Wednesday, May 25, 2011

Wedding Juwita & Halim




Hadiah birthday yang merengsakan!

Basi dua bulan sb ni citer birthday aku 1 April lepas. Tapi kisahnya bukan pasal sambutan sb aku mmg bangsa tak reti nak celebrate birthday.kekeke.Ni pasai hadiah dari budak sebelah meja aku nama Fatin Tontong ni. Cait!




"Kak, hadiah ni adik bagi. Tapi adik bet la, akak mesti tak dapat siapkan.


Ko tgk, bagi hadiah bersama 'api' yang membakar! Dia bagi aku DIY frame yg cute mute. Tapi sblm ko nak dapat tgk hasil cute tu, tulang belakang ko bengkok mengerjakan menatang kecik2 termasuk butir manik untuk dijadikan pasu bunga la, tombol almari la..Haish. Sakit hati aku tgk.


Disebabkan aku bangsa Melayu yang pantang dicabar. Balik je kejer, aku mengadap siapkan mende alah tu.


4 April
Abaikan meja yg selerak tu. Korg tgk gumpalan kapas tu, itu untuk korang jahit bantal sendiri. Mati keras okeh. Semua DIY termasuk tampal kertas bercorak jadi wall paper. Tidak ada pelekat2, tgk bekas bertutup merah tu, gam okeh.



Seharian aku buat, tgk jam kul berapa? Dua pagi.Dua pagi. Diulangi dua pagi! Tapi tak mampu nak siapkan sb sakit belakang aku duk tercongok. Yela, jahit bantal, jahit comforter, nasib baik dia tak suh tenun dulu kain sebelum buat cadar tu semua. Eiii, geram je aku.


Sambil2 aku tercongok wat kejer. Mamat ni seronok lak main2 plastik. Bagi makan cukup, gemok gedempol tp apa je yg ko reti buat? Main je? Tak berbaloi. Nasib baik ko comel je. kl tak, ke longkang engkau! Gurau je. Gila weh, ini la pengarang jantung buah hati aku (selain suami aku, boleh? hehehe.


Bersambung keesokan harinya. Tadaaaaa...inilah hasilnya. Mintak mahap, jari aku tidak kreatif. Tapi aku cuba yang terbaik. Serius la, bila ko tgk hasilnya ni. Ko akan puas hati. Terima kasih pemberi hadiah. Tahun depan jgn bagi lagi. Tak larat nak siapkan. Hahaha

Untuk kamu kamu di luar sana yang kebosanan, boleh la cari mende DIY ni. Si Fatin cakap, dia beli kat Mid Valley. Aku tanya lokasi n harga, tapi dia tanak reveal. hehehe.


kiranajoe : Aku takleh bayang pedihnya tulang belakang kl nak jahit manik kat baju kurung. Ish ish ish...

Tuesday, May 24, 2011

Aku rindu dia

Kejap sangat rasanya dia dipinjamkan untuk aku. Tapi skrg dia dah takde. Terbayang2 lagi lagak dia yang nakal tapi manja. Suka tido, suka kena cium, suka lari2, suka main2 ngan Popong.






Adik aku ambik dia kat hostel. Bawak balik ke rumah sb dia selalu kena buli ngan kucing besar. Satu hari tu, dia lari kena kejar, jatuh dari tingkat 1 ke dalam longkang. Adik aku ambik, bela dlm bilik seminggu dan kemudian bawak blk rumah, suh aku bela.


Suka tido. Org buli buh bunga kat leher pun tak sedar.


My cute little Cicik. Aumm..


Malam tu aku balik kejer, Boboy n Cicik duk belakang. Diorang baru lepas makan, tiba2 bunyi kucing gaduh, aku tak syak Cicik pun. Bunyi makin garang dan aku tgk Cicik dalam longkang, Boboy yg pendiam pun sama2 berbunyi nyaring. Si BODOH OREN, kucing jalanan yg selalu curi makan sisa makanan anak2 aku lari mencicit.


Cicik lari masuk rumah, duk bawah kerusi tapi masih bunyi garang. Bulu tegak2. Aku ingatkan dia trauma sb gaduh. Lama okeh, dalam 5 minit, aku ambik dia, aku pegang..kat tangan aku ada darah!



Cicik cedera, kena gigit, kena cakar. Kat rusuk dia paling teruk. Abah cakap, dia tak teruk, tak perlu bawak vet. Cuma aku perasan, tulang belakang dia sakit, mungkin kena tendangan yg kuat.


Cicik kesakitan. Luka kat rusuk tulah jadi penyebab dia mati. Seminggu, luka dia dah kering. Aku buh ubat gamat, sapu ubat luka. Tapi dia sekejap demam, sekejap ok. Lepas tiga hari dah aktif sikit jadi aku tak bawak dia gi vet wlpun en suami suh pi vet takut kena infection.


