15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga. (baiklah!)

16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya. (yg neh kena tukar2 bahu, sb nanti suami akan mengadu lenguh bahu..kkekekeek)

17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya. (faham cikgu..)

Nikmati gambar2 aktiviti futsal GPMS Shah Alam baru-baru ini..










kiranajoe: Tahun baru azam baru..nak jadi org baru yg taat dan patuh pada suami, ma abah, mak ayah. Baik pada adik2 dan kenalan. Berazam juga nak tambah ORANG BARU dalam keluarga...suami, org baru bukan utk u sorang tau, tapi utk kita berdua..maksudnya baby! ;p SELAMAT TAHUN BARU!

Wednesday, December 16, 2009

MABUK UBAT

hahahahah first time selepas hidup hampir 28 tahun aku mabuk ubat. Nak jadi cerita, semuanya gara2 batuk dan selesema yang menyeksakan sampai aku terpaksa pi klinik bawah opis untuk ambik ubat.

Masa sesi beramah mesra bersama Dr X, aku sempat la menitipkan pesanan terakhir..."doktor, bagi yang power sekali erk ubat tuh..tak tahan la batuk macam ni... (hehehe poyos!)

Yang bestnya juga, Dr X memang suka membantu pekerja2 (yg tak sihat laaa) mendapatkan MC..tapi entah kenapa, selepas di offer berkali2 oleh Dr X...aku menolak dengan muka bangganya (apa yg nak bangga tah, sb bukan bos aku teman aku masuk bilik jumpa dr tu pun kan..huk!)

Dr X : awak larat ke kejer neh?
Aku : Boleh kot, lagipun hari ni saya ada assg kul 7, kena pegi juga.. (bangga ke assg malam?ceish, itu tanda kena pedajal tu ;p)
Dr X : Macam tu, awak makan ubat la ye..
Aku : Okeyyy!

Aku naik atas, capai botol mineral lantas menelan dua biji ubat batuk, ubat selesema dan antibiotik yang besar amat wooo...selepas setengah jam, aku mula tak boleh pandang kiri dan kanan dengan kelajuan manusia biasa buat. OH noooo, ketika itu macam2 perkara terlintas di kepala...aku mengandung ke?aku nak pitam?aku demam panas sangat ke?

Keadaan menjadi makin serius, aku cuba bangun ke toilet..yeayyy, bearing tak betul, senget ke sebelah kiri ye kawan2. Makin teruk, badan rasa melayang macam terhirup minuman yang bercampur alkohol lagaknya. Aku turunkan badan dan menyandar di kerusi macam org mabuk sambil cuba menyiapkan story, sekali datang bos besar yang kecik molek orangnya...dia gelakkan aku duk macam tu..heish, nak kena dia neh...aku cakap,"saya pening pale la...sambil buat donooooo...

kemudian aku selingkupkan kepala dengan shawl (kredit utk fatin: sb shawl dia..heheh) dan pejam mata selama beberapa minit. Tidak, tidak...semuanya tidak berjaya...bak kata fatin, ubat tu buat aku melayang. Aku percaya sb aku rasa aku tak mengandung, aku tak mabuk, akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...grrrrrrrrrrr
rrrrrrrrrrrrrr........bluuuuuuuuuuuuuurrrrr

jam 6.24 skrg...kepala aku masih pusing tapi tidak sehebat tadi. Eish, Dr X mmg nak pedajal aku..dia bagi aku ubat batuk dan selesema utk gajah agaknya.

Itulah coretan aku, pemabuk ubat...(masih di bawah pengaruh ubat ketika menaip)

kiranajoe: aku dapat rasa apa yang drug addict rasa bila ambik dadah...stone dan mmg layan! ko tak ngantuk, tak sakit, tapi fikiran ko melayang...eishh...JAUHI DADAH!

Thursday, December 3, 2009

HILANG KATA KUNCI

huhuhuhuh akhirnya berjaya masuk ke blog sendiri dengan jayanya..huisshhh, bersawang juga nampaknya blog ineh. Semuanya gara2 hilang password.huk! (kes sabotaj diri sendiri)

sila lihat post terakhir ----- sila maklum ye, sesi cuti2 malaysia tidak berjaya kerana kami suami isteri memanfaatkan cuti yg ada untuk keluarga tercinta. Itu lebih penting okeh..keluarga adalah segalanya, gitulah! hehehe

Sekarang aku agak sibuk...garu2 kepala, korek2 kuku, bli2 barang (untuk dijual dan kegunaan diri sendiri). Kalau nak tahu, aku dan sahabat, Aqidah Azizi berjaya melancarkan butik dalam talian kami yg pertama. Kalau rajin, sudi2 kan lah ke www.mychermin.blogspot.com

Buat permulaan, kami menjual baju2 dan aksesori yg ditargetkan untuk wanita yg suka bergaya macam kami (hahaha, yeke bergaya..? selalu saja hadir ke opis ngan muka yg tak siap, selalu juga dicop budak sekolah atau budak baru grad yg tengah carik kejer..hampeh betul. Heh!berani sungguh mereka nih, tak tahu ke aku ni dah ada anak satu...)

