Thursday, February 28, 2013

Baby while sleeping...

 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Dan Iman Kirana masih tahap terkawal, belum tahap panjat atas kepala dd, sebab dd tidur pun jaga2. Agak2 anak dia tak cukup ruang, dd panjat katil tidur sensorang. Tapi selalu nak jugak menyempit kat tilam kami.

Aku saja bentangkan dua tilam bujang kat bawah, dan tak tidur atas katil sejak Iman Kirana mula melasak masa umur 5 bulan. Takut weh, kalau2 dia wat terjunan tiruk.. gebebok jatuh 'nangka masak' atas lantai tuh. Hish, mintak2 dijauhkan laaa.


kiranajoe : Nak baby lagiiiiiii...Iman dah besar. Huks!




Wednesday, February 20, 2013

#Wordless Wednesday




kiranajoe : Satu ekar tanah dia punya pusing. Aloh la #ImanKirana

Wednesday, February 6, 2013

Cik Oren Iman

Tokki adalah excited dan telah membeli kereta baru utk cucu kesayangan. hehehe mami namakan kereta baru Iman sebagai Cik Oren ye.


Mula-mula naik, Iman sangat cuak dan gayat sebab kereta tinggi, kaki tak sampai ke Iman pendek? Eh.Ada stereng bunyi2 lagu pulak depan muka siap berlampu2. Takut saya. Jadi dia angkat tangan mintak keluarkan.

Tokki is sad seraya berkata, terpaksa la tokki trade in kereta iman ni. Mahal tau tokki beli. hahahaha
Mami pun godek2, tengok, ohhh, ketinggian boleh laras. Jadi, sekarang kaki dah cecah lantai, Iman tak gayat lagi. 

Tengok, dah berlagak, babai orang. Hahaha tapi mami nak tanya sikit, naper Iman jalan mengundur? Hehehehe


Kiranajoe : Apsal ayat aku bunyi skema? errrr...

Monday, January 28, 2013

Spagetti Seafood Cream - sedap


Semalam, kami ke Mid Valley sebab dd mau beli jeans. Ok jugak la bawak budak tecik ni keluar sebab takdelah dia merengek2 bosan duk dalam umah. Dinding kiri kanan depan belakang. Lemas la mami, katanya.

Lama kot kami kat sana, dari tghari sampai malam...sampaikan parking RM8 kau! Agenda selain carik jeans dd adalah berjalan2 makan...tghari kami makan di restoran Thai yg hala ke Gardens tu..apa nama eh, lupa. Sedap gak. Ambik set RM69.90 (set for 2) ada nasi beras siam dua pinggan, tomyam, kangkung belacan, green curry, dan ikan tilapia goreng 'serai bersepah' ala Thai.

Sodapppp...

Dan, petang turun ke Carrefour beli pampers dah tecik ni. Kebetulan ada offer, pusing2 jumpa plak tempat makan kat dalam Carrefour - kira macam food court dia la, yg ada jual ayam goreng, nasi goreng, nasi ayam etc tu.

Pegi stall Western .Ko tgk, Bangla masak dan rasanya adalah wallaweh...sedap ok. Aku ckp terus terang, kalah spageti Dome! Sumpah, aku makan kat KLCC ari tu sebab payah nak turun naik lif ngan stroller, jadi makan jela situ wlpun dah agak mcm tak berbaloi...dan mmg betul telahan aku. Spageti adalah kering kontang dan dua kali aku mintak warm water, dua kali di baginya air lemon wat basuh tangan tu! Cis, dia xtau ke aku tgh suap anak makan, jadi nak warm water la..

eh, keluar topik plak.





Ini dia Spagetti Seafood Cream katanya...ala2 carbonara tapi sedap weh..Serius. Ko tak jangka, siap ada kepah besar tu tiga ketul, kepah2 kecik ada dalam lapan ketul, ada udang tak sempat kira. Fresh.

Harga juga masuk akal iaitu RM13.90. Nak cuba, sila kan..kalau kebetulan Bangla yg masakkan utk aku tu cuti, org lain masak tak sedap, ko jgn marah aku.Hahaha


Ini anak dara dd. Dah pandai wat muka busuk. Dah pantang tgk mami pakai tudung, mesti jerit2 angkat tangan. Dan pandai tawaf rumah mengheret dada. Dan pandai juga tarik rambut dan bulu kaki dd, konon2 main la padahal dd dah jerit macam pondan sb sakit. Tapi apakan daya, anak sendiri yg tarik..kehkehkehkeh.

Okbai.

kiranajoe : Bila kat ofis, bau masam anak paling dirindu..ahai.. dd jatuh tempat kedua.kesian.

