Monday, October 19, 2009

JUMAAT NAN BERISI

Apa la post tajuk macam neh...alah, maksudnya hari Jumaat yang penuh dengan rancangan dan aktiviti la ye kawan-kawan..tapi sungguh, mmg Jumaat lepas hari yg seronottt. Lebih seronok dari raya. Sebabnya..

Jumaat lepas adik2ku, kak dan adik berkonvo secara berjemaah..hehehe gempak gak. Leh wat news aper, sorang dapat Diploma, sorang dapat Degree tapi kalau ada reporter intw pun, malu jugak la nak sebut CGPA..hehehe adoooo je dua2 orang..hehehe

Mereka gumbira..saya juga tumpang gumbira ;p

Dari kiri: Tok Pin, adik, kak dan Nek Nah

"Siapa yang bulat? Saya la tuh..heheheh


Selepas berhappening di UiTM Shah Alam, kami mamam sempena meraikan hari bersejarah adik dan kak di Qaseh Bonda (belakang Tesco Extra)..berkonvoi la tiga keter. Makcik tonah seperti selalu, akan tanya kat mana makan best, tapiiiiiiiiiiiiii kawan2...jgn bagi idea ye sebab kalau rasa makanan tempat yang direkomen tuh adoooo...jawabnya dia akan tolak pinggan sambil berkata..alah, makan macam neh sedap ke? hehehe mmg hancur luluh lah ati di atas kelazeran di luar sedar makcik tonah iteww.

Selepas sesi shooting di tasik shah alam..(aku ikut jela, sebab cik suami takde, so akulah jadi tukang ambik gambar alias tukang bikin kecoh) kami berkonvoi pula pulang ke Melaka...sebab malam tu adik sepupu, Azman nak bernikah la pulak..kawin orang Melaka beb, beradat beradun lah. Kami org Pantai Timur neh mana ada nak beradat sangat. Malam nikah, just akad je la...tp depa neh siap nak kena terang adat, ada pulak bersanding kecik, bunga api..nasib takde acara membalas pantun. Kalau tak, mak selaku juara pantun dunia neh la yg akan ke depan... ;p

Kenduri pun meriah sebab keluarga dari Terengganu datang berkonvoi sepuluh kereta dan dua van...petang lepas kenduri, mereka singgah la rumah den kat Bukit Katil nuh...fuhh!berpeluh beb...penuh rumah..tapi sangat meriah...plan asal kalau adik2 tak berkonvo Jumaat tuh, malam selepas nikah nak jugak berBBQ tapi malangnya aktiviti bakar membakar terpaksa ditunda ke lain tahun..mungkin masa adik2 aku kawin ke...

Sesi gelabah bakal pengantin...fuh! berpeluh, nak akad nikah
kena interview sampai sejam setengah beb..
Sesi interframe yg x sudah2...

Dan lagi...

Ops...yg baju putih tuh bukan pengantin ye..tu bapa sedara pengantin..
semua gara2 anak2 dara yg sibuk pilih baju sendiri sampai
terlupa bawak balik baju melayu abah...nasib ada sepasang kat umah melaka

Lebih meriah sebab kenduri keesokan harinya diserikan dengan aktiviti orang Melaka berjoget lambak...astagfurillah, mengucap panjang la pakcik2 janggut dari Terangganu..hahaha maklum la, orang kampung beb..nengok pulak yg bergelek Inul tuh penyanyi kelab hahahah haru laa...siap tonggek kat tong speaker sambil membuat aksi gelek..lucah..lucah..hahahah aper2 pun adat depa, kita nonton jela..yg makcik2 yg ikut bergelek walaupun 'tong' mereka bersaiz super duper luar biasa tu...biarlah..asal mereke gembire ye.
(harap maaf, gambar penyanyi goyang dangdut ngak ada ye..sebab kami semua terlopong meleleh2 air liur nengok awek tuh gerudi Inul..heheheh)

p/s: Best nyer kalau time adik2 aku berkenduri nanti dapat panggil orang main cak lempong...dulu masa kawin, mmg teringin tp disebabkan kesuntukan waktu, so semuanya tak terlaksana. huhuhuh

Saturday, October 3, 2009

3 NYAWA BARU LAHIR KE DUNIA

Sebaik saje kaki menekan pedal minyak utk ke tempat kejer (selepas lambat sejam ye anak2..hehe) aku terima satu mesej dari sahabat yg melahirkan kesyukuran selepas selamat menyambut kelahiran cahayamatanya yang pertama...

