Tuesday, May 11, 2010

Maraton post entri banyak-banyak ;p

Ini entri berbaur hasad dengki terhadap suami sendiri.

Aku sungguh benci okeh sebab keterujaan untuk membuat surprise terhadap encik suami yang kembali ke Ledang utk misi bersama GPMS terbantut buat kali keduanya disebabkan masalah teknikal antara aku dan jadual kerja.

Silap manusia juga mungkin. Hak hak hak

Kali pertama misi ke Ledang adalah tahun lepas. Terbantut (aku sorang jela yg tak pegi, laki aku seperti biasa, mmg akan terjebak utk ke sana lagi dan lagi dan lagi...yeahhh) Aku tak pegi sebab mengalami kecutian keakibatan keguguran lantas aku kepantangan. (ada fahemm?)

Misi kali ini, aku kena kerja ya kawan2. Kena recalled di hari sabtu. Dah la depa pi 5 hari bermula 7 hingga 11 Mei, aku yg nak join di hari Sabtu Ahad pun tak direstui oleh bos. Huk!

Selama lima hari, coverage telefon suami mmg macam hampeh. So, aku isytihar perang dengan encik suami gara2 mengabaikan isteri. Dia sedar atau tak, aku pun tak tahu. Tapi setiap kali dia msg, dia akan cakap, "Mintak maaf banyak2 sayang... (so, aku agak2 dia tahu la bini dia merajuk..bhahaha)

Hari ini, ada hamba2 Allah yg terdiri daripada senior GPMS Shah Alam dah kembali bertugas dan mengupload dengan banyaknya gambar2 mereka di base camp Asahan. Dan aku kembali berhasad dengki dengan mereka semua.

Lihat aksi mereka..

Lanun 8410, veteran GPMS yang turun dari Jepun untuk bertemu pelajar Melayu dari GPMS UniKL-Micet di Asahan. Kalau boleh tiap bulan nak balik Mesia, rindu teh tarik ngan roti canai katanya.

Senaman malam. Hahaha ni kes kena rendam la neh. Mmg heaven beb, sejuk air. Pastu ikan plak gigit2 kaki.Fushhh..


Mereka gumbira, aku gundah gulana


EGL 2. Aku berazam utk join EGL3. Caiyok!


Ye, encik suami gembira kan dikelilingi bunga2..

kiranajoe : Ledang saksi cinta kami berputik..ahaks. geli geleman.

Monday, May 10, 2010

SAYA MELAPORKAN DARI CANDI LEMBAH BUJANG

Ok, kabel HP dan jumpa, kabel kamera pun dah jumpa. Sila tepuk tangan, sebab lepas ini banyak entri berkemungkinan akan disertakan bersama gambar...theheeee

Cerita kali ini adalah mengenai lawatan sambil belajar aku dan suami diiringi dua adik ipar, Juwita dan Alif ke Candi Lembah Bujang. Nak kata berbaloi pegi, hmmm..boleh la sebab nak melawat candi je kan, tak perlu keluar wang pun. Masuk percuma je.

Takde apa yg menarik sb suasana lengang je. Yg ada, beberapa org pelawat berbangsa India, pak guard sorang dan ada la family yang ke air terjun dan beberapa kerat lagi anak muda yang cuba menempah tiket utk masuk ke You Tube (panassss). Jabatan Agama, sila jangan tunggu saya buat laporan.

Kebetulan masa aku pegi (Februari 2010), Kedah tengah kemarau ya amat. Air sungai pun kering kontang, sumpah mmg air terjun pun tak mengalir. Yang ada cuma air yg bertakung kat celah2 batu. Kesian.

Sedikit info mengenai candi Lembah Bujang yg aku ceduk dari wikipedia. Kisahnya, mmg la aku nak salin info dari papan info dia (konon2) tapi sb aku dalam mood bercuti, so,aku lenggang kangkung je la..konon2 macam pi Bali, jadi pelancong. Bahaha


Terletak di antara kawasan Gunung Jerai di utara, dan Sungai Muda di selatan Lembah Bujang dianggap sebagai kawasan arkeologi terkaya di Malaysia. Ini kerana penemuan artifak sejarah masih didapati di kawasan itu sehingga hari ini.

Lembah Bujang pernah menjadi pusat perdagangan maritim antarabangsa tertua di negara ini di awal abad Masihi hingga 20 Masihi di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.

Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.

Wow! hebatkan...itu dulu la, skrg dah lain. Kehebatan lokasi setanding ngan Candi Borobudur la candi lain bagai dah lenyap dan kita tunggu lagi 5 tahun, apa jadi pada tempat ini...