 

Monday, January 21, 2013

Kembali bersiaran

Kenapa lama sangat hilang ni? Sibuk nyah...nguruskan anak dara saya, menguruskan rumah tangga di samping tugas seharian di ofis yg takde penamatnya.

Baiklah, kali ini saya mahu bercerita mengenai luka bersalin. Iye kawan2, sewaktu melahirkan Iman, luka saya tersangatlah besar sb forcep. huwaaa...mak meratap mengingatkan betapa ngilunya nak membuang.Ini bukan jijik ye, ini sakit nak mampus!

Luka episiotomi besar dan merebak teruk juga disebabkan kedegilan saya untuk tidak 'membuang' sampai 2 minggu selepas melahirkan. Takut..takut...dan malas nak makan ubat berak. Hahaha Perlu diingatkan, disebabkan pemakanan kita sewaktu berpantang menyebabkan najis kita menjadi keras dan kering. Jadi, apabila meneran sewaktu membuang, najis yg keras akan menekan kawasan jahitan, menyebabkan ia tetas!tetas!tetas!

Kesannya, luka aku hanya sembuh betul2 lebih kurang 4-5 bulan usia Iman.Omai!

Jadi, di sini ada penyelesaian...ubat berak terbaik. (makan awal2 ye kawan2, jgn biar berminggu2 sebelum aku)

Ini dia...jeng jeng jeng.
Dulcolax


Cari di mana2 farmasi. Dan diyakini, ia lebih efektif berbanding ubat berak dibekalkan doktor, juga ubat tembak bontot yg menyebabkan ko rasa seperti dicabul luar tabii.Erk! Cara makan, lihat pada risalah disertakan. Tak silap dua bijik, makan sebelum tidur malam, jamin, selepas 8 jam, anda akan rasa gesa natural untuk ke tandas dan ia smooth dan steady..hahahaha (aku bkn iklan, aku tolong kawan2 senasib)

Solcoseryl Gel
Kemudian, disebabkan cik Iman tak besar tapi panjang, kemudian bukaan serviks ibu juga adalah kecil..jadi Iman terpaksa diforcep keluar. Keluar2, doktor dan nurse cakap.."Lucky girl, kl lambat sikit je...something bad will happen..
Sebabnya tali pusat dia dah berpintal. Mungkin sebab sehari sebelum masuk labour room, aku diberi ubat berak untuk menclearkan usus sebelum push.Jadi mungkin Iman bergulung2 berguling2 kena ubat. Hahaha aku assume la.

Bila aku teran kaw2 masa membuang, jadi luka aku yg sedia teruk bertambah teruk. Teruk okeh...ini serius. Jadi kawan mak aku yg senasib suggest guna gel ini. Terbaik..sebab luka yg nurse cakap tertetas sikit kat tgh2 (tak pasti tertetas ke atau tak makan dek benang), berjaya dicantum kembali selepas beberapa kali sapuan secara intensif. Intensif ye..kahkahkah

Harga tak silap aku RM20++ dan boleh dibeli di mana2 farmasi.



Sekian perkongsian  aku untuk kali ini. Kita jumpa lagi bila aku rajin nak menaip..hahaha

kiranajoe : Iman dan 7 bulan skrg..alhamdulillah sihat. seronok ada anak sebenarnya..


Thursday, August 16, 2012

Mangsa buli

Anak ni mmg selalu kena buli. Epp, mintak mahap eh, bukan mami tapi aunty dia. Selain mangsa buli, anak ni jugak menjadi toy utk tokki dan nenek. Kalau balik kampung, balik rumah balik mesti waktu tidur dia larik sebabnya, nenek dia selalu gomol Iman time dia tido. Keronyok sesuka hati tanpa sedar cucu baru 2 bulan. Haih. Kesian anak.

                            Ni masa dalam pantang lagi dah kena buli. Kesian awok Iman.


             Aunty dia nak potong lace nak tempek kat baju, sempat buh atas kepala anak.Isk.


Thursday, June 21, 2012

Aku benci teknologi Epal!!!

Aku buta IT atau ipad memang hampeh? Hasilnya, tgk la post bawah tu.dah la line internet mcm kura-kura. Apa, Ayer Keroh ni hulu sgt ke sampaikan ada satu bar je coverage? Lantak lah di situ.belek anak yg bau baby lagi best.okbai!

Introducing..

Tepat jam 10.47am pada 31 Mei 2012 lalu, lahirlah insan yang dinanti-nanti seisi keluarga.

