Monday, March 14, 2011

Happy 2nd Anniversary Yang!


Reasons Why

Our love is the long lasting kind;
We’ve been together quite awhile.

I love you for so many things,
Your voice, your touch, your kiss, your smile.
You accept me as I am; I can relax and just be me.

Even when my quirks come out,
You think they’re cute; you let me be.
With you, there’s nothing to resist;

You’re irresistible to me.
I’m drawn to you in total trust;
I give myself to you willingly.

Your sweet devotion never fails;
You view me with a patient heart.
You love me, dear, no matter what.

You’ve been that way right from the start.

Those are just a few reasons why I’ll always love you like I do.
We’ll have a lifetime full of love,
And it will happen because of you.

By Joanna Fuchs

Kiranajoe : i love u:wink:wink!

Wednesday, March 9, 2011

ilovepastelina.com



Ni geng2 The Scarflets. Ala, geng2 pompuan bertudung gaya vogue memang best habis yg terkenal seantero alam maya ni.

Diorang ada bukak online shop nama ilovepastelina.com. baru-baru ni. Olololoooo, baju2 mmg comey habis, semua pulak kaler sweet gilossss. Rasa macam nak makan! Tp mmg best la sebab diorang bagus, wat grup, selalu gathering pastu wat bisnes sesama plak. Hebat!

Kat Pastelina tu diorang jual baju yg stylo mylo habis dan sangat sesuai dgn imej wanita muslimah. Antaranya :



Silk scarf ni. Yg gaya2 Hana Tajima pakai tu. Diorang kan kawan baik ngan Hana Tajima.



Sweet weh.



Dan skirt bertingkat kaler pastel ni menjadi signature bagi geng depa. Mmg cun habis. Ko tgk si Maria Elena yg sengal habis ni pakai. Oloh, hilang sengal terus jadi manis bangat.



Kan? Tak sengal macam biasa kan. Berlakon la tu. Kalau tak muka senget benget jer bergambar. hehehehe




Aku ni dah macam wat review iklan berbayar dah pulak. Tak pun sebenarnya, sajer nak berkongsi info sebab aku perasan, sejak entry lepas, aku banyak blogwalking dan dapat banyak info dari blog2 orang lain. So, aku pun rasa, baik aku wat pahala dgn berkongsi pulak apa yg aku dapat sepanjang blogwalking di pejabat ni. Haaa? Blogwalking di pejabat? Larikkkkk!!


Kiranajoe : Taip www.ilovepastelina.com sweet wooo...

Friday, February 25, 2011

Bila saya marah

Saya tak akan cakap, tak senyum, tak peduli.

Saya tahu berdosa tapi saya marah. Nak buat macamana. Manusia beb bukan kotak TV, bukan mangkun jamban yang takde hati dan perasaan.

Aku nak anak lah. Bila ada anak, marah2, boleh wat lawak ngan dia gelak2. Sejuk sikit hati.


kiranajoe : Ikut hati mati..tapi saya ikut rasa je. Rasa malas nak marah lagi, saya cool lah.

Friday, February 18, 2011

Hello, my name is Maryam!

Nenek aku dua2 nama Mariam. Belah ma, Wan Meriam Wan Mahmud. Belah abah, Mariam Mamat. Ish ish ish, kebetulan betul.

Sepupu aku hari tu dapat baby girl, dia buh nama Rabiatul Aishah. Aishah tu sempena nama moyang kami. Aku pun tanpa beragak, terus berazam nak beranak cepat2, kalau dapat baby girl, nak taruk nama Maryam. Tribute la kiranya.

Tapi...kalau tak beranak, macamana nak guna nama tu?

Kemudian, sorang kawan blogger namanya Farah tu..hehehe bersalin, dapat anak, dia taruk nama Maryam. Sweet sungguh.

Kemudian lagi, malam tadi, kawan ofis aku pun bersalin anak kedua. Scan memang tak pernah nampak, dah bersalin baru tahu girl. Doktor siap komplot nak tipu dia, cakap dia dapat anak laki lagi. Sebab 1st anak, boy. Doktor tu comel betul. Nak main2 plak lepas org tu penat meneran.

Nak sedap citer. Dia pun buh nama Maryam. Hoh! Pah guano tu...
Takpe, aku simpan la jugak nama tu. Tak kira, nak jugak.

