Tuesday, March 20, 2012

Baru nak berangan...skali..gulp!

Aku penggemar flat shoe.
Window shopping di online blog pula menjadi kegemaran.
Minggu lepas order satu barang.
Minggu ni order jugak lagi satu.
Miahahaha mari gelak jahat!

Ok, sekian pantun tak semenggah saya..

Tapi masa masuk ke kedai kegemaran http://watchshoppe.blogspot.com, saya meroyan seketika melihat flat shoe ini. Salvatore Ferragamo kauuu..


Jangan kata buruk ke apa ke...yg pasti aku suka kaler mati tu dan jugak bow yg begitu. Tapi, baru nak berangan, scroll ke bawah...omak, panjat den. Mahal okeh kasut ini.. RM1250!

Okey, orang tak mampu (saya la tu!) sila undur ke belakang...berangan pun jangan.. ;p


kiranajoe : Berbaloi ke beli kasut harga ribu? hurm, ikut kemampuan la kan..ada duit lebih tak tau nak buat apa, beli la..duit ko, bukan duit orang lain dopp...

Wednesday, March 14, 2012

Anniversary katanya.

Sorang kat Kota Bharu kerana tugas.
Sorang di Kuala Lumpur juga sedang bertugas.

Jadi, apakah maksudnya anniversary kali ini?

Tapi kami ok sb tiap tahun pun tidak terlalu meraikan, cuma ada la tukar-tukar hadiah. Dan aku pun terkejut bila tengok handbag yg husband bagi setahun lalu sbg hadiah masih elok, takde calar, takde koyak! Ish, aku tak lasak ke atau sebab waktu berputar terlalu pantas?

Bagaimanapun, tahun ini bila suami offer hadiah, saya dengan yakin cakap, taknak apa2. Kalau nak beli pun, beli utk kegunaan baby. Baik tak saya? Hehehe entahlah, takleh fikir la nak hadiah apa. Mungkin sb zaman skrg ni orang membeli tidak mengikut musim, jadi, barang sentiasa berganti baru, bila tiba hari istimewa, excitement utk fikirkan barang apa nak, jadi kurang.

ermmm...tapi kl suami bagi surpise, mcm best jugak..heheheheh


kiranajoe : Moga cinta kami utuh dan kukuh, dilimpahi rahmat dr Yang Esa sehingga akhir hayat. Sayang kamu mr daddy to be! ;)

Tuesday, March 13, 2012

Gila melanda.

Ini memang serius. Tahap tak boleh blah. Gila weh, gila! Rabak poket apabila kegilaan yang satu ni melanda.

Awokkkk, kita giler cloth diaper!! Huwaaaaa..

Haa, jgn kata apa eh. Saya memang berangan nak pakaikan baby cloth diaper sejak dari mengandung kali pertama dulu lagi. Semangat tu ada tapi kita tgk, bila dia mula berlonggok, berbau hancing dan bucukkk..adakah ia bakal menjadi gunung bertahi lalat di dalam baldi atau tersidai cantik di ampaian. Kita lihat nanti! Hehehehe

Tapi dengan harga yg sebegitu, sanggupkah anda melihat ia bertahi lalat di dalam baldi??

Hailah, mcmana tak gila weh..
Design cantik2, cute2. Harga pelbagai. Skrg ni pulak lagi senang, jika dulu ada CD jenis pocket diaper yg kena masuk insert dan bila tercemar, kotor semuanya. Kini, ada pula jenis All in One, All in Two, hibrid mak nenek segala ada...yg jenis latest ni wl sedikit mahal tapi kelebihannya adalah bila tercemar, cover CD masih boleh diguna semula. Ganti saja insert. Wow!






Cute bukannnn?


Hai budak, kenapa comel sangat ni?? Haihhh!


Kiranajoe : Setiap malam study pasal CD ni sampai pagi2 buta...yela, selain semangat, kena ada ilmu gak nak guna menda alah ni... :D

Thursday, January 26, 2012

Ulang minum air gula lagi, kata nurse.

Berat sebelum : 46 kg
Check up minggu ke-14 : 46 kg (maintain)
Check up 10 hari kemudian : mencanak naik 4 kilo ---> 50kg

Nurse baik hati. Suruh timbang lagi sebab tak percaya. Believe it kakak. kerana biskut Jacobs, angka pada penimbang itu benar belaka.

Tapi, bila ianya benar, nurse pun berkata, "Ish, banyak ni.Takpe, kita set appointment utk awak minum air gula (glukos). Check sama ada gula tinggi tak.

...(muka kucing), "Baiklah...

Hari minum air gula, ibu ini terkedek2 la keluar rumah seawal pagi sb kena start minum jam 8 pagi. Dah la lapar sb kena puasa start 10 malam. Sampai awal, nurse menyambut dengan riang ria.

"OK, minum slow2 ye. Jangan muntah, kalau muntah kena repeat balik. Nah!