Paling ketara dia lebih banyak diam dan tidur dari bergerak. Aku agak, dia sakit belakang.



Tiga hari sebelum dia pergi. Mata dia dah kembali bulat. Aku ingat dia dah sihat. Tapi rupanya kuman dah masuk dalam darah.


Paling aku ralat, saat2 terakhir dia sangat menderita. Semalaman tak boleh baring, tak boleh duduk sebab dada dia sesak. Bernafas pakai mulut. Langsung tak tidur, langsung tak makan dan minum. Adik aku jaga dia, tak tidur sampai pagi.


Hari dah teruk, baru aku bawak gi vet. Dlm kereta dia dah teruk, duduk pun keluar kuku. Maksudnya dia sakit. Ye...dia sakit. Aku pegi Klinik Haiwan dan Surgeri Shah Alam, jumpa Dr Shidah kat Seksyen 6 Shah Alam. Bila sampai, doktor ckp, saya bagi awak antibiotik, then bawak balik sb dia dah teruk.


Tapi aku refuse untuk ambik dia, aku ckp, doktor ambik dia, buat la apa saja. Cuci luka dia, dan bagi dia ubat supaya dia senang bernafas. Doktor akur tapi jam 10am aku hantar, jam 3.20 petang, Cicik dah takde. :(

Tengok, dia macam tidur kan. Cuma kaki tangan semua keras kejung sb doktor simpan dlm freezer. Pagi sebelumnya, adik aku sempat mandikan dia :) :'(


Aku sedih. Aku sedih...Dr cakap, bila cuci luka, rupanya luka tu dah bernanah sampai ke dalam. Huwaaaa...aku rasa bersalah sb tak bawak dia gi vet awal2. Sorry Cicik. RIP.



kiranajoe : Lepas ni tanak bela kucing lagi, cukup Popong and Boboy...aku tak nak citer2 sedih gini berulang...huwaaaaa...


Friday, May 6, 2011

Ke mana menghilang

Ke mana aku selama ini? Masih ada di bumi Kuala Lumpur. Setia menjadi robot saban hari, mengejar waktu demi sesuap nasi.

Pagi, hadap jem.
Petang, hadap jem.
Malam, kepala otak dah jem!

Bukan aku tak suka kerja kat KL. Suka sangat. Tapi aku rasa, kualiti hidup aku merosot kebelakangan ni disebabkan masa yg suntuk untuk aku berehat.

Korang nak kata apa? Muda2 dah mengaku kalah? Aku tak mengaku kalah, cuma aku nak pembaharuan, nak ubah hala tuju sebab aku rasa, ini masa yg tepat untuk aku berubah.

Apa plan? Masih dlm perancangan. Tapi semuanya sudah difikirkan. Fikir tp tak laksanakan, maksudnya apa. Ye, aku suka lengah kerja. Nak kata malas, tidak juga cuma mungkin masa belum sesuai utk ia dimulakan.

Hmm...bosan kan bicara tentang hati. Aii, nak cuti. Nak cuti. Last aku cuti bila ntah sb cuti thn 2010 belum pun ambik wl sehari! Tak reti urus masa dan kerja, so, cuti pun takleh nak atur. Kurang bijak betul.

Tapi bulan Jun, wajib cuti. Sebab adik ipar aku kahwin. Then, ada plak plan cuti2 ke Bangkok. Wow. Tak sabar. Tak sabar.

Jadi, dlm sabar menunggu hari, aku pun sibuk juga mengerjakan hantaran dan gift utk family bagi acara pernikahan. 7 dulang hantaran bersama 100 goodies. Semuanya harus gojes utk impress MIL.Hahaha.Kata nak duk ranking teratas #Menantu Mithali. Hahahaha.

Tapi bagusnya teknologi ni, ko boleh google dan tahu bermacam benda pasal wedding ni hanya melalui blogspot. Depa ni rajin, buat DIY then kongsi, jumpa bahan2 interesting pun kongsi mana dapat.

Antara yg boleh aku kongsi utk yg bakal mendirikan perkahwinan. Ini blogger la, depa citer persiapan kahwin. Dari blog diorang, korang boleh link2 ke blog blogger lain.

Blog 1
Blog 2
Blog 3
Blog 4

Dari depa ni semua jugak aku dapat idea bersandarkan pengalaman aku kahwin dulu, untuk bagi apa pada tetamu upacara nikah, yg rata-rata adalah ahli keluarga dan rakan terdekat. Belanja adalah seminima mungkin. Supaya tidak berlaku pembaziran.