SEJUTA TAHNIAH untuk Kak Pah dan suami...comel sungguh hero awak ye...Syoknya, baby neh dah ada nama sejak dalam perut lagi...kata daddynya ari tuh, Muhammad Iman Dhani ye wak..? lebih kurang macam tu laa..tahniah, moga sihat selalu, jadi anak yg baik dan beriman. InsyaAllah...

Sampai saja ke ofis, mak buyung yg bernama Kak Tim (hehehe jgn marah ye ktim) datang bagi khabar gembira...katanya Shima Court dah selamat bersalin awal pagi tadi..juga boy. Tak silap aku, Shima due pada raya hari tu tp disebabkan takde bukaan, so takleh la baby tu keluar. Rupa2nya, baby tu sayang nak meninggalkan perut ibunya yg selesa dan nyaman itu..dalam sana dia membesar bak johan...4.1 kg u olss...fuhh, berpeluh aku dgr..

Pegi assg, Kak Anis pulak bagitau..Serimah pun dah bersalin jugak..pun baby boy. Padahal semalam baru aku tgk dia kat opis, melepak dan sempat menegur masa aku nak pi assg...subhanallah...nasib baik u tak terberanak di opis u...Tahniah juga utk Kak Ser n Azhar :)

p/s: Gembira untuk kawan2...masing2 bertukar status. Wahai ibu sekalian, doakan aku dapat pengganti Muhammad cepat2 ye...

Monday, September 28, 2009

RAYA SAKAN DI GURUN-BUKIT BUNGA-BATU RAKIT

Puas raya tahun ni..selepas empat hari di kampung encik suami di Gurun, kami berkonvoi pula bersama keluarga mentua dan kakak ipar ke rumah nenek aku di Bukit Bunga, Tanah Merah. Saja la nak kenalkan en suami kepada kaum keluarga di kampung. Maklum saja, tahun ni kan tahun pertama kami beraya bersama.

Di Gurun, suasana raya agak terasa dan terisi dengan sesi kunjung mengunjung. Sebut saja rumah sedara mana, hampir semua adik beradik belah mak mentua dan pak mentua kami jengah..nasi daging menjadi juadah utama bagi keluarga belah suami selain ketupat daun palas.

Lain plak di Kelantan, mak aku ada adik sorang je. Nenek yg tua pula duk bersama bapak sedara, so kami jarang berjalan sb cucu cicit pasti datang menjengah nenek membuatkan kami tak menang tangan menbancuh air, mengisi balang raya dan membasuh pinggan mangkuk. Tapi tahun neh, semua tugas aku pass pada anak2 dara yang tak kawin lagi..ushhh, seronoknyerr..

Dua hari di Kelantan, kami maju ke Terengganu pula sb Jumaat tu adik sepupu yang muda remaja (baru 20 tahun), berkahwin..di situ encik suami berkenalan dengan keluarga belah abah. Tapi dia banyak diam sebab katanya bahasa Terengganu susah nak faham (Katanya, laju la tak faham langsung) hehehe kesian dia.