Tadi gi melawat Maryam Azhar. Comel la berbungkus. Tidur tanak bukak mata. Sungguh syok la. Sempat dukung, rasa geram nak peluk kemas2 tapi takut plak patah riuk tulang temulang si tecik tu.

Kami pergi berjemaah. Ambik berkat ramai2. Ada mak budok yg teringin nak beranak lagi, ada jugak bekas 'bakal mak budak' yg nak mencuba lagi dan sorang anak dara yg terror nak mampus pegang budak tapi tak reti2 nak kawin.

Hello Maryam!


Perangai buruk. Asal jumpa baby, nak selak tengok kaki la, nak tgk jari la. Ish.

Ambik berkat namanya ni. Fuh! Biarlah melekat! Hehehe

kiranajoe : Pssstt...suami, jom pi honeymun.

Monday, February 14, 2011

Selamat datang cinta!

Disebabkan pada 12 hb, si adik manis Peod datang, jadi perasaan aku bercampur baur.

Mahu teruskan treatment atau relax barang sebulan dua daripada menggunakan bahan kimia?

Suami cakap, kamu selalu wat kejer tak habis. Hmmm..betul gak, bli set Biodex tapi hampeh, tak habis pun. Kawan bagi jamu, pun tak bersentuh, beli dan makan sekejap Jamu Mak Dara, den brenti hahahaha mak tak seswai makan nok. Tapi aku suggest la utk org yg dah pernah bersalin normal. Silakan.

Petang ini penentuan sebab harus ke Umra jumpa Dr Ummul tu. Serasa aku, pasni dia nak wat fallopian tube test yg shoot dye dalam uterus, check salur blocked atau sempit atau apa2 je. Huwaaaa, tu yg takut tu..org cakap sakit. Ngeri ngeri!


kiranajoe : :(

Friday, February 11, 2011

Ya ampun...aku comel katanya.

Duk tgk tv...suami tiba2 tenung muka yg penuh jerawat ni...(bayangkan pls..)
Renungan mata macam zaman bercinta dulu plak tu..dlm ati dah pikir dah, ni mesti ada akal nak kenakan aku ni.

Pastu dia cakap, "Kamu ni comel la. Kita selalu bayangkan anak2 kita keletah comel macam kamu tapi nakal macam kita!

Hah!Ambik ko.Kembang kejap bontot aku.
Wei, laki mak cakap mak comey wei..hahahahahaha padahal bukan aku wat apa pun, aku tgh makan nasik, atas sofa sebelah dia, dia plak tgk tv.

huummmm..kepada wanita2 di luar sana yg jarang dipuji suami, sila jeles! ;p


kiranajoe : Perasan seminggu. Tapi lepas jerawat2 sebesar penumbuk ni penuh di muka, mak punya self esteem dah mencanak2 turun. huh!

Thursday, February 10, 2011

Pening sampai telinga rasa panas!

Uishhhh, pening kepala ya amat. Berdenyut denyut denyut. Mungkinkah kerana cuaca panas atau mungkinkah kerana stress?

Sebenarnya aku menghitung hari untuk ketemu dokter. Yes, u ols, sambil2 tunggu puan P* datang. Fussshh!! Harap2 dia tak datang...hahahaha pish pish...jauh ko.

Tapi mungkin period nak datang jugak ni...jerawat sebesar2 ibu jari tumbuh kat muka. Hah!Hambik ko..kat idung, kat pipi. Senget benget dah muka gua. Ceh, bedebah punya jerawat.
Aku pun geram, lepas wat treatment kesuburan ni, memang maha hebat kebesaran jerawat2 ini.
Wek, macamla dulu muka flawless sangat...nyampah! ;p

Tensi bertambah pulekkk bila aku susah2 lukis gambarajah muka guna Paint. Ya allah, jelita sangat jadinya pastu siap circle kawasan2 yang sedang dilanda jerawat. Tapi...Hish, geram betul, gambar takleh upload. Naper erk? Ah, lantak la dia di situ.


kiranajoe : Gelabah itik wat kejer sambil update blog. Aku nak cabur kul5 tepat2. Lumba ngan cik suami, saper sampai umah dulu..hahahah boleh?