Monday, September 28, 2009

RAYA SAKAN DI GURUN-BUKIT BUNGA-BATU RAKIT

Puas raya tahun ni..selepas empat hari di kampung encik suami di Gurun, kami berkonvoi pula bersama keluarga mentua dan kakak ipar ke rumah nenek aku di Bukit Bunga, Tanah Merah. Saja la nak kenalkan en suami kepada kaum keluarga di kampung. Maklum saja, tahun ni kan tahun pertama kami beraya bersama.

Di Gurun, suasana raya agak terasa dan terisi dengan sesi kunjung mengunjung. Sebut saja rumah sedara mana, hampir semua adik beradik belah mak mentua dan pak mentua kami jengah..nasi daging menjadi juadah utama bagi keluarga belah suami selain ketupat daun palas.

Lain plak di Kelantan, mak aku ada adik sorang je. Nenek yg tua pula duk bersama bapak sedara, so kami jarang berjalan sb cucu cicit pasti datang menjengah nenek membuatkan kami tak menang tangan menbancuh air, mengisi balang raya dan membasuh pinggan mangkuk. Tapi tahun neh, semua tugas aku pass pada anak2 dara yang tak kawin lagi..ushhh, seronoknyerr..

Dua hari di Kelantan, kami maju ke Terengganu pula sb Jumaat tu adik sepupu yang muda remaja (baru 20 tahun), berkahwin..di situ encik suami berkenalan dengan keluarga belah abah. Tapi dia banyak diam sebab katanya bahasa Terengganu susah nak faham (Katanya, laju la tak faham langsung) hehehe kesian dia.

Petangnya, selepas singgah di kubur moyang, encik suami tidak sabar2 nak mandi laut. Biasa la, kampung abah tepi pantai, mana tahan beb tgk laut membiru, tenang pulak tu...tak sama macam PD..hehehe Balik umah, tukar uniform, lantas kami empat beradik (termasuk suami) bersama si genit, Abg Long dan adiknya, Nadirah terjun laut beramai2..fuhh, best wooo... :)

Petang Sabtu, barulah bertolak balik ke S.Alam. Tapi tragedi, kete aku plak takleh start. Batt kong, aiihhh, si dugong sekor tuh mmg 'sakit jiwa' buat aku tensen...agaknya seminggu ditinggalkan, ada budak pasang mercun atau ada kilat buatkan alarm keter berbunyi sampai kong batt. ampeh betul..kena la RM170 tukar batt baru...huhuhuhuh

p/s: Kesimpulannya, aku tengah sengkek neh lepas pulang beraya keliling mesia...hehehehe

Thursday, September 10, 2009

KEPUTUSANNYA ADALAH...

Berbaloi ke gaduh sebab nak balik kampung? Aku tak tahu tapi ia memang wujud dan mereka yang pertama kali beraya sebagai suami isteri pastinya akan melalui fasa perang itu...masing2 lancar roket, tembak bertalu2 sekali2 lempar bom sembunyi tangan (ada ke peribahasa ni?)

Tapi aku benci manusia yang penting diri...dan aku cuba akan cuba sedaya upaya untuk tidak menjadi seperti itu juga.

Jadi keputusannya : Tahun ni kami balik beraya di Gurun, Kedah.

Jadi yang kedua : Saper2 nak konvoi, jomlah...kami mungkin akan bertolak pulang pada malam Jumaat sb suami mahu berbuka dengan keluarga.

Jadi yang ketiga : Tahun ni tahun kedua aku tidak pulang ke kampung halaman berjumpa sanak saudara? (tapi takpe, suami cakap yang paling penting ibu bapa. Memandangkan aku tinggal dgn bapa dan ibu aku yg di Melaka juga sering datang ke sini..raya kali ni dia punya kecuali ibu bapa tinggal jauh dari aku, jadi raya itu aku punya..hmm...pasrah)

Jadi yang keempat : Sanak saudara di kampung, tolong ye...jgn rindu aku. Biarkan aku saja yang rindu kamu orang semua..hehehe

Jadi yang kelima : Selamat Hari Raya Ampun Maaf Zahir dan Batin...berhati-hati di jalanraya ye...

p/s: Kamu orang semua sudah ada baju raya? Tema aper ye? Tahun ni aku nak berbaju kurung moden warna biru firus...mahu sedondon dengan suami, itu pun kalau dia setuju dan tidak penting diri..hmm..

Wednesday, September 2, 2009

KAU KESAYANGANKU

Yang, nanti kalau baby keluar kamu nak taruk nama apa?

Letak Muhammad jelaa..senang..