Antara papan info yang masih ada tulisan. Yelah, ape pekdah depa nak wat signboard cantik2, tempat macam ni bukan leh bagi profit pun. Tak macam Bukit Bintang ke Jln Sultan Ismail ke.. anda rasa?




Ni tak silap aku tapak temple.


Penulis berangan nak beraksi ala supermodel tapi haram tak jadi..

Antara artifak yang dipertontonkan tanpa info, besi pemuka hanya gah
pada rupa tapi atasnya kosong takde maklumat apa pun.



Kata encik suami, zaman dia belajar dulu, depan pintu Muzium Lembah Bujang ni ada dua batu berbentuk singa besar. Tapi time kami pegi, singa tu dah takde. Kata suami, ramai pengunjung yang histeria disebabkan batu tu. So, sekarang ia dah dialihkan ke satu lokasi rahsia. Tunggu Mastika buat pendedahan.. :)




Ini air terjun di Gunung Jerai yang nak kata mengalir lesu pun tidak, bertakung lesu lah seswai..



Pemandangan indah dari puncak Gunung Jerai.

kiranajoe : teringat pulak aksi gedix sendiri dalam kereta pagi tadi bila dengar lagu Happy dari Amy Mastura.bahahaha siap goyang2 bahu..

Monday, May 3, 2010

GOTONG ROYONG BERSIH SAWANG


wahahahaha...sawang siut blog neh. Saper la tuan rumah yang pemalas sangat neh? Maklum saja, wanita bekerjaya memang sibuk. Tambah pulak dengan kerja2 rumah, urus anak (anak kucing laa), suami pulak tak urus sangat sb dia pandai urus diri sendiri (hehehe), urus rumah batu yang bocor bumbung bila hujan turun lebat (woff, ini 1st time dalam hidup ai, duk rumah batu macam duk dalam bangsal yang pakai atap nipah, bumbung bocor wa cakap lu...banjir wooo)

Tolak campur semua kerja yg ai buat secara slowwwmotioooon neh, hasilnya, blog tidak mendapat pembelaan yg adil..kesian.
Justeru, meh sini ai perincikan satu persatu aper aktiviti yg ai dah buat semenjak dua menjak ni sehingga terabaikan blog sendiri yg patutnya dibelai seperti anak sendiri.
1. Pada 24 April lepas, pada julung kalinya http://www.mychermin.blogspot.com/ dan http://www.kipswit.blogspot.com/ join Jumble Sale di Seksyen 7 Shah Alam. Meriah jugak walaupun tak ramai sangat pengunjung tapi CHERMIN amalkan konsep jualan murah untuk sesi pengenalan...dan bestnya, selepas syok pekena bazaar macam neh...CHERMIN dan rakan baiknya, KIPSWIT akan memperhebatkan penyertaan dalam acara sebegini...ehehehe (berita baik neh untuk kaki bazaar..)

2. Kami di CHERMIN juga telah memperhebatkan promosi (chewah!ayat kalah Jakel) dengan mengeluarkan tudung Syria Stripe Ekslusif hasil idea rakan niagaku Aqidah. Kuat semangat betul ini perempuan, dah la anak kembar tgh lasak, duk kejer lak Bangsar, ulang alik hari2 umah kat Seremban. Kalau korang berhati mulia (wat muka kesian sambil menayangkan gambar si kembar), sila la lawat dan beli tudung syria kami...huhuhuhu

inilah rupa Syria Stripe Chermin RM28/selai je

3. Kemudian, dalam sibuk berjualan, aku seperti terleka dan terlupa chenta hatiku yang satu itew sedang mengalami sindrom macam-nak-mati-berperang-dgn-final-exam. Kesian wooo..so, balik la sekejap ke Melaka melepas rindu.

Paling syok, hubby ai bawak ai pi makan ikan bakar kat Alai...Perhhhh!terbaik di kota Melaka la beb ketam dia...walaupun tunggu sampai layu mata tapi syiok dan murah. Untuk seekor ikan besar bapak masak 3 rasa, ketam sekor dan sotong, nasik lemak empat bungkus, air tembikai, teh O ais..RM40 jeeee...lalalalalalala (gambar takde sebab takde semangat nak ambik gambar, tunggu lama sangat... ;p)

okeylah, ai nak wat story jap, nanti KPI tak cecah 3, dapat surat cinta dari mgmt pulak...payah la utk wanita yang seperti ai nak survive sementara encik suami tamatkan pengajian... ;)


kiranajoe : suami berbadan sasa, jangan lupa wat sit up ye setiap hari..10 x je..pls

Monday, March 29, 2010

MUAK

Dia : Boleh tak lepas siap story ni, u emel pada i untuk check? I takkan ubah cara tulisan u, cuma nak pastikan takde perkataan yang menghiris hati penghidap HIV/AIDS dalam artikel?