Petangnya, selepas singgah di kubur moyang, encik suami tidak sabar2 nak mandi laut. Biasa la, kampung abah tepi pantai, mana tahan beb tgk laut membiru, tenang pulak tu...tak sama macam PD..hehehe Balik umah, tukar uniform, lantas kami empat beradik (termasuk suami) bersama si genit, Abg Long dan adiknya, Nadirah terjun laut beramai2..fuhh, best wooo... :)

Petang Sabtu, barulah bertolak balik ke S.Alam. Tapi tragedi, kete aku plak takleh start. Batt kong, aiihhh, si dugong sekor tuh mmg 'sakit jiwa' buat aku tensen...agaknya seminggu ditinggalkan, ada budak pasang mercun atau ada kilat buatkan alarm keter berbunyi sampai kong batt. ampeh betul..kena la RM170 tukar batt baru...huhuhuhuh

p/s: Kesimpulannya, aku tengah sengkek neh lepas pulang beraya keliling mesia...hehehehe

Thursday, September 10, 2009

KEPUTUSANNYA ADALAH...

Berbaloi ke gaduh sebab nak balik kampung? Aku tak tahu tapi ia memang wujud dan mereka yang pertama kali beraya sebagai suami isteri pastinya akan melalui fasa perang itu...masing2 lancar roket, tembak bertalu2 sekali2 lempar bom sembunyi tangan (ada ke peribahasa ni?)

Tapi aku benci manusia yang penting diri...dan aku cuba akan cuba sedaya upaya untuk tidak menjadi seperti itu juga.

Jadi keputusannya : Tahun ni kami balik beraya di Gurun, Kedah.

Jadi yang kedua : Saper2 nak konvoi, jomlah...kami mungkin akan bertolak pulang pada malam Jumaat sb suami mahu berbuka dengan keluarga.

Jadi yang ketiga : Tahun ni tahun kedua aku tidak pulang ke kampung halaman berjumpa sanak saudara? (tapi takpe, suami cakap yang paling penting ibu bapa. Memandangkan aku tinggal dgn bapa dan ibu aku yg di Melaka juga sering datang ke sini..raya kali ni dia punya kecuali ibu bapa tinggal jauh dari aku, jadi raya itu aku punya..hmm...pasrah)

Jadi yang keempat : Sanak saudara di kampung, tolong ye...jgn rindu aku. Biarkan aku saja yang rindu kamu orang semua..hehehe

Jadi yang kelima : Selamat Hari Raya Ampun Maaf Zahir dan Batin...berhati-hati di jalanraya ye...

p/s: Kamu orang semua sudah ada baju raya? Tema aper ye? Tahun ni aku nak berbaju kurung moden warna biru firus...mahu sedondon dengan suami, itu pun kalau dia setuju dan tidak penting diri..hmm..

Wednesday, September 2, 2009

KAU KESAYANGANKU

Yang, nanti kalau baby keluar kamu nak taruk nama apa?

Letak Muhammad jelaa..senang..

Tanak...ada plak Muhammad je. Muhammad Aqif Firdhaus ok tak?

Ok jugak...tapi nantila, lambat lagi nak keluar.

11 Ogos 2009 jam 2.30am
Dengan kuasa Allah...Bayi yang kami tunggu-tunggu lahir ke dunia tapi sayang dia sudah tidak bernyawa lagi. Usia yang baru menginjak angka 5 bulan dalam kandungan menyebabkan dia tidak mampu bertahan.

Akhirnya bayi itu kami namakan Muhammad bin Junaizad. Apa yang diinginkan papanya benar2 menjadi kenyataan. Al Fatihah untuk anakku Muhammad. Mama dan papa benar2 ingin menatap wajah Muhammad tapi kami tidak mampu...

Aku redha, aku pasrah tapi aku rindu dia...dia insan kesayanganku.

p/s: Saat itu aku menangis..bukan kerana kesakitan tapi sedih terpaksa melahirkan dia ke dunia sebelum waktunya.

Thursday, August 6, 2009

KATZ ~ MIAUUU

KUCING...kesayangan ramai orang. Bagi peminat 'berani mati' kucing, gelagat si manja neh mmg mampu jadi penawar duka. Macam aku dan adik yg bongsu, mmg giler suka kucing. Masa tinggal di Kelantan, aku pernah bela berbelas ekor kucing.