Tanak...ada plak Muhammad je. Muhammad Aqif Firdhaus ok tak?

Ok jugak...tapi nantila, lambat lagi nak keluar.

11 Ogos 2009 jam 2.30am
Dengan kuasa Allah...Bayi yang kami tunggu-tunggu lahir ke dunia tapi sayang dia sudah tidak bernyawa lagi. Usia yang baru menginjak angka 5 bulan dalam kandungan menyebabkan dia tidak mampu bertahan.

Akhirnya bayi itu kami namakan Muhammad bin Junaizad. Apa yang diinginkan papanya benar2 menjadi kenyataan. Al Fatihah untuk anakku Muhammad. Mama dan papa benar2 ingin menatap wajah Muhammad tapi kami tidak mampu...

Aku redha, aku pasrah tapi aku rindu dia...dia insan kesayanganku.

p/s: Saat itu aku menangis..bukan kerana kesakitan tapi sedih terpaksa melahirkan dia ke dunia sebelum waktunya.

Thursday, August 6, 2009

KATZ ~ MIAUUU

KUCING...kesayangan ramai orang. Bagi peminat 'berani mati' kucing, gelagat si manja neh mmg mampu jadi penawar duka. Macam aku dan adik yg bongsu, mmg giler suka kucing. Masa tinggal di Kelantan, aku pernah bela berbelas ekor kucing.

Sampaikan hari pindah ke Melaka (waktu tu umur aku 14 tahun) aku sanggup bawak seekor kucing kesayangan yg aku gelar 'mak miau' berkereta bersama-sama merentas perjalanan beratus batu jauhnya. Bila pk balik, mmg rasa sayang pada 'mak miau' buat aku lupa segala...sanggup riba dia dalam kereta dan bila dia mahu Poopoo..ku tadah dgn tisu ye..huhuhuhu sungguh tidak senonoh manusia bernama angah neh..

Pernah juga masa sekolah rendah, disebabkan abahku selalu berpindah randah..aku tertinggal kucing semasa sibuk berpindah. Bukan tertinggal pun tapi masa orang ramai2 angkat barang, dia gi jalan2..maklumlah kucing kampung. Suka la merayap. Malam tu jugak, ku menangis mintak abah pegi rumah lama ambik kucing aku..hehehe dalam kereta, air mata meleleh2..sedih la kunun! hehehe

Bila usia meningkat, lepas SPM aku ke U. Masa tu bela dua ekor kucing malas (Parsi), si Oren dan Manja..sb takde yg ambil tahu, dia terpaksa duk sereban dgn ayam serama abah. Huhuhuh sadis bukan kami neh. Sehingga la akhir hayat, mungkin sb jangkitan penyakit kuku dan mulut ke apa, depa mati selang sebulan...kesian, sejak dari tu, aku tak bela kucing lagi sb tak sanggup nak dera depa kalau2 takde masa nak membelai, membelek, mengutu dan memandi mereka...berdosa kan?

So, yg jadi mangsa aku dan adik skrg adalah kucing2 jiran yg rajin datang ke rumah sebab kami rajin umpan makan..stok Friskies mmg aku ada walaupun tak bela kucing..hehehe cadangnya bila dah pindah rumah bawah (dulu duk umah tinggi), aku n adik nak bela kucing sendiri tapi sb dah lama takde kucing, aku macam tak confident plak. Mampu ke aku jaga kucing? Kalau aku pi kejer, kucing tu nak lepas ke nak letak dalam sangkar? Cadangnya nak bela kucing biasa je sb kucing cantik neh banyak ragam...so jawapannya, nanti dulu..kumpul kekuatan secukupnya dan tunggu adik aku meroyan mintak pi carik kucing, baru kami bela.

Kucing orang belakang rumah Melaka
Kiranajoe : Kucing samer kaler karpet kat rumah S.Alam rakan terbaru aku..comey sangat wooo...suka nyelit bawah ketiak...hehehe tp kucing orang jugak, datang umah carik makan jer.

ABAH MERAJUK

Tidaaaakkk...abah merajuk! Tak sangka pulak sbkan terlupa wish birthday abah (bukan aku sorang ye, semua adik2 termasuk ma sendiri lupa birthday abah)...tok pin merajuk, langsung membuat muka ye kawan2...hehehe dah tua dah abah rupanya, sensitif amat.