Aku : (sambil berfikir, intw jam 11 malam story nak hantar pagi esok..??) Oh, ok..ok..

Dia : (sambil selak kertas panduan penggunaan perkataan dalam press release) I tak nak dalam artikel pesakit HIV ni ditulis pembawa HIV dan perkataan Aids tu ditulis AIDS (semua huruf besar). Semua yang macam tu jelah..macam perkataan akibat dosa, penagih dadah diganti pengguna dadah..sebab nak jaga sensitiviti mereka

Aku : Oh, semua dah ada dalam ni. Takpe, senang saya follow sini jelah. Tapi, saya nak bagitau satu, di akhbar kami, HIV dieja HIV dan AIDS dieja Aids. Sebab itu house style kami. Dan lain suratkhabar, lain house style nya.

Dia : I tahu tapi Aids tu kalau google, jumpa benda lain. So, u guna AIDS (yang dieja huruf besar).

Aku : Saya tahu tapi Aids kami eja huruf kecil sebab itu house style kami.

Dia : I tahu house style. I pun dulu wartawan. Kerja di Sinar Harian dan di suratkhabar Warta apa tu..saya lupa (motif, nampak sangat paper tak terkenal sebab ko sendiri pun lupa)

Story kemudian publish Ahad utk news. Selesai taip story, aku send kepada editor dan bergegas pulang ke kampung. Kenapa aku tak emel pada dia? Sebab story simple, takde pun guna nama saintifik. Motif news pun nak bagi dia check! Lain la kalau rencana. Lagipun kisah pesakit HIV/AIDS je..buweekkk! Selama dua hari, panggilan telefon dari dia aku tak angkat..maaf, saya tidak suka mendengar sesuatu yang memualkan di hari saya bercuti. Leave me alone!

p/s: Muak dgn org yg tak faham bahasa..

Friday, March 26, 2010

INI DUNIAKU

Semenjak dua menjak ini, akal aku memang tumpul. Sukar nak melahirkan ayat untuk dicantum menjadi satu cerita yang cantik. Aku cuba melawan rasa malas tp otak berkata, bukan malas puncanya tapi otakku sendat, padat. Badanku juga penat.

Buktinya, aku diserang sakit kepala. Berdenyut yg tidak terlalu keras tapi kerap. Urat di tepi kepala timbul dan tegang. Solusinya : semalam actifast dua biji ditelan dan aku lena beradu. Bangun pagi, sakit itu hilang dan sakit itu kembali bila aku mula mencantum dan menyuai padan ayat untuk membina cerita.

Pun begitu, aku seronok dengan kerja ini. Peluang keluar dan bertemu orang. Peluang untuk membuat kebajikan (bukan banyak, sekadar mendengar cerita dan luahan lantas dialih menjadi cerita untuk dikongsi bersama sekalian orang). Peluang mengular juga senang ;p

Puas sebenarnya bila ada pesanan diterima di inbox, menyatakan rasa gembira kerana hadir dengan paparan tulisan yang begini dan begitu. Kerana itu aku berani berkata, kerja ini duniaku tapi sampai bila?

Bertemu sahabat baik baru-baru ini membuatkan aku berangan panjang. Juga bekerja keras mengerah otak, berfikir (Angah dan angan2 sukar dipisahkan). Aku kagum dengan dia dan aku tahu kenapa dia boleh sampai ke tahap itu. Sebab dia kental, kuat, luar biasa dan segalanya..memang dia hebat.

huhuhuhu bukti dia berjaya? dia dah tukar kereta Alphard..umurnya sama sebaya dengan aku..sweet 28 hehe Cerita ni aku tak kongsi dengan encik suami kerana aku tak mahu di putus asa dan hilang semangat untuk belajar. Dia selalu salahkan diri, sebab dia, aku susah. Tak, aku tak pernah cakap dia membebankan aku..tp aku tahu kehendak lelaki. Dia berjiwa lelaki mithali. Mahu menghulur dan membiayai semuanya dari hasil titik peluhnya.

Aku cakap, 'Takpe, masa itu akan sampai. ' hehehe (yes hubby, i mean it..)