Erk, besar nyer gelas dia. Ginilah rupanya, saiz besar ye. Setengah gelas pertama, mak ok jer nyah. Lepak lepak..kemudian, erkk? kenapa rasa pening? Kenapa? Macam high then aku habiskan dengan muka penuh kebingungan sambil memaki hamun dalam hati. Resultnya, aku pening satu hari then langsung tak boleh minum air berperisa. Cis sungguh.


Seminggu kemudian...

Nurse : Hello, puan XXX, kami mintak maaf. darah hari tu tak keluar result la. Boleh tak kita repeat balik minum air gula?

Puan XXX : Haaa..tak keluar result!!! (sambil garu kepala)

Nurse : Kenapa, ada masalah ke?

Puan XXX : Takde masalah tapiiiiiiii...manis sangat la.

Nurse : Okla manis, bukan masin.

Puan XXX : ish...tak ok sebab pening saya minum manis2 macam tu.

Nurse : Takpe, saya bagi date 25 Januari. Awak datang kul8 pagi ye. Jangan lewat. Jangan lupa, malam puasa ye.

Puan XXX : Ok.Terima kasih.


Kemudian, pada 25 hb, ibu muda ini tidur sehingga lepas jam 8 pagi dengan sengajanya!! Hahaha Then, aku ikut jadual check up yang diberi iaitu keesokan harinya bersamaan 26 hb.

(Muka kucing dan senyum paling manis) "Nurse, saya mintak maaf, patutnya saya minum air gula semalam tapi saya outstation. Boleh tak saya ikut jadual check up yg dah tulis dalam buku merah ni je?

Nurse macam nak marah tapi tak marah..hehehe kemudian dia belek2 buku, 20 minggu? Hurmm, awal lagi ni.Takpe, kita check perut je. Hoyeeeehhhhhhh!!!!! (mak gelek2 punggung tepi kaunter tu.hahahah)

Gi kencing dulu then naik timbang. Pagi tu pulak aku lupa timbang sendiri,pastu pulak baru naik cuti raya cina, balik Kedah makan macam orang kebulur. Huwaaaa, naik 3 kilo lagi!!!! berat apa ni mencanak2 ni??

Dengan berat baru yang naik lagi, sambil nurse senyum2...katanya, baru 5 bulan dan naik banyak. Lagi berapa bulan naik lagi, patutnya sepanjang 9 bulan naik 12 kg je. Takpe, nanti ulang minum air gula lagi sekali ye.

Huwaaaaaaaa....tanakkkkkkkkkkkk!!!


Kiranajoe : Nak bagi alasan apa lagi kawan2 oiiii...ada seminggu je nak pikir sebelum tarikh keramat 8 Februari!!!

Wednesday, January 25, 2012

Elyana Jauni si buah hati

"Geram la tengok awak niii...eiiii...


Ngadap tak nak lepas...sb adorable sangat baby Elyana Jauni ni..Ni anak buah suami yg terbaru, masih dalam pantang dah berjalan sampai ke Shah Alam. Sekarang dah tiga bulan, ya allah..lagi cheeky. pantang agah...gelak2, cakap2...

Takpe suami, ur baby dragon is on the way..half way to go ;)

Doakan semoga perjalanan dia selamat ye..aku masih trauma tapi aku benar2 berharap anak ini selamat dilahirkan. Orang kata jgn trauma tapi aku tetap trauma sb last scan, uri kat bawah. Tapi bezanya, kali ni anak aktif. Cukup aktif :)



kiranajoe : Suami teruja, aku lagi la..tapi cukup takut nak berharap. Apa yang kami mampu buat, berdoa dan terus berdoa semoga dia terus kuat, sihat, sempurna dan selamat dilahirkan. Amin ya rabbal alamin.

Wednesday, January 4, 2012

Meniti hari bahagia

Senyum dalam debar
Dalam hati ada getar
Tapi sesungguhnya hati tidak mampu menyembunyi rasa
Ingin ku gegar dunia..Aku kini meniti hari bahagia

Dia maha mendengar
Dia tidak pernah memungkiri seperti hambaNya

Meniti hari bahagia
Membuatkan hidup tambah bermakna
Syukur padaMu ya Ilahi
Semoga perjalanan menuju kehidupan baru,
diberkati
dirahmati
Amin ya rabbal alamin...


kiranajoe : Aku jiwang, korang layan. ;p

Tuesday, December 13, 2011

Bersabar itu hukumnya wajib.

Surah Ali Imran Ayat 200 : Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu.

Allah juga berfirman :
"Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu tetapi kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang brtakwa. (Thaha : 132)

Sabar itu mudah untuk diucapkan dengan kata lisan namun terlalu sukar untuk dilaksanakan dalam kehidupan sehari-hari. Kerana kehidupan manusia itu tidak pernah luput daripada cubaan dan ujian. Oleh itu, Allah SWT memerintahkan kita untuk bersabar.

Reda dan sabar berbeza hukumnya. Sabar itu wajib, reda itu sunat.


Kiranajoe : Kesabaran itu diumpamakan seperti pelangi.Indahnya ia apabila kita sendiri merasai nikmat kesabaran itu...alhamdulillah.