Perkenalkan..si kecil yg dilahirkan dgn berat 3.17kg secara normal tapi terpaksa di sedut keluar menggunakan vacuum. Omak eh bukaan serviks kecil. (seksa wooo jahit banyak)

Nur Iman Kirana binti Junaizad - bermaksud cahaya keimanan. Kirana (perkataan Melayu lama - cahaya) ada sentimental value pada kami suami isteri, sejak mula berkenalan kira-kira 7tahun dulu.

Aku nak buh nama simple je, macam Maryam sempena nama nenek aku. Skali dd eh kata, mana aci, buh la nama mcm nenek kita. Eh, nak jugak. Antara lain Sophea, Izzara, etc etc tapi suami i buat diam je. Bila i marah2 sb dah nak terberanak, dia pun cakap..ok Iman Kirana. Hurrm, not bad. Tapi tokki (abah aku) plak cakap, tak bunyi feminin, sila bubuh Nur. Hurm, pulak. Jadilah Nur Iman Kirana. Panjang jugak la nama anak aku..huk aloh!

Inilah yg menjadi kegilaan ramai di rumah kami. Maklum saja, cucu sulung belah aku. Yang ke-5 belah suami.



kiranajoe : Sebijik tek muka apak eh...alohhh.

Monday, May 14, 2012

Birthday present utk appa!

Dear Appa,
Omak tidak mampu membuat surprise party atau membeli present kerana kepenatan membawa 'hadiah' istimewa Appa ini.

Harap jugak 'hadiah' ni matang dan meluncur keluar dengan mudahnya pada tarikh keramat Appa dilahirkan semalam tapi harapan hanya tinggal harapan..Jadi, marilah kita sambung lagi penantian ini sama-sama.

Love, Omak.

Tuesday, March 20, 2012

Baru nak berangan...skali..gulp!

Aku penggemar flat shoe.
Window shopping di online blog pula menjadi kegemaran.
Minggu lepas order satu barang.
Minggu ni order jugak lagi satu.
Miahahaha mari gelak jahat!

Ok, sekian pantun tak semenggah saya..

Tapi masa masuk ke kedai kegemaran http://watchshoppe.blogspot.com, saya meroyan seketika melihat flat shoe ini. Salvatore Ferragamo kauuu..


Jangan kata buruk ke apa ke...yg pasti aku suka kaler mati tu dan jugak bow yg begitu. Tapi, baru nak berangan, scroll ke bawah...omak, panjat den. Mahal okeh kasut ini.. RM1250!

Okey, orang tak mampu (saya la tu!) sila undur ke belakang...berangan pun jangan.. ;p


kiranajoe : Berbaloi ke beli kasut harga ribu? hurm, ikut kemampuan la kan..ada duit lebih tak tau nak buat apa, beli la..duit ko, bukan duit orang lain dopp...

Wednesday, March 14, 2012

Anniversary katanya.

Sorang kat Kota Bharu kerana tugas.
Sorang di Kuala Lumpur juga sedang bertugas.

Jadi, apakah maksudnya anniversary kali ini?

Tapi kami ok sb tiap tahun pun tidak terlalu meraikan, cuma ada la tukar-tukar hadiah. Dan aku pun terkejut bila tengok handbag yg husband bagi setahun lalu sbg hadiah masih elok, takde calar, takde koyak! Ish, aku tak lasak ke atau sebab waktu berputar terlalu pantas?

Bagaimanapun, tahun ini bila suami offer hadiah, saya dengan yakin cakap, taknak apa2. Kalau nak beli pun, beli utk kegunaan baby. Baik tak saya? Hehehe entahlah, takleh fikir la nak hadiah apa. Mungkin sb zaman skrg ni orang membeli tidak mengikut musim, jadi, barang sentiasa berganti baru, bila tiba hari istimewa, excitement utk fikirkan barang apa nak, jadi kurang.

ermmm...tapi kl suami bagi surpise, mcm best jugak..heheheheh


kiranajoe : Moga cinta kami utuh dan kukuh, dilimpahi rahmat dr Yang Esa sehingga akhir hayat. Sayang kamu mr daddy to be! ;)

Tuesday, March 13, 2012

Gila melanda.

Ini memang serius. Tahap tak boleh blah. Gila weh, gila! Rabak poket apabila kegilaan yang satu ni melanda.

Awokkkk, kita giler cloth diaper!! Huwaaaaa..

Haa, jgn kata apa eh. Saya memang berangan nak pakaikan baby cloth diaper sejak dari mengandung kali pertama dulu lagi. Semangat tu ada tapi kita tgk, bila dia mula berlonggok, berbau hancing dan bucukkk..adakah ia bakal menjadi gunung bertahi lalat di dalam baldi atau tersidai cantik di ampaian. Kita lihat nanti! Hehehehe

Tapi dengan harga yg sebegitu, sanggupkah anda melihat ia bertahi lalat di dalam baldi??