Sampaikan hari pindah ke Melaka (waktu tu umur aku 14 tahun) aku sanggup bawak seekor kucing kesayangan yg aku gelar 'mak miau' berkereta bersama-sama merentas perjalanan beratus batu jauhnya. Bila pk balik, mmg rasa sayang pada 'mak miau' buat aku lupa segala...sanggup riba dia dalam kereta dan bila dia mahu Poopoo..ku tadah dgn tisu ye..huhuhuhu sungguh tidak senonoh manusia bernama angah neh..

Pernah juga masa sekolah rendah, disebabkan abahku selalu berpindah randah..aku tertinggal kucing semasa sibuk berpindah. Bukan tertinggal pun tapi masa orang ramai2 angkat barang, dia gi jalan2..maklumlah kucing kampung. Suka la merayap. Malam tu jugak, ku menangis mintak abah pegi rumah lama ambik kucing aku..hehehe dalam kereta, air mata meleleh2..sedih la kunun! hehehe

Bila usia meningkat, lepas SPM aku ke U. Masa tu bela dua ekor kucing malas (Parsi), si Oren dan Manja..sb takde yg ambil tahu, dia terpaksa duk sereban dgn ayam serama abah. Huhuhuh sadis bukan kami neh. Sehingga la akhir hayat, mungkin sb jangkitan penyakit kuku dan mulut ke apa, depa mati selang sebulan...kesian, sejak dari tu, aku tak bela kucing lagi sb tak sanggup nak dera depa kalau2 takde masa nak membelai, membelek, mengutu dan memandi mereka...berdosa kan?

So, yg jadi mangsa aku dan adik skrg adalah kucing2 jiran yg rajin datang ke rumah sebab kami rajin umpan makan..stok Friskies mmg aku ada walaupun tak bela kucing..hehehe cadangnya bila dah pindah rumah bawah (dulu duk umah tinggi), aku n adik nak bela kucing sendiri tapi sb dah lama takde kucing, aku macam tak confident plak. Mampu ke aku jaga kucing? Kalau aku pi kejer, kucing tu nak lepas ke nak letak dalam sangkar? Cadangnya nak bela kucing biasa je sb kucing cantik neh banyak ragam...so jawapannya, nanti dulu..kumpul kekuatan secukupnya dan tunggu adik aku meroyan mintak pi carik kucing, baru kami bela.

Kucing orang belakang rumah Melaka
Kiranajoe : Kucing samer kaler karpet kat rumah S.Alam rakan terbaru aku..comey sangat wooo...suka nyelit bawah ketiak...hehehe tp kucing orang jugak, datang umah carik makan jer.

ABAH MERAJUK

Tidaaaakkk...abah merajuk! Tak sangka pulak sbkan terlupa wish birthday abah (bukan aku sorang ye, semua adik2 termasuk ma sendiri lupa birthday abah)...tok pin merajuk, langsung membuat muka ye kawan2...hehehe dah tua dah abah rupanya, sensitif amat.


Jadi, bagi menebus kesalahan, aku sebagai kakak yg tua cuba membuat plan last minute iaitu membelikan abah hadiah yg juga idea last minute...owhhh, tobat..tahun depan kena hantarkan bunga dan kek kat opis abah, bagi dia besar hati sket ngan anak2 perempuan dia neh...huhuhuh


Hasilnya adalah dua kotak tool box dari Ikea menjadi pemberian paling ikhlas dari kami semua lambang kami faham jiwa abah yg suka ngan hardware. Asalnya nak belikan tangga, tp rumah Melaka dah ada tangga...nak beli Botch tu macam tak sempat nak recce. So, hasilnya adalah tool box saja...


Abah&Ma suka simpan kad ucapan dari anak2...



Selamat Ulangtahun yang ke 52 Tok Pin.

Abah tanya, nak wat aper neh? Sepit telinga Angah? HoHohohooo..We Luv u dad!