Friday, April 22, 2011

Boikot blog sendiri.

Padahal malas nak update blog.

Tadi jalan2 blog Puan Pedas Rajin Masak, terjumpa plak sesuatu yang menggirangkan jika dibuat di hari2 Jumaat yg malas ni.

Sorry Farah, kita copy paste yekkk.. :) halal ye dunia akhirat.

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku sayang dia
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


HASIL AKU HARI NI

Aku peluk Mak aku Sebab aku sayang dia!

hahaha, aku tukar yg last. Aku pakai baju hitam, Farah tulis, Hitam : Sebab aku gila.
Takkan aku nak cakap aku peluk mak aku sb aku gila plak...harus la sebab aku sayang mak aku. Hahahahaha


cer anda semua cuba. Saja suka2.

kiranajoe : Otak semakin pulih, i nak didik dia jadi otak yg baik, sopan dan bijak pandai. Boleh?

Wednesday, April 6, 2011

Kenapa cakap pemandu wanita ganas?

Isu basi! Wekk, tapi betul la, aku pun perasan, pemandu wanita ni bersepah atas jalan raya kat KL ni. Bermacam jenis gaya, ada yg bagi signal terus masuk, ada yg bajet hebat, nak masuk line orang tp main himpit, ada jugak yg berlagak kedekut line taik idung masin!

Citer aku tadi bila duk line tengah dekat roundabout, jadi sebab aku nak belok ke simpang kul9 jadi, aku bagi signal supaya berada di line tepi belah kiri. Tapi cilaka nyer driver Cina lelaki yg baya2 bapak aku, gi rammed keter laju2 supaya aku tak boleh masuk line. Kedekut.

Cool lagi ni. Ke depan sket, agak2 jarak dia jauh, aku cuba masuk lagi, signal tetap bagi. Dia tekan minyak lagi. Cilaka, ni sudah bikin hati gua panas.

Takpe, aku cuba keter belakang ko plak la Cina. Tapi yg ni pun sama cilaka. Depa pakat nak main2 kan aku ke?


Sebab takleh nak masuk, bila sampai rounabout, aku bagi signal utk keluar di kiri. Tapi bangang punya Cina dua keter tu, depa rupanya nak pi terus, jadi tersangkut di line aku. Ini masa untuk aku balas dendam.

Pooooooooooooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

Puas hati. Sambil mulut berbuih2 mencarut. Habis tu, cakap la lagi pemandu pompuan ni ganas, tapi korang yg kononnya pemandu berhemah, langsung takde toleransi. Akai tinggal kat umah kot.

Aku doa la Malaysia ni ditimpa bencana teruk macam gempa bumi ke. Geram aku. Biar semua merana, hidup merempat takpun mati terus. Tensen la aku hidup dgn keadaan manusia yang nipis akal, moral zero.

Hampeh!


kiranajoe: Aku marah neh pakcik Cina. Esok, aku tunggu ko kat roundabout!! (Psiko tak aku?)

Thursday, March 31, 2011

Kantoi!

Suami kantoi! bawak present birthday yg dia baru beli utk aku dalam poket..

aku tgk ada tali terjuntai, terus tanya,

"Tu tali apa yang?

Dia pun, "Alaaaa...


Hehehehe

Masalahnya kantoi DUA HARI SEBELUM birthday aku.Hahahahahaha. Kesian.

Terima kasih tidak terhingga untuk suami kerana cuba sedaya upaya menggembirakan hati isteri. Sebenarnya kl takde hadiah pun i tak kisah. Ala, birthday je pun, kl nak bagi, patut tiap2 bulan, baru la org kata tanda kasih yg tiada penghujung. ngehngengeh.

Kiranajoe : Psss..i love u.

Friday, March 25, 2011

Ditelan mati mak diluah mati bapak

Apa pendapat korang dengan sikap ibu bapa yang suka masuk campur dalam urusan anak2 walaupun masing-masing dah kerja dan berkahwin?

Bukan nak menafikan hak ibu bapa tapi susah bukan hidup tak mampu buat keputusan dan tindakan sendiri?

Sebab tu anak-anak muda sekarang tak reti berdikari sebab mak ayah dah ikat anak-anak dengan harta. Dah kawin tetap bayarkan kereta, ada yang bayarkan rumah dan sebagainya.

Bukanlah pengalaman sama ada yang menjanjikan keputusan betul atau salah itu satu pelajaran ke?

Fikir-fikirkanlah.


Kiranajoe : Kesian kan..isk isk isk

Monday, March 21, 2011

Lemas la jadi pompuan huduh!