Jadi, goodies kali ini adalah seperti ini. (aduh, ni jugak sebenarnya penyebab, naper aku tak suka nak update blog.PC aku takleh nak upload gambar!)

Hurm, takleh gak upload. Bodos. Goodies guna brown paper bag ala2 recycle paper tu. Murah gilos. untuk 100 pieces adalah kurang dari RM6. Krrrr krrrrr. Biar luar buruk, janji dalam menarik. Jadi, isinya pula adalah Surah Yassin, kerongsang, butang baju Melayu beserta sedikit kudapan. Counter balik la kot2 ada kutukan, bila depa bukak, terus menjerit, mak sukaaa! :p

Kaedah packaging adalah seperti Martha Steward la konon. Hahaha. Hiasan macam nak guna doily paper. Lokasinya adalah di Klang, berhampiran Klang Parade dan Pasar Borong Klang. 2ply nama kedai tu, kedai kek katanya. Aku lum sempat pegi.

Jadi, bila hantaran, goodies dan gift utk VIP siap, aku show off kat sini ye. Hahahahaha.

Kiranajoe : Penat.

Friday, April 22, 2011

Boikot blog sendiri.

Padahal malas nak update blog.

Tadi jalan2 blog Puan Pedas Rajin Masak, terjumpa plak sesuatu yang menggirangkan jika dibuat di hari2 Jumaat yg malas ni.

Sorry Farah, kita copy paste yekkk.. :) halal ye dunia akhirat.

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku sayang dia
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


HASIL AKU HARI NI

Aku peluk Mak aku Sebab aku sayang dia!

hahaha, aku tukar yg last. Aku pakai baju hitam, Farah tulis, Hitam : Sebab aku gila.
Takkan aku nak cakap aku peluk mak aku sb aku gila plak...harus la sebab aku sayang mak aku. Hahahahaha


cer anda semua cuba. Saja suka2.

kiranajoe : Otak semakin pulih, i nak didik dia jadi otak yg baik, sopan dan bijak pandai. Boleh?

Wednesday, April 6, 2011

Kenapa cakap pemandu wanita ganas?

Isu basi! Wekk, tapi betul la, aku pun perasan, pemandu wanita ni bersepah atas jalan raya kat KL ni. Bermacam jenis gaya, ada yg bagi signal terus masuk, ada yg bajet hebat, nak masuk line orang tp main himpit, ada jugak yg berlagak kedekut line taik idung masin!

Citer aku tadi bila duk line tengah dekat roundabout, jadi sebab aku nak belok ke simpang kul9 jadi, aku bagi signal supaya berada di line tepi belah kiri. Tapi cilaka nyer driver Cina lelaki yg baya2 bapak aku, gi rammed keter laju2 supaya aku tak boleh masuk line. Kedekut.

Cool lagi ni. Ke depan sket, agak2 jarak dia jauh, aku cuba masuk lagi, signal tetap bagi. Dia tekan minyak lagi. Cilaka, ni sudah bikin hati gua panas.

Takpe, aku cuba keter belakang ko plak la Cina. Tapi yg ni pun sama cilaka. Depa pakat nak main2 kan aku ke?


Sebab takleh nak masuk, bila sampai rounabout, aku bagi signal utk keluar di kiri. Tapi bangang punya Cina dua keter tu, depa rupanya nak pi terus, jadi tersangkut di line aku. Ini masa untuk aku balas dendam.

Pooooooooooooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

Puas hati. Sambil mulut berbuih2 mencarut. Habis tu, cakap la lagi pemandu pompuan ni ganas, tapi korang yg kononnya pemandu berhemah, langsung takde toleransi. Akai tinggal kat umah kot.

Aku doa la Malaysia ni ditimpa bencana teruk macam gempa bumi ke. Geram aku. Biar semua merana, hidup merempat takpun mati terus. Tensen la aku hidup dgn keadaan manusia yang nipis akal, moral zero.

Hampeh!


kiranajoe: Aku marah neh pakcik Cina. Esok, aku tunggu ko kat roundabout!! (Psiko tak aku?)

Thursday, March 31, 2011

Kantoi!

Suami kantoi! bawak present birthday yg dia baru beli utk aku dalam poket..

aku tgk ada tali terjuntai, terus tanya,

"Tu tali apa yang?

Dia pun, "Alaaaa...


Hehehehe

Masalahnya kantoi DUA HARI SEBELUM birthday aku.Hahahahahaha. Kesian.

Terima kasih tidak terhingga untuk suami kerana cuba sedaya upaya menggembirakan hati isteri. Sebenarnya kl takde hadiah pun i tak kisah. Ala, birthday je pun, kl nak bagi, patut tiap2 bulan, baru la org kata tanda kasih yg tiada penghujung. ngehngengeh.

Kiranajoe : Psss..i love u.