Apa lagi cerita yang nak dikongsi ye...? otak tengah berkarat sekarang sebab ada banyak kejer yg asyik tertanguh2 sehari demi sehari...sampai ketemu lagi ye...dadaaadaaaaaa ;p

kiranajoe : potong rambut tanda diri berserabut...hmmm, baru dua hari lepas pegi salun, sanggup tunggu hampir dua jam, berbaloi2...budak tu sungguh pandai memotong rambut...kalau nak cuba, boleh ke kedai rambut kat sec 7 shah alam..nama kedai tu lupa laa..tapi yg potong tu namanya ila,cantik orangnya, baik hati pula.

Thursday, November 5, 2009

CUTI2 MALAYSIA

Mahu bercuti..tapi di mana ye? Perancangan mahu ke tempat yang dekat2 ibukota saja sebab cuti yang sangat terhad, hanya 3 hari saja.
1. Genting Highlands - feeling2 winter sajer bersama encik suami...hikhikhik jalan2 meredah kabus sejuk sambil berpimpinan tangan..auuww..


2. Cameron Highlands - Damainya menghirup teh panas sambil menikmati pemandangan ladang teh yg menghijau..nyaman bukan? hmmm...
3. Pulau Pangkor - Wah, nyaman juga. Boleh snorkeling bersama encik suami..uhuk uhuk

(waaaahh, ini mmg syorga dunia...)

Jadi, keputusannya di mana ye? Mana yang sempat lah...mungkin di tempat yang dingin2 sebab skrg musim hujam kan..pantai2 atau sungai2 harus dijauhi..

Tuesday, November 3, 2009

BERKONGSI RASA

Banyak rasa hendak dikongsi, banyak cerita hendak dibual..banyak juga gambar baru hendak diupload tapi kecewa dek kerana masalah2 teknikal, semuanya terpaksa di peram begitu saja..

Cerita mengenai sahabat baik yang cekal memulakan bisnes membuatkan hati aku turut memberontak hendak berniaga semula..(dulu bisnes dalam bonet keter je.hikhikhik)...tapi kerana susah nak bagi full komitmen dan mmg dasar manusia yg suka wat kejer tangguh2 neh, akibatnya bisnes on and off..hehe

(kawan2 yg nak dapatkan tudung sebijik Ariani dgn harga yg jauh lebih murah, sila kunjungi blog beliau http://kipswit.blogspot.com/ ) ----> iklan percuma utk kawan2...

Dalam bulan ni, aku mmg sangat penat..entahlah, mungkin peralihan mode dari weekly ke daily membuatkan kerja menjadi berganda banyak dan assg malam pun menuntut waktu rehat sehinggakan dalam sebulan aku recall dua kali sabtu..meaning, dua minggu aku kejer 6 hari direct. fuhhh,nasib hubby jauh..

Bila penat, otak jadi sangat tepu dan diri menjadi seperti depressed...owhhh, i need my hubby. walaupun cukup sekadar berada di sebelah, bau pun dah boleh buat aku rasa tenang..wahhh, rahsia rumahtangga disebar di blog..sungguh tidak malu..hikhikhik

Tapi betul la. Sb aku pernah terbaca satu kajian yang menyatakan bahawa bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar tekanan bagi wanita selain membantu melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja 'diproses' daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh 'digoda' dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.

p/s: Betul kot kajian neh. Kalau tak percaya, boleh try suh hubby calit bau ketiak masam kala anda sedang depressed tanpa sebab... (tp girlpren boipren tuh, tak digalakkan la...batal air smyg beb!kalau nak buat jugak, dosa tanggung sendiri ye.)

Monday, October 19, 2009

JUMAAT NAN BERISI

Apa la post tajuk macam neh...alah, maksudnya hari Jumaat yang penuh dengan rancangan dan aktiviti la ye kawan-kawan..tapi sungguh, mmg Jumaat lepas hari yg seronottt. Lebih seronok dari raya. Sebabnya..

Jumaat lepas adik2ku, kak dan adik berkonvo secara berjemaah..hehehe gempak gak. Leh wat news aper, sorang dapat Diploma, sorang dapat Degree tapi kalau ada reporter intw pun, malu jugak la nak sebut CGPA..hehehe adoooo je dua2 orang..hehehe

Mereka gumbira..saya juga tumpang gumbira ;p

Dari kiri: Tok Pin, adik, kak dan Nek Nah

"Siapa yang bulat? Saya la tuh..heheheh


Selepas berhappening di UiTM Shah Alam, kami mamam sempena meraikan hari bersejarah adik dan kak di Qaseh Bonda (belakang Tesco Extra)..berkonvoi la tiga keter. Makcik tonah seperti selalu, akan tanya kat mana makan best, tapiiiiiiiiiiiiii kawan2...jgn bagi idea ye sebab kalau rasa makanan tempat yang direkomen tuh adoooo...jawabnya dia akan tolak pinggan sambil berkata..alah, makan macam neh sedap ke? hehehe mmg hancur luluh lah ati di atas kelazeran di luar sedar makcik tonah iteww.

