Wednesday, October 12, 2011

Click laaa...korang pasti akan dapat sesuatu.

Aku suka dia ni...korang follow lah dia.buka minda dan serap setiap apa yg dia lontarkan. Pasti korang akan berfikir dan terus berfikir. .

Tapi setakat ni, aku hanya mampu berfikir, tak mampu bertindak lagi. Tapi kalau ramai Melayu Islam berfikiran seperti dia, kita pasti kuat..

Aku perkauman tapi demi agama yang dianuti. Bagi aku, Melayu kuat kerana agama yang dipegang iaitu Islam.


Cursing Malay

Tuesday, October 11, 2011

Saya bukan adik awak!

"Adik ni baru kejer ke?...tak pernah nampak pun.

"Dik, doktor sarankan adik datang lagi next week...

"Saya tak jumpa form awak ni dik. Boleh isi lagi sekali tak?

Dik , dik , dik...!!

Apakah ini? Saya terasa sangat berkecil hati dengan gelaran ADIK bila berurusan secara formal. Kalau awak tu doktor, nak jumpa patient, tengok dulu tarikh lahir patient. Aku ni lahir tahun 1982...dah 29 tahun kot. Apsal panggil ADIK woi?

Dan abang aku ada sorang je, tu pun dah lama meninggal. Kakak memang aku takde. Dan aku takde rasa nak jadi adik angkat segera korang. Sila belajar skill of communication pleaseeeeee...


sekian carutan aku hari ini.

Friday, September 30, 2011

#Wordless Friday

Apa, ingat Jumaat takleh buat wordless mcm selalu org wat wordless wednesday ke?


Ha.Tengok ni..Jadikan iktibar.


kiranajoe : Saya kategori 4.Hahaha. Tak guna punya olanggg...

Friday, September 23, 2011

Perkembangan kandungan *wink*wink*

Wah, gaya retis. Tajuk tanak kalah. Tapi menipu ala Metro.

Kandungan tu boleh jugak merujuk kepada perut yang membuncit tanpa isi kan? hahahaha

Sekian cerita tipu saya.

p/s : Rindu ai tak u ols?

Monday, August 1, 2011

Birthday Boy!

Mulut duk yay..yay..yay..yay sambil tangan sibuk try hadiah birthday. Tu apak den tuh..yg dah 55 tahun. Punyala excited dapat hadiah dari anak2. Hehehe comey laa sungguh.



Birthdaynya 3 August tapi sebab dah nak puasa, so sambutla Ahad 31 Julai sebelum 1 Ramadan. Simple je pun, hanya ada kek tanda ingatan dan hadiah iringan.Hahahaha


Yang penting, cake adalah home made okeh wlpun tepung kotak siap bancuh. Kredit untuk pembuat kek iaitu adik aku, Shera. :p




Bolehla, nak masuk mulut sendiri je pun. Nak tempah boleh gak :) Perhatikan, 'rakan' birthday boy buat apa tu..ish ish ish..pastu siap request, birthday ma nak kerusi. hahaha. takpela, disebabkan birthday nyer bulan sebelas, sempat la kami kumpul duit. ;p



Excited. Jam ni encik suami yang pilihkan. Kami order je sb aku tau pencinta jam tahu apa yg pencinta jam mahu. Dan, memang benar, abah suka. Hehehe



Kiranajoe : Selamat Ulangtahun Kelahiran yg ke 55 encik abah. Tahun ni belum ada rezeki timang cucu, jadi kami bagi hadiah je. Tahun depan ada rezeki, kami bagi cucu yek. no hadiah hadiah lagi. ;p

Friday, July 8, 2011

#Teringin 1



Teringin nak tengok suami bawak anak mandi laut.


kiranajoe : Hadapi dengan senyuman :) InsyaAllah, moga Allah makbulkan permintaan hambaNya ini. AMIN.

Wednesday, June 1, 2011

Saper nak kasut Princess, meh join contest ni!!

Aku jumpa CEO Princess, Mr Alan hari tu atas urusan kerja. Dia baik hati bagi aku kasut free sepasang dengan dua voucher 30 %.


Aku bab2 kasut ni mmg tak reti nak bersabar la. Sempat bertahan dua minggu, terus gi redeem. Hehehehe. Tapi pusing nyer pusing, payah nak jumpa yg berkenan di hati. Mungkin sebab hari aku pi Princess kat Jalan Tar tu, aku takde mood. Jadi, rembat je sambil pejam mata.


Ini hasilnya. Utk yg voucher free sepasang tu, aku ikut cakap staff dia. Dia cucuk2 aku bila aku pegang yang murah. Dia cakap, "Baik akak ambik yg paling mahal. Meh saya tunjuk koleksi baru yang mahal sket!


Keh keh keh..jahat tau adik tu. Baji hitam tu harganya RM139. ok la kan. Best gak bila pakai. Tambah best sb FREE!


Pump shoe tu mmg feveret. Tapi kl biasa pakai kasut size 5, Princess nyer pump ni, macam sempit sket kl 5 tp sb takde stok, aku ambk jugak. Jadi, agak ketat..yg ni aku beli ngan voucher 30%.


Jadi, dengan rendah hatinya, aku nak berkongsi kegembiraan 'bershopping kasut dengan voucher' bersama kawan2 di blog. Aku tak tahu berapa ramai kawan2 di luar sana yang membaca tp demi mengeratkan silaturrahim, aku nak bagi korang je voucher yang lagi satu ni. Baikkan aku? hahaha


Kl korang nak tahu, sejak si Alan ni pegang Princess, kasut and handbag kat sana dah banyak berubah sikit dari segi rekaan. Lebih funky dan moden sket.


Jadi, sapa mau...sapa mau?? Voucher tanpa tarikh luput, gincu ngan keychain tu tak disertakan, prop saja okeh.

Untuk mendapatkan voucher ini, siapa yang jawab soalan ni dengan tepat dan cepat, dia yang menang.

1. Berapa umur CEO Princess, Alan Lok ni sekarang?


kiranajoe : Selamat menggoogle u ols :)