Kesimpulannya, aku penat melampau dan malam ini aku ada tugasan jam 10 malam (sesi intw berlangsung selepas selesai dia berteater..agaknya teater selesai jam berapa ye?) Intw seorang wanita pembawa HIV. Storynya perlu dihantar esok pagi. Demm..plan utk balik berjumpa belahan jiwa usai tugasan terpaksa ditukar. Hanya selepas story dihantar, baru boleh balik. Demm... (betul ke ini dunia aku? ;p)


kiranajoe : manusia yang selalu beralasan tidak akan berjaya...(oh, nooooo)

Monday, March 22, 2010

KABEL HP ILANG

Tgk title tu Hahahaha alasan la tu sebab dah lama tak update belog.
Tapi betul, aku banyak snap gambar2 menarik contohnya semalam aku mengemas rumah dan tolak almari dua pintu dari bilik belakang masuk ke syurga dunia milikku dan encik suami. korang bayang perempuan tolak lemari sorang2? Ha, tu dah story menarik..yg lagi best aku sorang je manusia dan yg lain adalah kucing-kucing yg membawakan watak sebagai mandur..(kurang asam nye Chomel!)


Aku tolak almari, Chomel dgn muka langsung tak gerun tgk almari bergerak..follow, sniff2 then masuk dalam almari. Woo, muka mmg serius..duk dalam almari, aku yg tuan duk bagi dia makan hari2 neh hiburkan hati dia dengan menolak dia dalam lemari..ceiisshhhh!Gambar tu smart..


Kemudian ada gambar aku dimekapkan oleh Kak Nisah...jadi empat jahanam kat opis yg punya mata lebam seperti ditumbuk suami. Harap maklum, kami isteri yg disayangi...cuma kami wat mata smokey eyes yg agak gerun dan hitam...(gamba takleh upload dik, nak tgk..meh datang opis neh..hehehe)


Ada jugak gambar ibu kami di kedai barunya...Cik Nah Cafe.
Woppss, perhatian kepada kawan2 yg suka berjalan2 di hujung minggu ke negeri Melaka. Boleh la singgah ke Cik Nah Cafe yang terletak berhadapan Menara Taming Sari..lajur 7eleven. Kedai biasa2 je tapi suasananya insyaAllah tenang. Ada beranda kecil depan kedai, boleh lepak2 sambil minum kopi dangdut :)





InsyaAllah...hujung bulan ini juga, Cik Nah Inn akan dibuka. Lokasinya betul2 di atas Cik Nah Cafe yang mana terletak di tengah2 Bandar Hilir, Melaka. Tiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, di ruang parking berdepan bangunan ini, ada Uptown :)

Konsep bilik bukan mewah2, dijamin selesa dan bersih tapi biliknya sangat terhad iaitu taraf homestay (malu nak sebut hotel ;P) di mana satu level diubah menjadi bilik besar dilengkapi dua buah katil bersaiz queen, set ruang tamu, televisyen dan bilik mandi. Kiranya sesuai untuk keluarga besar yang datang berjalan2 ke Melaka beramai2 dan tidak mahu habiskan banyak wang pada penginapan. Dua level untuk bilik penginapan.

Mudah dan senang ye sebab di atas bilik dan di bawahnya restoran (beroperasi sehingga 11 malam), di depan ada Menara Taming Sari, Bukit St Paul, Kapal Samudera, Dataran Pahlawan, A Famosa, sebelah kanan ada Mahkota Parade. Haaa, itik amfibia pun naik kat depan kedai mak aku neh...best woo. Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh call 013-6908899. :)

p/s: Tercabar melihat cara ibuku bekerja..haish, malu sungguh!

Wednesday, January 27, 2010

BILA IA AKAN BERAKHIR?


Kosong
Bingung
Jemu
Benci
Sendat
Mual

......semua bercampur baur. Rasa itu memijak keras tempurung kepala, menghenyak jiwa sehingga semuanya hancur luluh. Aku pening...aku keliru...aku tak mampu untuk berfikir!


p/s: Bukan masalah berat pun, jgn risau ye..

Ops...kawan2

Kenalkan, adik manis ini namanya Chomel. Buah hati baru keluarga kami..sangat berjiwa 'manusia' malah sanggup makan nasik kosong semata2 mahu menunjukkan dia neh bukan kucing. Pasrah.Tapi dia memang cumil bukan? Kesukaannya hisap jari macam baby hisap puting.Owh, u mmg cumil.. :)



Dia ini pula baru di angkat dari kedai pet oleh ahli keluarga yang bukan penggemar kucing. Hadiah utk adik bongsu. Tapi yg jadi pemilik zoo adalah aku.Owh, mmg manja macam kucing..dan syukur, dia tahu dia mmg kucing. Tapi cuma satu masalahnya, saat di beli, dia sedang cirit birit jadi sakit itu melarat sampai sekarang..jadi, setiap hari kalau siapa2 lalu depan rumah dan nampak aku sedang mop lantai, maksudnya aku bukan hendak tunjuk rajin tapi Boboi berak merata lagi.Pasrah .

sekian, terima kasih