Jadi, bagi menebus kesalahan, aku sebagai kakak yg tua cuba membuat plan last minute iaitu membelikan abah hadiah yg juga idea last minute...owhhh, tobat..tahun depan kena hantarkan bunga dan kek kat opis abah, bagi dia besar hati sket ngan anak2 perempuan dia neh...huhuhuh


Hasilnya adalah dua kotak tool box dari Ikea menjadi pemberian paling ikhlas dari kami semua lambang kami faham jiwa abah yg suka ngan hardware. Asalnya nak belikan tangga, tp rumah Melaka dah ada tangga...nak beli Botch tu macam tak sempat nak recce. So, hasilnya adalah tool box saja...


Abah&Ma suka simpan kad ucapan dari anak2...



Selamat Ulangtahun yang ke 52 Tok Pin.

Abah tanya, nak wat aper neh? Sepit telinga Angah? HoHohohooo..We Luv u dad!

Thursday, July 23, 2009

NYAMUK BAWAH MEJA

Eiii, tensen...aku ingat alahan kulit, gatal2 kaki...rupanya bawah meja opis neh ader nyamuk. Kena tepuk mati, aku angkat tgk..nyamuk muda! Patut pun dia nyer gigitan, mak ai gatai semacam...

Tapi nape nyamuk yg muda tuh dia nyer gigit pedih n gatal semacam ek?

kiranajoe: mata mengantuk pun jadi terang lepas berperang ngan nyamuk muda..cisss!

Thursday, July 16, 2009

PERISTIWA 5 JULAI

ORANG BARU
Walaupun agak terlambat tp aku nak juga wat special entry utk my best friend (Nur Aqidah Azizi @ Kid) yg selamat menyambut sepasang kembar lelakinya pada 5 Julai 2009 tepat jam 8.50 malam di Hospital Putrajaya...dah nak masuk dua minggu dah pun.

Berkesempatan la melawat selepas tiga hari baby boy yg dari dalam perut katanya seiras tp terkejut aku bila pi tgk, sorang besar sorang kecil, sorang putih sorang gelap..hehehe neneknya panggil sorang Arab, sorang Jepun...sorg muka macam Kido n sorang muka Ifwan. Tp yg pasti..mmg tersangat2 cute...(gambar takleh nak upload ye, mama n papa nya tak mau publish lagi).

4D dlm perut mmg si chubby tu kuar2 je tembam, yg sebelah lagi tu mmg kuar2 je camera shy...true story..hehehe

Namanya dah ada...Mohd Irfan Altamis dan Mohd Irsyad Altamis bin Mohd Ifwan.
Tgkkan keadaan kawan aku yg baru 1st time beranak tu (potong perut ye..), ngeri plak...tp dia duk berjalan je. katanya nak bagi luka cepat sembuh...huhuhuh ngeri sb perut pun tak kempis2, mcm preggy 9 bulan gak.

Kid mula2 nak cerita yg baik2 jer pasal bersalin..katanya ikut pengalaman dia la, semua org boleh tanggung sakit bersalin..normal or bedah...lama2 aku duk umah dia, banyak plak citer ngeri..hahaha aper2 jela kido..aku mmg takleh nak bayangkan skrg neh, aku tggu je masa aku bulan 12 nanti..hehehe gerun woooo...

RUMAH BARU
Nak jadi cerita, hari yg sama kawan aku sibuk nak beranak, aku pun senak perut sampai nak terberanak jugak. Kisahnya, ari tu aku pindah umah...dari Padang Jawa ke Alam Budiman...dkt sket ngan rumah sendiri n tak perlu nak panjat2 tangga la..mmg penat takleh nak cakap la, bila hari2 berulang dari Bangsar ke Padang Jawa, Shah Alam...pastu nak kena pulak panjat tangga tingkat empat...mmg semput tersangat2 la semput...

Dah lama survey Alam Budiman neh, sejak belum kawin. Kejiranan OK, walaupun kawasan baru tp persatuan penduduk aktif, kawasan pun ramai Melayu..Surau pun mmg berkumandang azan tiap masuk waktu..nak kata jauh sangat, tak kot sebab dah terbiasa berulang jauh..




Brick merah, nampak klasik kan..hehehe

Yang paling penting, rumah baru neh luas lagi laaa. Boleh tambah byk barang untuk tambah semak rumah...hehehe tggu ibu ratu dtg la. Dgrnya dah macam2 plan nak buat, antaranya nak penuhkan rumah dgn perabot Jati..omg!no mum..pls dont...ku pk nak wat simple je, Moden Inggeris yg ala2 je..tp apo nak di kato...just wait n see jela...

Kiranajoe: Tahniah kid&ifwan, moga dgn kehadiran Irfan&Irsyad, idup korang bertambah berkat, dimurahkan rezeki dan bahagia ke akhir hayat...amin