Hailah, mcmana tak gila weh..
Design cantik2, cute2. Harga pelbagai. Skrg ni pulak lagi senang, jika dulu ada CD jenis pocket diaper yg kena masuk insert dan bila tercemar, kotor semuanya. Kini, ada pula jenis All in One, All in Two, hibrid mak nenek segala ada...yg jenis latest ni wl sedikit mahal tapi kelebihannya adalah bila tercemar, cover CD masih boleh diguna semula. Ganti saja insert. Wow!






Cute bukannnn?


Hai budak, kenapa comel sangat ni?? Haihhh!


Kiranajoe : Setiap malam study pasal CD ni sampai pagi2 buta...yela, selain semangat, kena ada ilmu gak nak guna menda alah ni... :D

Thursday, January 26, 2012

Ulang minum air gula lagi, kata nurse.

Berat sebelum : 46 kg
Check up minggu ke-14 : 46 kg (maintain)
Check up 10 hari kemudian : mencanak naik 4 kilo ---> 50kg

Nurse baik hati. Suruh timbang lagi sebab tak percaya. Believe it kakak. kerana biskut Jacobs, angka pada penimbang itu benar belaka.

Tapi, bila ianya benar, nurse pun berkata, "Ish, banyak ni.Takpe, kita set appointment utk awak minum air gula (glukos). Check sama ada gula tinggi tak.

...(muka kucing), "Baiklah...

Hari minum air gula, ibu ini terkedek2 la keluar rumah seawal pagi sb kena start minum jam 8 pagi. Dah la lapar sb kena puasa start 10 malam. Sampai awal, nurse menyambut dengan riang ria.

"OK, minum slow2 ye. Jangan muntah, kalau muntah kena repeat balik. Nah!


Erk, besar nyer gelas dia. Ginilah rupanya, saiz besar ye. Setengah gelas pertama, mak ok jer nyah. Lepak lepak..kemudian, erkk? kenapa rasa pening? Kenapa? Macam high then aku habiskan dengan muka penuh kebingungan sambil memaki hamun dalam hati. Resultnya, aku pening satu hari then langsung tak boleh minum air berperisa. Cis sungguh.


Seminggu kemudian...

Nurse : Hello, puan XXX, kami mintak maaf. darah hari tu tak keluar result la. Boleh tak kita repeat balik minum air gula?

Puan XXX : Haaa..tak keluar result!!! (sambil garu kepala)

Nurse : Kenapa, ada masalah ke?

Puan XXX : Takde masalah tapiiiiiiii...manis sangat la.

Nurse : Okla manis, bukan masin.

Puan XXX : ish...tak ok sebab pening saya minum manis2 macam tu.

Nurse : Takpe, saya bagi date 25 Januari. Awak datang kul8 pagi ye. Jangan lewat. Jangan lupa, malam puasa ye.

Puan XXX : Ok.Terima kasih.


Kemudian, pada 25 hb, ibu muda ini tidur sehingga lepas jam 8 pagi dengan sengajanya!! Hahaha Then, aku ikut jadual check up yang diberi iaitu keesokan harinya bersamaan 26 hb.

(Muka kucing dan senyum paling manis) "Nurse, saya mintak maaf, patutnya saya minum air gula semalam tapi saya outstation. Boleh tak saya ikut jadual check up yg dah tulis dalam buku merah ni je?

Nurse macam nak marah tapi tak marah..hehehe kemudian dia belek2 buku, 20 minggu? Hurmm, awal lagi ni.Takpe, kita check perut je. Hoyeeeehhhhhhh!!!!! (mak gelek2 punggung tepi kaunter tu.hahahah)

Gi kencing dulu then naik timbang. Pagi tu pulak aku lupa timbang sendiri,pastu pulak baru naik cuti raya cina, balik Kedah makan macam orang kebulur. Huwaaaa, naik 3 kilo lagi!!!! berat apa ni mencanak2 ni??

Dengan berat baru yang naik lagi, sambil nurse senyum2...katanya, baru 5 bulan dan naik banyak. Lagi berapa bulan naik lagi, patutnya sepanjang 9 bulan naik 12 kg je. Takpe, nanti ulang minum air gula lagi sekali ye.

Huwaaaaaaaa....tanakkkkkkkkkkkk!!!


Kiranajoe : Nak bagi alasan apa lagi kawan2 oiiii...ada seminggu je nak pikir sebelum tarikh keramat 8 Februari!!!