Selepas sesi shooting di tasik shah alam..(aku ikut jela, sebab cik suami takde, so akulah jadi tukang ambik gambar alias tukang bikin kecoh) kami berkonvoi pula pulang ke Melaka...sebab malam tu adik sepupu, Azman nak bernikah la pulak..kawin orang Melaka beb, beradat beradun lah. Kami org Pantai Timur neh mana ada nak beradat sangat. Malam nikah, just akad je la...tp depa neh siap nak kena terang adat, ada pulak bersanding kecik, bunga api..nasib takde acara membalas pantun. Kalau tak, mak selaku juara pantun dunia neh la yg akan ke depan... ;p

Kenduri pun meriah sebab keluarga dari Terengganu datang berkonvoi sepuluh kereta dan dua van...petang lepas kenduri, mereka singgah la rumah den kat Bukit Katil nuh...fuhh!berpeluh beb...penuh rumah..tapi sangat meriah...plan asal kalau adik2 tak berkonvo Jumaat tuh, malam selepas nikah nak jugak berBBQ tapi malangnya aktiviti bakar membakar terpaksa ditunda ke lain tahun..mungkin masa adik2 aku kawin ke...

Sesi gelabah bakal pengantin...fuh! berpeluh, nak akad nikah
kena interview sampai sejam setengah beb..
Sesi interframe yg x sudah2...

Dan lagi...

Ops...yg baju putih tuh bukan pengantin ye..tu bapa sedara pengantin..
semua gara2 anak2 dara yg sibuk pilih baju sendiri sampai
terlupa bawak balik baju melayu abah...nasib ada sepasang kat umah melaka

Lebih meriah sebab kenduri keesokan harinya diserikan dengan aktiviti orang Melaka berjoget lambak...astagfurillah, mengucap panjang la pakcik2 janggut dari Terangganu..hahaha maklum la, orang kampung beb..nengok pulak yg bergelek Inul tuh penyanyi kelab hahahah haru laa...siap tonggek kat tong speaker sambil membuat aksi gelek..lucah..lucah..hahahah aper2 pun adat depa, kita nonton jela..yg makcik2 yg ikut bergelek walaupun 'tong' mereka bersaiz super duper luar biasa tu...biarlah..asal mereke gembire ye.
(harap maaf, gambar penyanyi goyang dangdut ngak ada ye..sebab kami semua terlopong meleleh2 air liur nengok awek tuh gerudi Inul..heheheh)

p/s: Best nyer kalau time adik2 aku berkenduri nanti dapat panggil orang main cak lempong...dulu masa kawin, mmg teringin tp disebabkan kesuntukan waktu, so semuanya tak terlaksana. huhuhuh

Saturday, October 3, 2009

3 NYAWA BARU LAHIR KE DUNIA

Sebaik saje kaki menekan pedal minyak utk ke tempat kejer (selepas lambat sejam ye anak2..hehe) aku terima satu mesej dari sahabat yg melahirkan kesyukuran selepas selamat menyambut kelahiran cahayamatanya yang pertama...

SEJUTA TAHNIAH untuk Kak Pah dan suami...comel sungguh hero awak ye...Syoknya, baby neh dah ada nama sejak dalam perut lagi...kata daddynya ari tuh, Muhammad Iman Dhani ye wak..? lebih kurang macam tu laa..tahniah, moga sihat selalu, jadi anak yg baik dan beriman. InsyaAllah...

Sampai saja ke ofis, mak buyung yg bernama Kak Tim (hehehe jgn marah ye ktim) datang bagi khabar gembira...katanya Shima Court dah selamat bersalin awal pagi tadi..juga boy. Tak silap aku, Shima due pada raya hari tu tp disebabkan takde bukaan, so takleh la baby tu keluar. Rupa2nya, baby tu sayang nak meninggalkan perut ibunya yg selesa dan nyaman itu..dalam sana dia membesar bak johan...4.1 kg u olss...fuhh, berpeluh aku dgr..

Pegi assg, Kak Anis pulak bagitau..Serimah pun dah bersalin jugak..pun baby boy. Padahal semalam baru aku tgk dia kat opis, melepak dan sempat menegur masa aku nak pi assg...subhanallah...nasib baik u tak terberanak di opis u...Tahniah juga utk Kak Ser n Azhar :)

p/s: Gembira untuk kawan2...masing2 bertukar status. Wahai ibu sekalian, doakan aku dapat pengganti Muhammad cepat2 ye...