Ari tu pi assgmt kat Park Royal. Nak interview pemilik butik Rafflesia, Winnie ngan suaminya, Mr Sin. Depa tu memang baik la, murah senyuman, tak kekwat cuma satu jelah, bini dia, walaupun org Malaysia tapi tak reti berbahasa Melayu.

Bukan ke bahasa Melayu bahasa kebangsaan kita ke? Jadi, kl org Malaysia tak reti cakap bahasa kebangsaan, apa kes kan?

Okey, okey. Ke laut sudah.

Sambung balik, nak jadi citer, aku sampai2, nak masuk ke butik barang kemas mewah yg ala2 kedai standard Tiffany&Co, Rolex dan sewaktu dengannya itu, kena la tekan bell kan. Aku nampak la dari luar, ada nyonya sedang lap2.

Dia teragak2 nak bukak pintu sambil tangan bagi isyarat nanti dulu. Kemudian, dia selak pintu macam tak nak bukak sambil aku cakap, i have an appointment with Mr Sin. (speaking tu!)

Dia cakap, takde orang dalam, takde orang dalam sambil tgk atas bawah. Apa kes auntie, saya sekeh kang cakap saya tak hormat orang tua pulak (aku cakap dalam hati je ni). Then sebelum dia tutup pintu, aku cakap, saya dari media, nak jumpa Mr Sin. Dia tutup jugak pintu, then pi capai tepon. Ingat aku perompak ke?

Terus aku rasa DOWN! Huaaaargghh! terus nak gi revamp diri. Lagipun suar semua sendat. Gemuk sudah. Benci tau.

Jadi, mari kita tgk, apakah gaya yg seswai ngan aku. Feminin la skit, lagipun usia dah bertambah. Bini org pulak tu. Selalu sangat org pikir aku ni budak2, bila suami aku letak tangan atas bahu bila jalan2, diaorang bagi pandangan macam aku wat dosa besar. Habis, budak2 yg cium molot masa naik eskelator tu macamana pakcik? Huwarrrrhh!Mencik mencik mencik.



1. Skirt (ni saya tgk kat belog Dr Santek Merahjamboo.HikHik) Cuba clik Aishah Amin

Naisssss!

Macam gaya2 Hana Tajima pun ada gak.



Ni pun sama naisssss...


2. Suar tapered org panggil dop.

Yang ni laki aku cakap suar aladdin. Aku ada beli satu kat Cotton On suatu ketika dulu. Pakai sekali je gi Sunway Pyramid. Pastu laki aku cakap, kita takde nampak pun org pakai suar aladdin macam kamu. Huawrrrrggg! itu kejian yg paling keji.



Woh!gaya busuk2 gini memang feveret sepanjang zaman lah.


Aishah Amin (baju kuning) dan baju putih itu Ami Schaheera


Yang ini pulak designer Indonesia. Dian Pelangi. Comey gaya dia ni. Sempoi.



Juga org yg sama.Haish.


3. Atau bagaimana pula dengan dress begini.


Sweet bangat aih






Dia ni suka design semua yg pelangi2.



Ololoolooooo...comey


Stylish bukan...hmmm...


Kemudian misi pun bermula...1st try. Tadaaaaa....


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


Selekeh bukan? Tp dengan kegemukan yg sedang bermaharajalela sekarang ni. Suar yg begini sangat selesa...sangat sangat sangat okeh.

Okbai.










Berminggu-minggu usaha login tp password salah.Hampeh.Hampeh.Hampeh

Hawau wehhh...

Sebab setup emel kat tepon, password yang sememangnya diulang tayang sebagai kata kunci bagi semua login items (haha, ada ke term ni?) jadi nanar/kucar kacir sehingga tergendala proses update blog segala.

Keciwa mak tau.Ingatkan BikMama nak hack blog i. Wahahahahaha.

Sekarang kunci2 itu dapat diunlock jua.Hehehehe.Suka weh.


Bersiaran secara langsung di meja ofis yang macam kapal pecah. Cer tengok, cer tengok, blog sapa i tgh skodeng tu?

Kiranajoe : Hari ni mood gelenyar (bahasa Kelantan = Gatal) nak upload muka sendiri. hehehe

Monday, March 14, 2011

My Wishlist.

Dear hubby,
Please identify which one u can afford to buy:

1. Gold bar (macam byk duit)
2. Lumix
3. High end branded bag (kahkahkah)
4. Ankle bracelet
5. Pendant which is close to my heart! ;p
6. Watch

or maybe a baby!

Kiranajoe : ;p