Wednesday, January 25, 2012

Elyana Jauni si buah hati

"Geram la tengok awak niii...eiiii...


Ngadap tak nak lepas...sb adorable sangat baby Elyana Jauni ni..Ni anak buah suami yg terbaru, masih dalam pantang dah berjalan sampai ke Shah Alam. Sekarang dah tiga bulan, ya allah..lagi cheeky. pantang agah...gelak2, cakap2...

Takpe suami, ur baby dragon is on the way..half way to go ;)

Doakan semoga perjalanan dia selamat ye..aku masih trauma tapi aku benar2 berharap anak ini selamat dilahirkan. Orang kata jgn trauma tapi aku tetap trauma sb last scan, uri kat bawah. Tapi bezanya, kali ni anak aktif. Cukup aktif :)



kiranajoe : Suami teruja, aku lagi la..tapi cukup takut nak berharap. Apa yang kami mampu buat, berdoa dan terus berdoa semoga dia terus kuat, sihat, sempurna dan selamat dilahirkan. Amin ya rabbal alamin.

Wednesday, January 4, 2012

Meniti hari bahagia

Senyum dalam debar
Dalam hati ada getar
Tapi sesungguhnya hati tidak mampu menyembunyi rasa
Ingin ku gegar dunia..Aku kini meniti hari bahagia

Dia maha mendengar
Dia tidak pernah memungkiri seperti hambaNya

Meniti hari bahagia
Membuatkan hidup tambah bermakna
Syukur padaMu ya Ilahi
Semoga perjalanan menuju kehidupan baru,
diberkati
dirahmati
Amin ya rabbal alamin...


kiranajoe : Aku jiwang, korang layan. ;p

Tuesday, December 13, 2011

Bersabar itu hukumnya wajib.

Surah Ali Imran Ayat 200 : Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu.

Allah juga berfirman :
"Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu tetapi kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang brtakwa. (Thaha : 132)

Sabar itu mudah untuk diucapkan dengan kata lisan namun terlalu sukar untuk dilaksanakan dalam kehidupan sehari-hari. Kerana kehidupan manusia itu tidak pernah luput daripada cubaan dan ujian. Oleh itu, Allah SWT memerintahkan kita untuk bersabar.

Reda dan sabar berbeza hukumnya. Sabar itu wajib, reda itu sunat.


Kiranajoe : Kesabaran itu diumpamakan seperti pelangi.Indahnya ia apabila kita sendiri merasai nikmat kesabaran itu...alhamdulillah.

Wednesday, October 12, 2011

Click laaa...korang pasti akan dapat sesuatu.

Aku suka dia ni...korang follow lah dia.buka minda dan serap setiap apa yg dia lontarkan. Pasti korang akan berfikir dan terus berfikir. .

Tapi setakat ni, aku hanya mampu berfikir, tak mampu bertindak lagi. Tapi kalau ramai Melayu Islam berfikiran seperti dia, kita pasti kuat..

Aku perkauman tapi demi agama yang dianuti. Bagi aku, Melayu kuat kerana agama yang dipegang iaitu Islam.


Cursing Malay

Tuesday, October 11, 2011

Saya bukan adik awak!

"Adik ni baru kejer ke?...tak pernah nampak pun.

"Dik, doktor sarankan adik datang lagi next week...

"Saya tak jumpa form awak ni dik. Boleh isi lagi sekali tak?

Dik , dik , dik...!!

Apakah ini? Saya terasa sangat berkecil hati dengan gelaran ADIK bila berurusan secara formal. Kalau awak tu doktor, nak jumpa patient, tengok dulu tarikh lahir patient. Aku ni lahir tahun 1982...dah 29 tahun kot. Apsal panggil ADIK woi?

Dan abang aku ada sorang je, tu pun dah lama meninggal. Kakak memang aku takde. Dan aku takde rasa nak jadi adik angkat segera korang. Sila belajar skill of communication pleaseeeeee...


sekian carutan aku hari ini.

Friday, September 30, 2011

#Wordless Friday

Apa, ingat Jumaat takleh buat wordless mcm selalu org wat wordless wednesday ke?


Ha.Tengok ni..Jadikan iktibar.


kiranajoe : Saya kategori 4.Hahaha. Tak guna punya olanggg...

Friday, September 23, 2011

Perkembangan kandungan *wink*wink*

Wah, gaya retis. Tajuk tanak kalah. Tapi menipu ala Metro.

Kandungan tu boleh jugak merujuk kepada perut yang membuncit tanpa isi kan? hahahaha

Sekian cerita tipu saya.

p/s : Rindu ai tak u ols?